click this to be awesome person

Thursday, 28 May 2015

Jalan-Jalan @ Quill City Mall, Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Minggu lepas sebelum hantar Muhammad Darwisy balik
rumah nenek kami singgah jalan-jalan di Mall sekitar Kuala Lumpur.
Cadang nak ke KLCC sebab my yayang singgah solat maghrib di
Masjid As Syakirin KLCC, tapi hasrat tu tiba-tiba jadi melencong
ke tempat lain. Bukan apa, KLCC sekadar nak window shopping je boleh la.
Tapi Iza ingat nak treat dak kenit ni main mainan macam kat 
Molly Fantasy tu. Then teringat mall baru yang ada kidz paradise.
Dah alang-alang sekitar KL ajak my yayang terus ke
Quill City Mall di tengah-tengah bandar KL tu,
bersebelahan UniKL aje. 


Sebelum ke Kidz Paradise dak kenit ni nampak pulak
deretan kereta mainan yang masuk duit tu.
Dah tunjuk-tunjuk nak naik.
Kalau tak layan dok menjerit sekuat hati.
Alahai, dah dapat perangai baru.


Tengok lah betapa gembira muka bila 
dapat naik kereta ni. 
Pandai pulak tu kalau tak jalan protes jerit lagi.
Gigih lah ibu dak kenit ni korek beg duit cari syiling.
Dah bergerak kereta ni baru lah gedik-gedik suka.



Okey, nangis sebab dah habis dah bergerak
then terhantuk kepala kat kereta tu sebab gembira sangat kan?
Siap joget-joget sampai terhantuk, hah rasakan ye.
Pengajaran tu sebab tak behave kan. 


Okey, kita tukar kereta lain pulak.
Menyengih nampak semua gigi.
Meh ibu tumpang kereta awak ye.


Ibu yang penat layan dak kenit,
abah yang bersungguh nak massage kat kerusi urut ni.
Hahahaha.


Amboi abah, 
tayang gigi ke tu?



Okey, yang lain x berminat
biar ibu yang sorang senyum dan pandang kamera T_T




Suka sangat dak kenit ni walhal tak tahu
jap lagi ibu ngan abah nak tinggal dia seminggu kat rumah nenek.
Kita bagi dia main penat-penat dulu nanti dalam kereta mesti tidur,
sampai rumah nenek senang cerita.


Teruja tengok Kidz Paradise ni dari luar.
Tak sabar nak masuk.
Ni gambar sumber Google ye.


Selalu ada ball banyak-banyak yang kat sini
ada pasir. Memang seronok lah kalau dak kenit masuk sini.
Silap-silap dia buat makan pasir ni semua.




Sudahnya kami tak masuk pun sebab tengok lah harga.
Kalau weekdays takpe lagi, tapi
kami datang masa tu weekend. Huhu.
RM38.00 hanya untuk masuk dan main,
baiklah kita buat belanja makan je lah ye.
Bukan isu berkira ni tapi ada masa boleh layan kehendak
anak dan diri, ada masa perlu fikir dan timbang tara semula.
Wallahualam. Cara masing-masing.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails