click this to be awesome person

Monday, 11 May 2015

Design Streamer Untuk Nurizzah Majif Biz

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah
kerana masih meminjamkan lagi nyawa untuk
Iza meneruskan kehidupan seharian pada hari ini.
Semalam ada event di Putrajaya.
Habis event dalam jam 4.00 petang.
Tapi kali ni Iza n my yayang x stay dari mula sampai habis
kerana kami ada hal yang x dpt nak dielakkan.
Iza tawakal shj pada Allah moga segalanya
berjalan lancar. Selepas set up Photo Booth semalam
jumpa dengan tuan rumah dan pelanggan
terus minta diri untuk tinggalkan majlis sebentar.
Dalam jam 2.30 petang kami datang balik.
So far dah pergi banyak event mesti pelanggan 
dan orang ramai tanya biz kad. Sungguh lah rasa
x best sebab x dpt nak bagi mereka biz kad untuk
rujukan di kemudian hari. Paling-paling minta mereka
cari di Facebook dan blog je.
Tapi bile fikir balik, dari buat biz kad bagus juga
kalau ada streamer yang dipamerkan sepanjang event 
berlangsung. Di samping orang bergambar dan duduk
sahaja boleh pandang streamer tu. Paling mudah
snap gambar aje. Kalau biz kad ni kadang ambil
tapi selepas tu x tahu letak kat mana kan?
Pengalaman yang sama Iza alami. Hehehe.



Jadi Insya'Allah Iza akan hantar 
printing streamer ni di kedai printing yang berdekatan.
Dulu buat streamer Yummylicious Homemade Ice Cream
pun design sendiri. Buat yang simple mana yang termampu.
Hope dengan adanya streamer ni akan membantu mempromosi
lagi biz kecil-kecilan Iza ni. 
Mohon doakan ye semua.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails