click this to be awesome person

Tuesday, 19 May 2015

Candy Buffet & Photo Booth Majlis Perkahwinan Ira & Reza, 17/5/2015 @ Kg. Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur ke hadarat Allah,
majlis pada hari Ahad yang lalu berjalan lancar seperti yang
dirancang dengan izin Allah.

Majlis Perkahwinan Ira & Reza
berlangsung dengan meriahnya dalam adat ornag jawa.
Seronok Iza dan my yayang tengok.
Kami gerak dari Salak Tinggi jam 8.45 pagi, jangkaan perjalanan
lebih kurang 1 jam setengah.
Tapi beranikan diri ikut jalan belakang yang laluan
nak ke banting, rupanya lagi dekat.
Mujur tak ikut highway Elite macam nak pergi Shah Alam tu.

Ingat ke Sijangkang, TPG ni ke arah Banting
sebab dah sampai pekan Banting baru rasa macam lain aje.
Kemudian ringankan mulut tanya budak naik motor
kat stesen petron katanya dah tersilap jalan.
Kami kena pusing balik menghala ke Klang. Benarlah
petua malu bertanya sesat jalan. Mujur tergerak hati nak tanya
sebab dah tak percaya kat GPS juga Waze.

Tradisi orang jawa memang tetamu datang awal pagi,
kami sampai tengok dah ramai tetamu walhal baru jam 9.45 pagi.
Siap set up meja semua terus rasa lega sebab 
tetamu memandang kami buat kerja. Sangatlah rasa tak
selesa bila buat kerja ramai mata melihat. Hehehe


Pengantin ambil pakej A untuk Candy Buffet.
Dalam 20-50 pax sahaja memang cepat habis lah.
Nak-nak ada chocolate fountain tu.







RM100 tambahan bagi setiap pakej Candy Buffet (A/B/C)
dengan PERCUMA 1kg Chocolate Fondue.




Photo Booth RM250
PERCUMA Guest Book
PERCUMA Signage (A4 Frame)
Variety of props/bubble talk.





Signage untuk Photo Booth + Guest Book 
PERCUMA bersekali frame bersaiz A4 dengan setiap
tempahan pakej RM250.00.



Selamat pengantin baru buat pasangan
mempelai Reza & Ira.
Moga keluarga yang dibina kekal aman bahagia hingga
ke akhir hayat.
Terima kasih kepada Ira kerana sudi memilih
servis kami ya.


Tetamu yang turut berkesempatan meluangkan masa mengambil
gambar dan ber-posing di Photo Booth yang disediakan
sepanjang majlis berlangsung.
Kadang diorang ni malu nak bergambar, bila Iza
atau my yayang offer nak tlg ambil kan baru la sudi
ber-posing dengan pelbagai props/bubble talk.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails