click this to be awesome person

Friday, 10 April 2015

[VIRAL] Vitagen Penyebab Kanser Kepada Kanak-Kanak?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru-baru ni rasanya ada isu yang agak hangat dikongsi
menerusi aplikasi Whatsapp. Biasalah dah trend skrg
semua benda pakat nak share dan panjangkan share tersebut
kepada orang lain. Nak2 banyak group whatsapp.
Dulu Iza jenis share je, tapi bila makin lama fikir balik
kalau la share ni perkara tak betul memang 
dapat saham dosa percuma aje.
So Iza tanya kepada yang share tu kesahihan info tersebut.
Dah bila yang share pun kata tak tahu lah,
saya pun share je dari group sebelah.
Hahahaha. Memang kurg cerdik lah gitu.
Terus tak share. Biar sahaja di dalam group tersebut.

Then terdetik nak tanya kepada isteri abang sepupu,
die staff nurse di KPJ Johor.
Die respon kepada isu vitagen boleh sebabkan kanser
kepada kanak-kanak ni. Bila baca dan amati lega lah
sebab sedikit sebanyak xlah risau, yelah Iza baru je mula
bagi Darwisy minum vitagen dan die suka.
Tapi pada kadar yang sedikit dan kuantiti yang dikawal.


Boleh baca info dalam gambar ni. Iza dapat dari FB rakan 
share di wall. Dan Iza ada google jugak.
Jawapan hampir sama dengan Dr. Hairin Anisa tu.
Tapi ada pakar kanak2 tak galakkan sebab minuman
seperti vitagen dan sebagainya mengandungi gula
dan pewarna yang kurang sesuai untuk perut kanak2.
So parents kena lah kawal.
Bagi 1 botol dalam masa seminggu okey kot.
Kalau risau sebotol bagi setengah aje la.
Mencari kebenaran maklumat itu memang digalakkan di dalam
Islam kan. Tak salah bertanya dan usaha cari jawapan
supaya kita tak jatuh dalam golongan yang malas berusaha
dan menyebarkan benda yang tak betul
iaitu lebih ke arah fitnah. Wallahu'alam.
Iza baru je beli vitagen 3 pek dari salah sorang 
staff di opis Iza ni. Mujur lah tak bagi orang lagi
sebab x cepat melatah. Hehehe.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

9 comments:

  1. Yes, its true!
    My cousin passed away since he was 10yrs old.
    Vitagen dikira stok wajib ada dalam peti.at last dia suffered n bila doktor di PPUM buat kajian, vitagen punca utama dia menghidap kanser.
    So, galakkan ank2 byk minum air kosong je... :)

    ReplyDelete
  2. > Ellysa Emran

    oh ye ke dear? TQ for komen entry ni.
    perkara mcm ni yg kite nak adanya share dari info yang benar bukan dibuat atau ditokok tambah kan. So far anak Iza mmg gemar minum air kosong. Hehe. Ibu die je saje gatal bg rasa vitagen terus anak suka. Pasni mmg xleh nak galakkan sgt lah.

    ReplyDelete
  3. As salam iza. Betul ke iza.. bahayanyer. orang ni tiap2 bulan memang beli air vitagen dan seumpamanya untuk anak-anak. Tu pun atas nasihat doc kk sebab budak x cukup berat. After this kene bagi minum air buah jela...

    ReplyDelete
  4. > Suri

    Iza pun xpasti perkara ni, tapi apa yang Paed ckp ngan Iza ia tak elok sebab minuman bergula dan ada pewarna yg kurg sesuai dengan usia anak mcm tu. sekali sekala xpe kot. kena ada info lanjut la cm ni kan? huhu. btul buat jus kat rumah je bg anak minum.

    ReplyDelete
  5. I have sent an email to ppum asking about the validity of the comments by pn elyssa emran..hopefully they can clarify..

    ReplyDelete
  6. > hazou

    thanks for looking forward about this issue. hopefully PPUM will respond to these issue very soon. at least we can get clear part about vitagen to our children.

    ReplyDelete
  7. hai..
    tula.. bila terima msg berantai macam ni.. terus jadi gelabah..
    dahla suka minum minuman gitu. huhu..

    jadi, macam mana sebenarnya.. takut jugak kan.. huuhu..

    dah dapat jawapan nanti, let me know boleh

    ReplyDelete
  8. > Huda

    kan? xmemasal kite sedikit sbyk TERboikot sementara minuman tu. hehe. tp Dr. Zubaidi kata info x betul tu mungkin ibu bapa salah fhm apa yg doktor kata kat die..

    ReplyDelete
  9. Sumber dari Dr. Zubaidi

    DAKWAAN MINUMAN YANG MENGANDUNGI PROBIOTIK BOLEH MENYEBABKAN KANSER.

    Saya berpendapat ia adalah satu dakwaan tidak munasabah kerana tidak diberikan bukti. Lebih elok dakwaan seperti ini disertakan dengan nama doktor dan hospital mana dia bekerja agar penjelasan yang lebih baik dapat diperolehi dari doktor tersebut.

    Ada beberapa kemusykilan dakwaan ini.

    Nama doktor yang dikatakan mengucapkan dakwaan ini tidak diberitahu. Mungkin ada salah faham antara pembawa berita dan doktor. Mungkin doctor mengatakan minuman itu tidak sesuai untuk beberapa pesakit.

    Kuman probiotik yang digunakan dalam minuman tersebut telah disahkan selamat bagi individu yang sihat, termasuk wanita yang hamil dan menyusukan anak.

    Namun minuman seperti ini tidak sesuai bagi individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah kerana kuman probiotik adalah kuman bakteria yang hidup, dikhuatiri akan berkembang dengan cepat pada individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah.

    Ini termasuk :
    1. Pesakit HIV / AIDS
    2. Orang yang baru menerima dermaan organ dan mengambil ubat-ubatan untuk mencegah penolakan organ yang dipindahkan.
    3. Pesakit diabetes
    4. Pesakit kanser dan pesakit yang sedang menerima rawatan untuk kanser seperti kemoterapi dan radioterapi
    5. Pesakit yang mengalami penyakit ginjal dan pesakit yang menjalani rawatan dialysis
    6. Pesakit yang mengalami penyakit autoimmune seperti SLE
    7. Pesakit yang mendapat rawatan steroid
    8. Pesakit yang telah menjalani pembedahan usus.

    Saya bimbang apa yang dikatakan doktor ialah pesakit kanser tidak boleh meminum minuman itu dan bukannya minuman itu menyebabkan kanser.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails