click this to be awesome person

Monday, 27 April 2015

Susun Atur Bilik Utama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sekadar nak share kepada yang bertanya susun atur bilik
tidur utama memandangkan Iza ni ada anak kecik so Iza
belum buat bilik khas untuk anak, jadi sekalikan je barang-barang 
keperluan anak di dalam bilik kami ni.
Untuk tatapan masa depan juga ni. Nan elok ambil
dan manfaatkan bersama, nan tidak elok kita sama-sama perbaiki. Insya'Allah.


Penyangkut baju Ikea tu amat berguna bagi sesiapa yang kekurangan 
almari untuk menggantung baju, berhabuk sikit lah tapi kalau berganti
baju selalu x sempat nak berhabuk pun.



Simpan baju Darwisy pun ala-ala konsep almari terbuka.
Esok dah besar sikit ibu kena banyak cari idea
suusn atur dan dekorasi bilik anak teruna ni.
Ni kecik lagi boleh lah main susun gini,
esok dah sekolah harus huru hara kalau susun macam ni ye dak?


Cantik sgt kemas tersusun aje, memang la sebab dak kenit takde
dua minggu lepas. Duduk ngan nenek kat Gombak.
Harus bersih kemas lagi teratur, kalau ada macam skrg ni
dia akan pilih baju dia sendiri dan main tarik je T_T


Bilik kami x lah besar mana pun.
Tapi yang penting ada ruang untuk solat,
penting sangaat bila kenduri kendara bilik tetamu
dah ada orang kadang tumpangkan juga bilik kami ni
untuk tetamu solat terutama ahli keluarga lah.


Ni setakat susun atur jelah,
tak berdeko sangat pun sebab malas.
Bila dah ada anak ni banyak habiskan masa dengan dia lah.
Family & bonding time tu sangat penting kan.
Mengemas, insya'Allah bila-bila pun boleh.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. Kemassss....
    Saya ada almari mcm Darwisy juga..tapi tak sampai seminggu berhabuk..so saya pun tak berani nak letak pakaian baby :*(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. betul tu sis. mmg berhabuk maka kena lah kite ni selalu mengelap. hehehe. tq for drop here

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails