click this to be awesome person

Friday, 3 April 2015

Sup Tulang Sedap @ Pekan Salak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Siapa penggemar sup tulang???
Hah, kite geng kalau camtu. Hehehe.
Iza n my yayang memang "hantu" sup tulang.
Kalau pergi makan selalu order sup tulang
atau sup ekor. Tapi jarang jumpa yang betul2 menepati 
selera kami berdua ni. Selalu yang sedap pun kedai2
makan tomyam yang dimiliki oleh peniaga thailand.



Yang ni Sup Tulang memang TERBAIK sgt.
Lokasi di area pekan Salak.
Sederet Giat Mara Salak.
Siapa pernah pergi pasar tani pekan salak
memang tahu lah, depan sikit dari jalan nak ke
pasar tani tu ada Giat Mara,
sederet tu ada kedai tepi jalan yang 
ada banner Cendol Penyet, Ayam Penyet.
Dimiliki oleh pakcik & makcik melayu islam.
Yang masak ni pun bukan pekerja siam ke apa,
anak perempuan die sendiri yang masak.
Siap Iza masa bayar tanya kat mak cik tu
siapa yang masak, die cakap anak die.
Die tanya kenapa? Iza cakap sedap sgt.
Puas hati harga pun tak mahal mana.
That day Iza order air sirap, nasi putih,
sup tulang, telur dadar dan my yayang order cendol pulut.
Total semuanya RM13.50 tak silap. 
So murah lah, dah la sedap.
Tulang yang ada dalam mangkuk tu pun banyak juga.
Puas hati kami makan berdua, yang pada asalnya
my yayang on diet sudahnya diet hancus. Kikikiki.


Maka dengan itu jangan pandang pada rupa aje,
belum tentu kedai makan yang gah menarik masakannya
pun menarik. Iza sgt mengalu-alukan untuk
penggemar sup tulang cuba makan di kedai ni ye.
Cendol die pun sedap jugak.
Ni bukan promo dapat apa2 ye,
promo sebab memang sedap dan bantu peniaga islam kita.
Kami nak repeat lagi nanti,
malam pun bukak. Tak silap kedai ni buka dari
pagi sampai malam sebab terbaca kat menu die
ada menu pagi, tengahari dan malam.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails