click this to be awesome person

Thursday, 23 April 2015

Panggilan Temu Duga Jawatan Penolong Pegawai Antidadah Gred S27

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Minggu ni Iza banyak menyepi dari update blog sebabnya
3 hari berkursus, pagi ni pula hadir sesi temu duga.
Temu duga yang kali ni merupakan temu duga kali ke 5
dah masih mencuba untuk memohon jawatan yang lebih tinggi
berbanding sekarang. Kadang kala ada terbit rasa seperti mahu
kecewa setelah berkali-kali sesi temu duga tidak berjaya tau
setakat calon simpanan. Tetapi cepat-cepat ingatkan diri balik
bahawa Allah amat benci pada hambaNya yang berputus asa.
Jadi, teruskan sahaja apa jua usaha yang baik untuk mengecapi sesuatu
impian mahu pun kejayaan.


Pagi tadi Iza pun hadir ke sesi temu duga bagi jawatan seperti tajuk di atas.
Seperti biasa tiap kali hadir ke sesi temu duga mesti dada berdebar,
jantung berdegup laju dan kencang juga macam-macam perasaan
terbit di lubuk hati. Di kotak fikiran pula ligat mengingat akan maklumat
juga isu yang telah diulang kaji secara sepintas lalu.
Maklumlah 3 hari berkursus tak sempat nak menela'ah sangat walau pun
surat panggilan temu duga dapat sebulan awal melalui emel juga pos.
Apa pun pengalaman banyak membantu, setiap kali dapat
panggilan temu duga mesti akan ingat balik sesi temu duga yang lepas.
Apa yang silap buat, apa yang patut buat banyak nak perbaiki diri
juga mantapkan kemahiran dan keyakinan diri.

Tadi dapat giliran yang keenam. Menjadi perkara biasa sementara
menunggu duduk bertanya dan bertukar idea dengan rakan sebelah
yang tak sampai 10 minit kenal. Kemudian, calon yang dah selesai ditemu duga keluar
tanya pula pada calon tersebut apa yang ditanya dan lain-lain.
Ambil langkah untuk bertenang, ada kemungkinan soalan yang akan ditanya
oleh panel berulang atau soalan lain.
Ini dia soalan yang ditanya oleh kedua-dua panel :

Pengerusi SPA: Tuan Haji Mohd Zainudin bin Ahmad Rasidi

1. Perkenalkan diri
2. Pengalaman kerja
3. Peringkat Hukuman Tatatertib 
(memandangkan pengalaman kerja sebelum ini Iza pernah terlibat dalam proses kerja tersebut)
4. Beza bertugas di luar dan bertugas di dalam pejabat 
(juga berkait dengan tugas Iza masa kerja di KBS dahulu dan sekarang)

Panel Jabatan (AADK) : Tuan Aman

1. Bagaimana cara puan dan juga kreativiti puan jika hendak menganjurkan program "Belia Benci Dadah" di AADK dengan kehadiran peserta yang ramai dan menggalakkan. Apa strategi yang akan puan gunakan bila sudah menjadi Pen. Peg. Antidadah nanti?

2. Secara jujur, sekiranya terdapat program berbentuk komuniti anjuran NGO mahu pun kerajaan di kawasan perumahan puan apa yang mendorong puan untuk turut serta selain hadiah hamper yang menarik?

Jawapan Iza yang terlintas masa temu duga :

1 (a) Buat promosi sehabis baik dari segi war-warkan melalui pemasangan banner di kawasan komuniti atau pusat pengajian mahu pun sekolah. 
(huraikan dengan lebih mendalam)

1 (b) Buat program kerjasama dengan sekolah, IPTA, NGO supaya dapat membantu mereka "membekal" peserta kepada program tersebut. Atau melibatkan remaja yang bermasalah dari pusat perlindungan, rumah kebajikan dan juga ibu bapa mereka supaya lebih jelas tentang bahaya dadah. 
(huraikan dengan lebih mendalam)

2. Secara jujur pada diri Iza sertai program tersebut disebabkan ingin bercampur masyarakat setempat dan dari situ dapat mengetahui isu-isu penting yang berlaku sekeliling kita. Penting kenal jiran sekiranya apa-apa terjadi jiran yang akan kita mohon pertolongan terlebih dahulu. Bukan untuk menyibuk hal orang, tetapi ambil tahu. Maklumlah sahaja kalau menetap di kuarters atau kawasan perumahan kebanyakan hari biasa sibuk dengan kerja, balik kerja duduk di dalam rumah. Jadi hari minggu dan bila ada program sahaja lah peluang untuk bercampur dan berkenalan dengan masyarakat mahu pun jiran tetangga.

Sekian, itu sahaja yang dapat Iza kongsikan bersama reader sekalian.
Kot ada yang dapat panggilan temu duga yang sama macam Iza boleh ambil panduam bersama. Tetapi perlu banyak membaca tentang kes dadah, apa itu dadah, jenis dadah, akta apa yang terlibat untuk persediaan sekiranya ditanya oleh panel nanti.


Macam biasa bila dah hadir sesi temu duga mesti akan mengharap untuk dapat jawatan tu. Iza pun x lepasa dari perasaan tersebut, tetapi bila lihat statistik yang dikehendaki oleh pihak berkenaan Iza turunkan sedikit % harapan Iza supaya tidak terlalu hampa pabila keputusan tidak menyebelahi Iza. Usaha lagi lah nampaknya. Best of luck untuk calon-calon temu duga semua.


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^



29 comments:

  1. insyaallah kalau ada rezeki adalah zah

    ReplyDelete
  2. > Lea Montana

    Terima kasih cc. Insya'allah mudah2an hendaknya..:)

    ReplyDelete
  3. Berdebarnya...esok saya pon akan pegi ke interview jawatan ni.pengerusi pon sama.harap2 esok saya tenang menjawab soalan2 dari panel temuduga..

    ReplyDelete
  4. > Hazlinda Ahmad

    oh yeke? hehe. slmt berjaya ye sis.
    moga dipermudahkan semuanya amin...:)

    ReplyDelete
  5. best of luck iza.... xpe. rezeki itu Allah da tentukan mana terbaik. =)

    ReplyDelete
  6. > Syuhairah Anuar

    terima kasih byk dear. amin mudah2an hendaknya..:)

    ReplyDelete
  7. semoga ada rezeki untuk interbiu ni.aminn

    ReplyDelete
  8. > Fendi

    TQ ye mr fendi. :) amin mudah2an

    ReplyDelete
  9. bila agaknya keputusan temuduga nie ye?ada sapa2 tau x

    ReplyDelete
  10. sy dh 7 tahun keje sbg pen.pegawai antidadah ni..panel tuan aman ada bagitau masa berbual dgn dia di pejabat..calon mcm2 ada.ada yg berpotensi..ada yg ke laut..insyallah ada rezeki ada la..klu x,cuba lg. :)

    ReplyDelete
  11. Bila boleh semak keputusan temuduga ye ?

    ReplyDelete
  12. Wallahualam sis
    ada yg kata hari ni tp xde plak
    ada yg kata 29/5 lah

    ReplyDelete
  13. tadi semak kat website SPA xde keluar result lagi..Good luck ye untuk semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.
      semalam dah call SPA tanya bahagian pengambilan,
      pegawai tu kata hari isnin depan baru keluar (1/6/2015) sama2 lah nantikan.
      moga ada rezeki lah hendaknya. hehe. best of luck juga ye

      Delete
    2. Esok keluar result...gud luck guys...

      Delete
    3. tunda 23/6/15 sabar jela. hehe

      Delete
  14. Kputusn 23 jun ni..sy sperti anda semua mgharap yg tbaik..sbb dh 6x iv..stiap jwapan msti hampa..tp Allah maha mengetahui segala2nyer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah dah dua kali tunda. hehehe.
      xpe sis, jika ada rezeki kite x kemana cepat n lambat je kan. insya'Allah. best of luck yea.

      Delete
  15. ade yg dapat ke jawatan aadk??

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah saya dapat jawatan ni.

    baru dapat surat dari spa utk medical checkup. surat lapor diri bg tahu tarikh dan lokasi masih kena tunggu dari AADK plak. so tak tahu bila plak tu.

    saya masa result keluar hanya tulis 'tertakluk kepada mesyuarat suruhanjaya'. 5 hari before raya baru dapat surat spa cakap berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon dpt jawatan ini juga surat medical checkup dan surat sumpah pon saya dah setel isi sume apa yang ada dlam surat itu, agak2 bila keluar surat dan tarikh lapor diri lama sgt rehat dah ni???

      Delete
    2. Tahniah, dan selamat berjaya hendaknya.

      Delete
    3. tq. mggu ni baru nk setelkan form tu. bintangku dapat surat tawaran bila?

      saya 12 julai baru dapat surat dr spa.reply surat terima tawaran 14hb julai. tengok tarikh surat 7 Jun dikeluarkan. takut je lewat and diorg ingat saya tolak. huhuhu

      ada orang kg dapat JKM. dia dpt surat tawaran and lepas 2 bulan baru dipanggil lapor diri. kursus 3 bulan d hq and baru posting. now at bentong.

      sape2 tahu proses aadk ni? kena kursus ke ape ke, mohon share. thanks

      Delete
    4. Sama juga tp sy 6 jun dikeluarkan surat tu... tp surat n tarikh lapor diri x keluar lg pon

      Delete
  17. Saya pon dpt jawatan ini juga surat medical checkup dan surat sumpah pon saya dah setel isi sume apa yang ada dlam surat itu, agak2 bila keluar surat dan tarikh lapor diri lama sgt rehat dah ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. bintangku. if you dont mind mohon email direct. mshukry@gmaildotcom

      Delete
  18. Assalam, Alhamdulillah, saya dapat status Simpanan Lantikan (tempoh 2tahun), ranking 20 dari 200. Nak tau ada lagi tak calon simpanan lantikan untuk jawatan ni. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah. insyaAllah jika rezeki nnti dipanggil la tu.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails