click this to be awesome person

Monday, 27 April 2015

Muhammad Darwisy 1y 2m

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dugaan sungguh lah lepas anak sihat dari demam, ibu pula x sihat
demam + tongsil bengkak + HB low. Hah dah macam ibu mengandung pula
siap HB low. 8.5 over 12 bacaan HB, bising le doktor kat KK Salak tu.
Dapat lah MC sehari Jumaat lepas. Semakin meningkat usia ni semakin
banyak pula dugaan kesihatan. Dah lah jenis kalau demam + sakit tekak + batuk
suara mudah hilang. dah jadi suara kartun kejap. Muhammad Darwisy
pun mujur tak banyak ragam tapi perangai makin hari makin pelik lah.



Gambar weekend baru ni, jenis nak menyusu tapi fesyen meliuk lentuk.
Bila betulkan bagi baring betul-betul merajuk bawa hati.
Alahai, kang berguling-guling jauh ke sofa lah bawah meja la depan TV la.
Mulut makin hari makin ringan bercakap.

"Ulat"
"Meow"
"Kakak"
"Boleh"

Selebihnya bahasa yang ibu ngan abah tak faham.
Kadang sepintas lalu je dak kenit ni cakap ibu faham.
Banyak kali cakap langsung ibu tak faham.


Umur macam ni nak kan perhatian selalu.
Bila dak kenit ni buat sesuatu yang mengujakan bagi diri sendiri,
ibu dan abah wajib tepuk tangan dan cakap "pandaiii".
Tak pun, "clever boy" "yeayyyy!! good boy" baru lah dak kenit
ni rasa dihargai dan kembang kempis hidung kena puji.
Pastu mula lah buat aksi yang sama berulang kali dan ibu
abah kena puji ulang kali juga. Ni sgt penting sebab membantu
menggalakkan perkembangan otak anak berfikir.



Baru lepas mandi, nak ke kenduri rumah jiran.
Semangat kalau dapat pakai baju jalan terus rasa berbunga riang hati.
Walhal jalan kaki je, perasaan dak kenit macam nak pergi jalan jauh.
Ibu saja sikat rambut dak kenit ke depan nampak skema + comel.
Kalau tak asyik rambut cacak.


Dah boleh berdiri walau pun menggunakan dinding sebagai bantuan.
Tapi ibu buat-buat kagum sambil tepuk tangan supaya Darwisy
lebih bersungguh dan yakin nak diri serta jalan ye.


Posing model sket.
Ada yang tanya Iza, anak dah setahun lebih tak boleh jalan lagi?
Iza dengan senang jawab, belum pandai jalan sebab pandai cakap.
Terus orang yang tanya tu tersipu-sipu malu sebab anak die
memang 10 bulan dah pandai jalan tapi berat mulut.
Sorry to say, perkembangan budak semua tidak sama ye ibu bapa sekalian.
Yang penting anak kita sihat dan bebas penyakit.
Tak usah lah nak bandingkan kepandaian anak awak dengan anak orang lain,
takut-takut nanti malu diri sendiri sebab pandai tang satu benda
kurang pandai banyak benda. Hah kan ke malu alah nanti.


Ibu suruh posing gaya angkat tangan dah betul tapi mimik muka
macam kena dera je Darwisy? Ceria lah sikit. Salah ekspresi mimik muka 
anak ibu ni lah. Hish. Hish. Hish.
Dah boleh harap ni mintak tlg ambilkan remote TV ke, hp ke
merangkak laju pegi ambil bagi kat ibu abah. Kalau tak dapat ambil
beriya jengket kaki nak amek. Kalau tahap dah stress datang balik kat 
ibu abah tarik tangan mintak ambil kan. Nampak 
kesungguhan dan usaha itu. Well done sayang ibu.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails