click this to be awesome person

Monday, 6 April 2015

Jam 2.25 Pagi, Darwisy Demam Panas Mengejut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Perkara paling merisaukan bila orang yang kita syg kurang sihat,
dan tiba-tiba aje demam. Darwisy jenis gitu,
petang sihat main-main lincah agresif bukan main.
Malam tiba-tiba badan panas macam api. T_T
Itu pun sebab die merengek masa tengah tido,
Iza terjaga rasa badan die memang panas.
Malas nak amek alat periksa suhu sebab dah tahu
bacaan suhu mesti 38'C ke atas.

Apa Iza buat bila jam 2.25 pagi panas badan Darwisy
membahang macam api? Mungkin sebab dah banyak kali terjadi
Darwisy demam tiba-tiba, memang Iza dah siap sedia kan 
keperluan untuk demam. Pertama sekali Iza aka buat kaedah
stoking basah. Macam biasa celup stokin dalam campuran
cuka epal dan air suam, pakaikan di kedua belah kaki.
Kemudian sarung lagi sepasang stoking kering atas stoking basah tadi.

Kemudian ambil kain tuala kecik rendam dalam
mangkuk berisi air. Air biasa je pun bukan air sejuk ke ais ke,
sebab belajar dari kesilapan. Then perah letak kat atas dahi die.
Mula-mula nangis sebab basah, lama-lama selesa tido lama jugak
dalam 20 minit. Then mula rasa tak sedap badan merengek lagi siap
bangun merangkak datang melepek kat pangkuan Iza.
Iza yang mamai terus segar sebab kasihan kat die.
Abah pulak tak ade keje malam, selalu jadi gini.
Asal demam malam tiba-tiba abah tak ade, keje.

Capai hp pasang ayat ngaji.
Mata buka luas pandang ibu, kot ibu tak ade kat sisi die.
Kang mengiring ke kanan dan kiri, kang datang bergolek
kat arah ibu. Cuba mencari posisi yang die selesa.
Mula batuk-batuk dan selesma, 
ibu bagi madu dicampur air suam letak dalam botol.
Habis minum sebotol, lepas tu muntah kan balik.
Muka nampak lega, then tak lama lepas tu
ibu dengar bunyi cirit. Biar lama sikit cirit lagi.
Tukar pampers tengok najis banyak lendir.
Alahai. Kasihannya anak ibu tak sihat.

Suspek tak lain tak bukan dapat dari taska.
Sebab kat taska asal hantar Darwisy mesti ada budak
yang tak sihat, mestilah berjangkit-jangkit.
Jam 5.45 pagi baru mula tido lena.
Ibu pulak dah nak kena bangun pegi keje sementara
tunggu abah balik. Mujur abah boleh cuti jaga Darwisy hari ni.
Hari ni kalau tak okey jugak, ibu pulak kena
jaga Darwisy esok. Wallahu'alam demam sebab nak tumbuh gigi
atau demam faktor lain. Apa pun ibu dan abah cuba sehabis baik
supaya Darwisy cepat sembuh ye syg.
Moga Allah bantu anak ibu dan lindung anak ibu
dari segala penyakit yang tidak diingini. Amin.


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails