click this to be awesome person

Tuesday, 7 April 2015

Ibu Rindu Kamu Sayang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pagi ni bangun pagi rasa tak lengkap sgt
sebab tak de menatap wajah dak kenit spt selalu.
Bangun pagi tengok my yayang sahaja ada di sebelah.
Uwa, mula lah diselubungi rasa sayu dalam hati.
Semalam balik dari kerja dengar
Darwisy tengah menangis. Cepat2 Iza buka pintu,
tengok die dok sorang2 kat sofa hall rumah.
Pelik, rupanya my yayang tertido. Penat
sangat lah jaga anak tu. Meleleh2 air mata nangis
agaknya xtahu lama mana die dah nangis.
Abah pun tido boleh tahan sampai anak nangis
x sedar T_T. Sebab tu ibu rasa selalu risau kalau ibu
yang x dapat cuti jaga kamu bila tak sihat.

Dah dukung die masih menangis,
Iza layankan aje. Mungkin nak lepaskan rasa x selesa
pada badan so mengamuk ajela.
Memang penat balik je keje dah kena
layan anak yang tengah meragam. Tapi ibu sabar banyak2.
Umpan air vitagen mula2 taknak lama2
amek jugak nak pegang sendiri sampai tumpah2 lah.
Then dah nak maghrib tu badan mula panas balik,
pastu muntah habis baju semua mandikan balik.
Iza n my yayang amek keputusan anta Darwisy ke
rumah nenek la buat sementara ni.
Bukan nak lepas tanggung jawab, ni soal
kami pun dah x boleh nak amek cuti nanti nak raya lagi.

Adat la anak kalau duduk taska kan.
Toksah cerita la anak orang lain okey je dok taska.
Sakit jugak tapi x lah kerap,
sblm tu nak tanya la....Sakit tu siapa yang bagi ye?
Allah kan? Dah tu tak reti ke nak g amek
apa2 vitamin supaya anak tu tahan sket xlah asyik sakit je.
Sblm tu nak tanya jugak, 
penyembuh kepada penyakit siapa yang boleh bagi?
Allah juga kan? So jangan expect dah buat macam2
dah amek macam2 antibodi untuk anak so 
anak susah nak dapat sakit. 

Kalau korang macam tu bersyukur lah ke hadrat Allah
kerana usaha korang diperkenankan Allah.
Malas nak berdebat dengan orang yang assume perfert 100%
sedangkan diri sendiri lupa semuanya atas kententuan
Allah yang maha berkuasa.
Since mak Iza pun willing untuk jaga Darwisy 
sampai sembuh so kami pun anta lah dak kenit tu malam tadi.
Dalam kereta tido, then berbau satu 
kereta dengan bauan cuka epal.
Iza pakaikan stoking basah jugak sebab tak nak
suhu panas naik lagi. At least dalam perjalanan bolehla turun sket suhu.

Tadi call mak Iza tanya Darwisy okey ke tak,
nangis sekejap mungkin sebab pelik tengok sekeliling
xnampak muka abah ngan ibu tu yang nangis.
Alahai lambatnya nak tunggu hari Jumaat.
Bersabarlah wahai hati.


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

4 comments:

  1. > Mona Lea


    sayu sgt. ni nak balik keje pun xhappy mcm selalu. alahai anak.

    ReplyDelete
  2. insyirah pun sgt mudah berjangkit kalau hantar taska. even jd housewife mmg htr dia p taska bwh ofis husband. nk bg dia berkawan. tp skrg da 2 bln xhtr sbb hr tu htr x smp smgu da selsema n demam. xpela iza... iza kna kerja kan. buat x endah je dkt org yg pk dorg bagus. Allah knows better

    ReplyDelete
  3. > Syuhairah

    itulah, mentaliti manusia mmg payah la dear kte nak ubah. siapa yang dah alami baru tahu mcm mana. bestnya, jadi housewife...btw, tq ye..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails