click this to be awesome person

Monday, 27 April 2015

TV Hall + Susun Atur Dapur = Hujung Minggu Berkualiti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Walau pun badan tak sihat sepenuhnya bila duduk di rumah
lebih-lebih lagi hari minggu mesti nak mengemas sebab
ada je yang rasa tak kena di mata.
Tambah pula ada anak kecik memang kena sentiasa kemas
terutama lantai kena bebas dari habuk dan segala benda yang x diingini
sebabnya dak kenit sorang tu suka mengutip dan masuk mulut.
Paling tidak Iza mesti mop sekali lalu aje
dan lepas mop lantai dah kering sapu cepat-cepat.
Kadang lantai x kotor mana tapi bila dah ada tukang curah air susu
dari botol ke lantai dan buat ala-ala SPA di lantai harus melekit
dan mengundang semut datang secara berjemaah.
Sakit terus mata ibu ni hah, lepas tu perangai dak kenit kalau nampak
semut dia akan picit ngan jari siap nak masuk mulut. T_T


Paling puas kemas dapur.
Lap segala kotoran minyak, tumpahan air, tumpahan susu
dan macam-macam lagi. Kadang berkali-kali lap
table top tu sebab nampak bercapuk-capuk.



Nak dapat macam ni memang hujung minggu sahaja.
Itu pun kalau tak de job event.
Ni minggu ni ada event kat Perak haruslah x sebersih dan sekemas dalam gambar.
Boleh nak macam ni tapi x payah masak. Hahaha.


TV hall pun dah berubah wajah sedikit.
Asalnya TV tu hanya stand shj di atas kabinet TV tapi sebab 
Darwisy jenis suka tengok TV dekat-dekat risau rosak mata pulak.
Puas pujuk my yayang tolong drill kan dan pasang bracket TV untuk
gantung TV ni. Mula-mula kami tak yakin sebab buat sendiri,
dalam hati dok risau kang buatnya jatuh TV tu kena kat dak kenit
tak ke panjang cerita. TV ye lah boleh beli lain, aspek keselamatan
pada anak lagi penting. Selepas sehabis baik drill, ketuk bagai bertukang
rasa yakin lah sebab agak ketat dan kejap skru mengikat bracket TV di dinding.
Selebihnya serahkan pada Allah sahaja.


Dah mai dah dak kenit ni.
Suka sangat tengok TV dekat-dekat.


Hah, kenalah mendongak sedikit ye syg.
Sebelum ni kamu diri je dah TV depan mata.
Memang rosak cepat lah mata.



Peminat setia segmen berita.
Pembaca berita ulas laporan, dak kenit pun akan ulas laporan versi dia 
selepas itu. Ibu jadi juri. 
Ada bakat terpendam dak kenit ni.
Banyak lagi ibu nak berdeko di ruang ini tapi setakat semalam
cukup seperti dalam gambar. Nanti kita tambah baik.
Mengecat pun ala kadar. Pakai cat lebihan mengecat bilik tetamu.
Nak tampal wallpaper kekurangan masa nak pergi beli.
TQ so much my yayang sebab sudi tolong pasangkan
bracket TV dan "transform" kan ruang menonton sekeluarga kita ni ye.
Love u. Muahx.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

6 comments:

  1. > Lea Ismail

    kemas bila dah siap masak + hjg mggu.
    hari biasa takut nak snap gambar. haha

    ReplyDelete
  2. darwisy x tarik segala hiasan ibu kat bwh tv tu ok la. insyirah ske kacau. skrg kosong da atas rak tv. tsk tsk tsk

    ReplyDelete
  3. > Syuhairah

    Die xtarik tapi die usik2 manja gitu. bile die nak tarik die pandang ibu die. apa lg ibu bg warning terus x buat. hahahah

    ReplyDelete
  4. kesian si kecik..mendongak dia tengok tv..heheh

    ReplyDelete
  5. > Fendi

    Hahaha. biarkan die, kalau tak betul2 depan mata main tunjuk2 ngan jari je kt skrin kalau tengok tv. haishhh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails