click this to be awesome person

Friday, 3 April 2015

Family Time @ Molly Fantasy, Dpulze Cyberjaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Entry ni bersambung dari entry lepas 
Selepas sesi makan-makan di rumah Iza tu terus
aje kami bersiap ke Dpulze, Cyberjaya sebab
dah janji nak belanja budak-budak ni semua
main kat Molly Fantasy tu. Lupa nak bagi tahu 
yang harga hujung minggu tambah RM1 iaitu jadi RM6.00
bagi setengah jam.


Qasrina kali pertama diletak ke dalam tibunan bola
ni terus rasa takut. Macam Darwisy jugak lah hari tu.
Muka serba salah nak takut ke nak nangis.


Ewahh, dak kenit sorang tu mentanglah
ni kali kedua tunjuk hero ye. Siap lambai-lambai lagi.
Best kat sini sebab masih x ramai orang walau
cuti hujung minggu. Tak tahu lah akan datang orang dah ramai.


Eh, along Iza tumpang sekali dok dalam tu.
Nak umpan anak ke nak merasa tak tau lah? 
Hahahahaha.
Si kembar pun seronok bila masuk dalam ni.


Kakak Qadirah.
Senang nak cam kalau pakai cekak warna lain.
Tips untuk parents yang ada anak kembar seiras.


Eh, Darwisy main masak2 ke?
Ke tolong kak rah masak tu?




Kegemaran sepahkan mainan,
lantak kan aje. Kalau kat rumah mau ibu dah kemas.
Lepas tu sepah balik, kat sini ibu biar je lah. Hihihi


Qasrina ni sebab pertama kali die belum biasa,
kejap kang die duduk diam tengok je sekeliling.
Kejap kang die merangkak ke sana ke mari.
Muka anak cina sangat.


Eloklah dua beradik kenit kat sini.
Celah sofa jugak korang pilih tempat nak lepak kan.


Sila cari "benda" tersembunyi.


Kak Rah nampak gigi jelah.


Dak kenit ni asalnya tido dalam kete, penat main kat rumah
masuk kereta kena air cond lelap terus. Sampai mall ngam2
sampai depan Molly Fantasy die boleh terjaga terus tangan tunjuk 
ke arah tempat mainan ni. Ibu syak Darwisy ada deria keenam. Hehe


Habis main dalam tu main pulak kat ruang legar ni
banyak lah kereta2 yang bergerak masuk duit tu.
Tapi kat sini pakai kad ala2 touch n go, top up then nak main
sentuh je kat sensor mainan tu. Kalau 2 credit maknanya RM2.00
lah akan ditolak pada kad tu.
Comel je gambar diorang 4 orang ni. 


Rupenya kena kawal stereng ni macam main game.
Mana lah tahu ada skrin dalam kereta ni.
Ingat just pulas stereng je. Patut kak rah marah
mak lang sebab main pulas stereng sampai langgar kereta lain.
Hahahhaa. Maaf lah ye mak lang tak tau le.
Seronok bile sekali sekala keluar jalan2 dengan 
keluarga. Paling seronok tengok gelagat budak2 ni semua.


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails