click this to be awesome person

Tuesday, 31 March 2015

Syukur Alhamdulillah, Birthday Celebrations For Nurhamizah + Nur Qadirah + Nur Qadisah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Birthday anak buah Iza yang kembar tu 
sama bulan dengan birthday Iza.
Kembar 20 Mac, Iza pulak 29 Mac.
Memang rajin celebrate dengan maka ramai2
bersama family sama ada di rumah atau di luar.
So kali ni nak buat di rumah Iza.
Iza okey aje, seronok je kaum keluarga dtg rumah meriah sket.



Beli dah hadiah tuk si kembar tu.
Pack siap2 buh dalam beg ni pastu label.
Kang berebut kalau tak de nama.
Untuk Qasrina pun ada.
Hehe. Alhamdulillah dapat beli baju yang
sama design dengan kakak kembar.
Walau pun murah tapi kualiti dan tebal jugak kainnya.
Yang penting tak panas.


Then pegi Alamanda hari tu belikan
cekak sorang satu. Si kakak minat warna merah jambu,
si adik minat warna ungu. Nasib baik ada.
Untuk Qasrina je tak de hehehe.
Tu hah baju karakter puteri sorang satu.
Pakai lah sedondon 3 beradik macam boria ye.
Sampai je umah terus Iza bagi,
suka bukan main sebab dapat hadiah.



Kek Chocolate Moist from Secret Recipe
sponsor by BIL, abi kepada si kembar.
TQ banyak2 ye bagi Mak Lang tumpang sekali potong kek.
Hehehe.


Pulut kuning hasil air tangan mak tersayang.
Bersungguh nak menghias macam dalam gambar.
Ikutkan aje, seronok agaknya makan dan berkumpul 
ramai2 anak beranak. Terima kasih mak.


Selain tu menu yang ada rendang ayam,
gulai daging, nasi himpit dan buah oren.


Happy Birthday Ecah & Kak Rah.
Moga jadi anak yang solehah buat abi dan umi ye syg.



Besar dah korang, kejap je masa berlalu.
Dapat hadiah terus je pakai cekak tu.
Pastu tanya "cantik tak?"
Cantik sayang....


Our birthday celebration.
TQ semua. 
Abaikan muka yang xberapa nak semenggah ye.
Rasa macam gemuk sket dalam gambar ni.


Alahai, dak kenit ni pun tumpang potong kek jugak.
Sian die ibu tak celebrate lagi untuk birthday die yang ke setahun hari tu.
Hehehe. 


Teruja sangat siap die ramasnya kek tu.
Teruja kot. Hihihi.
Nasib sempat pegang kalau tak habis satu kek die ramas.


Bagi die makanan sket letak dalam pinggan,
die cucuk2 nya buah, kek dan makanan lain ngan jari kenit die tu.
Pastu hisap. Tengok muka pelik tuh.
Selesai je makan2 tu kami keluar sebab dah janji ngan
kembar nak belanja die main ka Molly Fantasy Dpulze, Cyberjaya.
Tak menyabar sebab Iza ada share video dan gambar
kat group whatsapp family.
Sambung entry seterusnya ye.


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^



2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails