click this to be awesome person

Tuesday, 31 March 2015

Susun Atur Lauk Basah Dalam Peti Sejuk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah lama tak share pasal susun atur kan?
Kali ni nak share cara Iza susun atur lauk basah
dalam peti sejuk. Kebiasaan yang memang Iza amalkan
dari dulu lagi rasanya lepas2 kahwin terus guna cara ni
sebab mudah dan cepat. Nak2 kalau macam Iza
ni jenis yang bekerja dan selalunya masa memasak
nak yang paling singkat dah siap dua jenis masakan.

Jumaat lepas balik dari kerja, cadang nak g pasar tani
Putrajaya tapi hujan. Then my yayang pun keje sampai malam.
So perasaan malas melanda, macam mana nak 
beli lauk basah dalam keadaan hujan lebat 
dengan dak kenit lagi? Memang tak mampu lah.
Mau kang dua beranak basah lencun dan demam sudahnya.

Sepanjang drive balik rumah tu text dalam group
whatsapp DSQ tanya mana ada pasar malam pada
hari tersebut yang sekitar dengan kawasan rumah.
Eh, jgn jadi macam Iza text semasa memandu sgt bahaya.
Tapi selalu layan hp pun masa jammed kat traffic light.
Sebab memang lama ada polis trafik jaga simpang
empat Dengkil/Bangi/Putrajaya/BBST tu.

Dapat info dari jiran2 dalam group DSQ kata
area Taman Cempaka, Nilai ada satu.
Pasar malam yang best dan sgt panjang.
Siap ada yang pesan bawak duit lebih takut rambang mata.
Hahahaha, Iza fikir memang tak lah nak berjalan
habis kan jalan2 pasar malam.
Nak beli lauk basah je pun, sebab nak masak
sedap2 tu my yayang n dak kenit.
Dak kenit dah nampak mula selera nak makan.
So ibu kena bersungguh2 masak untuk dak kenit.

Yang tak tahan tu Iza siap mintak landmark ke pasar malam tu.
Dekat sangat kalau tak jammed.
Hari Jumaat biasalah, syukur tak hujan macam kat Putrajaya.
Proceed kan aje, lalu depan DSQ terus ke Nilai.
Bulatan pertama amek je pukul 3 then 
terus sampai hujung nampak ada
deretan bangunan kedai yang baru sebelah kiri,
kat situlah pasar malam nya. Meriah memang meriah.
Parking boleh tahan juga susah nak dapat mujur
ada kereta yang keluar parking terus masuk.
Hajat di hati kuat sgt ni nak dukung dak kenit
dan sebelah tangan lagi pegang barang.
Sudahnya mintak nyawa,
siap berhenti2 kat tepi rehat jap letak barang. Hahaha.
Settle semua terus balik sebab tak nak buang masa,
nak siap2 siang semua lauk basah buh dalam freeze.



Ayam Iza beli seekor, 1kg RM7.40 so kena semua RM14.70.
Tak ingat akak tu potong brp ntah.
So dah siap basuh, Iza basuh sket dengan tepung gandum
nak bagi hilang minyak dan bau tak best.
Lagi pun kalau budak nak makan elok buat macam tu
terutama bawah 2 tahun.
Dah siap basuh Iza agihkan 3 bahagian.
1 bahagian dapat dalam 5 ketul ayam.
Yang bahagian dada dan banyak isi Iza asing tempat lain
siap2. Then pack dalam plastik biasa orang meniaga 
bungkus kuah tu. Selesai, masuk dalam Tupperware macam dalam gambar.



Ikan pun Iza buat sama jugak.
Tujuannya supaya bila kite nak defrost tak lah yang lain terjejas.
Kata lah nak goreng ayam 3 ketul je tapi rendam satu bekas ada 10 ketul.
Nanti dah dapat yang 3 ketul masukkan balik yang baki tu
bayangkan dalam seminggu brp kali defrost? T_T nangis nanti.
So cara Iza asingkan siap2 untuk portion sekali masak.
Ikan beli 6 ekor je buat 2 portion masak.


Sotong beli 7-8 ekor,
then potong ring siap2.
Buat 3 portion untuk 3 kali masak.
Selalu habis buat rencah masakan aje.
Meriah kadang mee goreng, nasi goreng ada banyak rencah.


Hah, isi ayam bahagian dada tadi Iza siap2 potong dadu
bahagikan kpd 3 portion untuk 3 kali masak.
So nak masak ayam goreng kunyit ke halia ke amek je
satu beg plastik tu defrost. Dah defrost buang je plastik tu.




Hari tu terlebih rajin terus buat label sekali.
Upload dan share dalam group FB #KamiSukaSusunAtur.
Ramai berkenan dengan Black Board Sticker ni.
Iza beli di website ni http://www.gdeal.com.my/.
Setakat ni paling murah RM21.00 sekali pos.
Tapi tak pasti skrg harga berapa. 
Sebab harga selalu berubah, jadi ikut nasib.

Suka dengan Black Board Sticker ni sebab boleh
label macam2. Kena air pun takpe sbb kali air.
Tak mudah koyak, kecuali guna gunting atau pisau.
Beli je paint marker warna warni tulis mesti cantik. Hihi.
Itu sahaja yang Iza dapat share,
moga bermanfaat buat semua ye.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails