click this to be awesome person

Tuesday, 31 March 2015

Susun Atur Hall Rumah DSQ 2015 & Kerja Suri Rumah Separuh Masa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mood rajin datang menjelma maka 
dengan itu sesi mengubah kedudukan perabot yang ada
pun terjadi. Dah lama dah meja makan tu beralih ke tengah.
Sebelum ni Sofa 2 seater tu dok sebelah 
sofa 3 seater buat jadikan bentuk L.
Asalnya Iza saja ringan mulut cakap kat my yayang,
bosan lah kedudukan perabot kat hall umah kite ni.
Pastu bagi cadangan pasal alihkan meja makan kat
tengah2 macam dalam gambar. Then my yayang rajin
alihkan. Tapi okey jugak. Sofa 2 seater tu letak kat
cermin  tu terus leh santai tengok TV di situ.






Eh. Eh. Eh ada pulak dak kenit tu terselit dalam gambar ni.
Saje je, nampak ibu nak snap gambar cepat2 merangkak 
ke arah ibu. Nak inter frame lah tu. 


Okey, sebab ibu nak snap gambar
Darwisy buat aksi akrobatik sket lah.
Siap gelak2 buat aksi gini.
Alahai anak. Tapi bile dah ubah macam ni rasa lagi lapang.
Sebab kalau tau ruang sofa tu terhad dan 
Darwisy susah nak bergerak bebas dek laluan terhad.


Kite tengok berapa lama susun atur macam ni
mampu bertahan sebelum Iza bosan. Hahaha.


Hall DSQ ni memang jenis memanjang.
Susun atur perabot pun agak terhad. Kena pandai main
suai padan, kalau tidak nampak sempit.
Ada lagi dak kenit tu inter frame. 
Memantau tahap kebersihan lantai rumah.
Kalau ada benda yang die berkenan memang die kutip lah.
Yang kelakar tu semut tengah jalan kat lantai pun 
die pegi lenyek ngan jari. Ikut perangai ibu sgt. T_T huhu


Kami banyak luangkan masa tengok TV kat sofa ni skrg.
Angan2 nak beli sofa bed ikea tetapi belum
menabung lagi. Banyak komitmen skrg ni. T_T
Kite guna aje apa yang ada dan bersyukur dgn apa yang ada.
Jangan kufur nikmat yang Allah dah beri.


Again, Muhammad Darwisy inter frame.
Intai TV lah tu kot ada cerita kegemaran die.
Pororo! Pororo! Pororo!


Suasana dan keadaan macam ni hanya dapat dirasai
juga dinikmati cuma hujung minggu tu pun bangun awal pagi,
sementara dak kenit masih tido dengan abah die.
Ibu amek peluang berkemas bagai,
menyapu, mengemop, mengelap, menyapu lagi
sampai lah bersih takde habuk pun.
Bangun je dua beranak tu keadaan mula berubah.
Ibu akur. Dah lumrah. Takkan nak memanjang macam ni je
tak lah mencabar tuga sebagai seorang isteri dan ibu
kan? kan? kan? 
Masa macam ni lah rasa macam pegi gym,
rasa macam berzumba, rasa macam buat senam robik.
Peluh menitik jangan kata.
Siapa yang tak jatuh hati dengan hari hujung minggu?
Dok bersantai, sambil lipat kain 3 bakul sekali gus.
Korang mampu? T_T 
Kalau dah mula berhenti melipat nanti
bertangguh lama, maka kite teruskan aje.
Kain dak kenit sebakul,
kain ibu sebakul, kain abah sebakul jadi 3 bakul.
Yeayyyy! Hujung minggu hari mendobi dan melipat.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails