click this to be awesome person

Wednesday, 18 March 2015

Muhammad Darwisy Demam & Kaedah Cuka Epal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kalau reader yang rajin follow blog ni
mesti dah selalu sgt baca pasal kisah
Muhammad Darwisy ni.
Dan kerap kali itu juga lah dak kenit ni
kurang sihat dan dijangkiti demam.
Memang lah amat merisaukan sebab
dulu warded pun punca adalah demam
dengan suhu badan yang tinggi.
Tak kebah2 selepas bagi makan ubat.
Selepas kerap lap badan dengan kain basah.
Dan macam2 lagi.
Kali ni Iza tolak tepi dulu bagi ubat.
Dan cuba kaedah semulajadi dahulu.


Dak kenit ni badan tiba2 panas malam Ahad hari tu.
Tersedar pun sebab die merengek x boleh tido
tengah malam, die jarang merengek.
Even nak susu pun dekat nak subuh baru
dengar suara die. Then pegang badan die,
rasa macam pegang kuali panas.
Terus bulat mata Iza, my yayang pulak
xde on duty that day.
Terus pergi dapur buat apa yang patut.
Dan yang pastinya by Monday ibu should
take emergency leave. Ibu taknak demam 
Darwisy melarat sampai kena warded lagi.
Cukup lah sekali dan biar itu yang terakhir kali hendaknya.


Lepas basahkan kain dengan air biasa,
before ni guna air sejuk / ais tapi sebenarnya sgt bahaya.
Mengikut apa yang Iza baca dari blog2
doktor juga mommy2 yang berpengalaman
kalau lap dengan air sejuk / ais memang panas cepat turun
tapi akan cepat juga naik kerana ibarat merenjat
suhu panas tu segera turun.
Terus guna air biasa je suhu bilik.
Menangis juga tengah malam tu sebab sejuk agaknya,
tapi after that dah okey lebih selesa die tido.
Bahang badan masih rasa.


Esoknya cari cuka epal.
Buat kaedah double-sock.
Rendam stokin Darwisy dalam campuran 
cuka epal & air suam beberapa minit.
Kemudian pakaikan kat kaki die, then sarung lagi
dengan stokin yang kering.
Agak merimaskan diri die tapi Iza paksa jugak.
Hari pertama xnampak sgt kesannya,
masuk hari kedua (semalam) suhu panas dah menurun.
Balik keje semalam rasa badan die dah
sejuk dan normal. Lega sgt. Pesan banyak kali
kat my yayang semalam untuk buat kaedah yang sama
sebab my yayang pulak cuti semalam.



[copy paste from group Kelab Mama Baby Kiut Malaysia]


Natural remedy tuk baby demam..

ACV SOCKS

》Celup stokin kt dlm bekas yg berisi air dn cuka apple....sukatan sy wat 3 sudu besar cuka apple air secawan...pkikn stokin tu kt anak..

》tuala tu celup gak spongingkan celah2 pelipat kaki tgn..celah leher..peha bwh lutut....letak tuala kat dahi n kepala...


Tujuan utama cuka apple adalah utk menyerap suhu pnas....pkikn stokin bile dh kering celup 
Rujukan n panduan kita semua..

[Petua Meredakan Demam Kanak- kanak]

Ibubapa mana yang tak bimbang bila anak- anak demam , kan? Melihat wajah yang selalu gembira jadi monyok, biasanya aktif berbaring atas katil dan selera makan yang hilang, selalunya kita sebagai ibubapa akan tak senang duduk mengenangkan anak kesayangan yang demam.

Antara petua bagi meredakan demam anak- anak:

1. Pastikan anak betul- betul demam

Suhu badan manusia berubah- ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Pada waktu petang dan selepas bersukan misalnya , badan manusia lebih panas dari pada biasa. Oleh itu dapatkanlah termometer bagi menyukat suhu anak- anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital , kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, walaupun ketepatannya sedikit berkurangan.
Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius.
Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius.
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.

Demam itu sendiri tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius. Demam yang ringan boleh dirawat dengan “sponging” dan menggalakkan anak minum air dengan banyak.

2. Boleh buat “sponging” atau menjelum anak bagi mengurangkan suhu.
“Sponging” merupakan satu kaedah yang telah digunakan bertahun- tahun bagi melegakan suhu anak. Cara untuk melakukan sponging ;

1. Sediakan air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
2. Rendam tuala dan perahkan.
3. Lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama , dan biarkan.
4. Lapkan air suam pada pada kedua- dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
5. Lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga , serta biarkan seketika.
6. Ulangi dan lakukan selama 30 minit.


JANGAN GUNAKAN AIR SEJUK/ AIS!

Air sejuk/ ais akan menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih tinggi.

Terdapat ibubapa yang mencampurkan asam jawa kepada air, dan memandikan anak-anak dengan air ini. Tidak ada halangan untuk menggunakan cara ini bagi menyejukkan badan.

3. Pakaikan anak-anak dengan pakaian nipis supaya haba dalam badan boleh keluar
Ibu bapa digalakkan memakaikan anak- anak dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak- anak. Kain kapas dapat menyerap peluh dengan baik dan anak- anak juga lebih selesa..

Alhamdulillah, kita ikhtiar doa sebaik mungkin yang
menyebuhkannya Allah jua. 
Semua parents pun tahu ubat adalah bukan
sesuatu yang baik untuk tubuh apatah lagi
tubuh si anak kecil. Jadi boleh cuba kaedah lain
selagi tidak melanggar ajaran Islam.
Pagi ni dak kenit tu meragam sket sebab dah lama tak 
g taska, pagi tadi masam aje bangun tido.
Tapi after reached at school dah mula
senyum sebab nampak kawan2 dan cikgu.
Syukur. Ibu dan abah pun lega.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails