click this to be awesome person

Friday, 20 March 2015

Muhammad Darwisy 1yo 1mo


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Minggu ni Muhammad Darwisy kurang aktif
sebab kurang sihat. Demam dah kebah,
batuk dan selesema menyusul pula.
Alahai, dah lah jenis kalau batuk mesti
nak muntah sebab tekak tak selesa kan.
Semalam balik keje amek dari taska,
cikgu kata baru lepas muntah susu sekali
lendir kahak. Hah elok sgt la, dari simpan
kahak tu lama2 dalam badan buat sakit je.
Bagusnya cikgu ni siap cuci sekali kain
yang kena muntah tu dan letak dalam plastik 
sblm masuk beg so xde lah bau muntah.
Terima kasih banyak2 lah cikgu ye.



Ragam dah 1 tahun 1 bulan ni memang lah
lagi menguji kesabaran ibu dan abah.
Dah pandai memilih makanan, nasi memang
payah lah nak masuk dalam mulut tu selagi ibu
tak jadi garang macam singa selagi tu lah die tak nak makan.
Kadang siap bergaduh berdua nak suruh makan.
Yang die suka keropok, kentang goreng, bihun,
kerepek. Benda2 makanan yang kurang mengenyangkan.
Nasi ke bubur ke memang ada masa2 je baru nak.
Ibu memang nak kena bagi supplement tuk dak kenit ni.
Tapi yang bagus die suka minum air masak.
Dan dah pandai minum guna botol yang ada straw tu.
So dah dapat beza, susu dalam botol susu then
kalau air masak kena sedut straw. Good job.


Then hari Rabu lepas balik dari taska
cikgu bagi tahu badan Darwisy naik banyak bintik2
merah. Kat muka dan tangan pun ada.
Macam chicken pox terus ajak my yayang g KK Presint 9 sebab 
KK tu je bukak after working hours.
Kalau kena campak or chicken pox memang
ibu dan abah terpaksa anta ke rumah nenek la.
Cuti ibu dan abah pun x brp nak ada dah,
mana taknya awal tahun hari tu dah warded dekat seminggu.
Then after tu cirit birit ngan muntah.


Doktor suruh ambil darah,
review result darah semua clear xde campak or anything else.
Doktor suspek sebab demam hari tu badan panas
sgt menyebabkan naik rashes kat badan, muka dan tangan.
HFMD pun bukan. Ada virus yang menghinggapi masa demam tu.
So doktor bagi ubat sapu dan ubat demam sekali ubat
titis hidung. Iza x guna sgt lah, masih sapu Herbal Blend Shaklee
pada merah2 tu sebab 100% natural. Masa Darwisy baby dalam
pantang pun Iza guna HB je xde guna krim lain.
So dah serasi dgn badan die.

Darwisy belum pandai jalan, memang die jenis
lambat berjalan sebab usia 4 bulan lebih dah tumbuh gigi kan.
Orang tua2 kata kalau tumbuh gigi awal, 
berjalan pun lambat. Wallahu'alam.
Tapi mulut dah becok ya amat,
my yayang kata ikut Iza. Its okey.

Perkataan yang dah boleh sebut
"ibu, abah, car, cat, tu, muah, yeay, o'oo, dah"

Perbuatan yang dah boleh buat
"tepuk tangan, salam cium tangan, lepuk ibu dan abah T_T,
korek biji mata ibu dan abah, flying kiss, menonggeng, tendang bola,
bagi barang bila ibu abah minta, kalau jumpa remote tv/hp terus letak
kat telinga bajet sembang macam betul"
banyak lagi lah. Kadang x terikut dah ibu ni hah.
Yang terbaru, pandai malu dan pandai merajuk.

Seronok tengok dak kenit ni membesar depan mata.
Syukur dengan nikmat Allah yang percuma ni.
Sesungguhnya nikmat yang mana hendak kamu dustakan?
Tiada apa yang Iza dan my yayang harap melainkan
Muhammad Darwisy membesar dengan sihat
jasmani dan rohani.
Cadang nak celebrate belated birthday die tapi
masih dalam perancangan. Dah lambat sebulan.
Hahahaha.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


4 comments:

  1. skrg tgh musim budak demam la izzah,aqeef pun gitu sampai cirit birit non stop ni ha..memng betul kdg org tua2 ckp ni,tumbuh gg lmbt jln,mcm aqeef lmbt tumbuh gg,tp dah jln tp xpndai ckp lg,1 perkataan xde lg,dia tau nyanyi bhasa dia jela..hehe

    ReplyDelete
  2. > Natasha

    itulah, Iza sendiri pun demam on-off. tu yang berjangkit ke anak. kesian lah hai, betul tu dear. cepat tang cakap, lambat tang berjalan. hehe. Allah itu maha adil. yg pntg anak sihat walafiat kan. :)

    ReplyDelete
  3. izzah... nanti share la supplements ape erk.. insyirah pun susah nak mkn. nasik tu.. 4 5 suap je lps. ske sgt mkn roti ngn cheddar cheese tu. haiiiihh..

    ReplyDelete
  4. > Syuhairah

    haha sama lah dengan Darwisy. 4/5 suap tu palg banyak. Iza memang nak cuba Mealshakes Shaklee. Sebab before this customer Iza bg kat anak2 diorang semua good feedback. Nanti Iza review later ye.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails