click this to be awesome person

Friday, 27 March 2015

Muhammad Darwisy 1st Visit To Molly Fantasy, Dpulze Cyberjaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam Iza dah masuk keje macam biasa setelah diberi
cuti sakit dua hari dek kerana cabut gigi.
Entry khas cabut gigi akan dikarang nanti.
Then my yayang dah janji selepas habis waktu kerja nak
pegi beli barang2 dapur, maklumlah baru lepas gaji
setelah hampir sebulan lebih tidak bergaji kerana gaji awal
bulan dua hari tu. Gini lah nasib kalau gaji diawalkan.
Macam biasa dah amek dak kenit dari taska terus nak
pegi beli barang dapur, tapi lokasi dituju kurang jelas.

Sudahnya my yayang ajak ke Dpulze di Cyberjaya, 
mall baru dibuka di Cyberjaya. Baru tak baru lah,
tapi kedai2 dalam mall tu belum sepenuhnya beroperasi.
Bagi Iza bagus jugak lebih dekat nak spend time
berbanding nak ke Alamanda, Putrajaya.
Yang bestnya ada Daiso, tempat kegemaran Iza.
Kalau ada Kaison alangkah bahagianya.
Wayang pun opening soon, so dah tak perlu nak bersesak
di Alamanda tu hah. Dekat pun dekat dengan rumah.

Kami beli barang dapur di Jaya Grocer, harga boleh tahan mahal
ikut jenis barang so Iza amek apa yang perlu dan kena
dengan bajet. Beras murah pulak berbanding yang Iza
pernah beli di Giant, Speedmart dan lain2.
Malas nak fikir banyak kali ambil je ikut bajet.
Perut lapar minta diisi, sebelum tu kenalah solat dulu.
Bergilir solat, sementara tunggu my yayang solat Iza bawak 
dak kenit jalan2 kat sekitar mall.

Dan jumpalah dengan Molly Fantasy ni hah.
Memang lama dah nak bawak dak kenit ni tapi masa
yang kurang mengizinkan. So tengok price range pun
okey RM5 untuk 30 minit pertama terus Iza sign up.
Ada dapat kad dengan bayaran deposit RM2.
Kalau nak pegang terus kad tu pun boleh, nak pulangkan
pun boleh nanti next time kena juga deposit kad tu lagi.
So kami simpan je kad tu next time datang top up aje lah.
Muhammad Darwisy memang suka dengan "ball".
Kalau main kat rumah pun lebih cenderung main 
"ball" dari mainan lain.



Mau tak teruja dak kenit ni dapat duduk dalam timbunan bola macam ni.
Terus keluar bunyi "eiiiiiiiiiiiiii" menandakan betapa teruja bercampur 
terkejutnya die tengok bola banyak2 ni. Muka tak tahu nak bagi reaksi
apa, pastu dok sengih2 pandang ibu. Alahai anak, bahagia ibu tengok.
Kalau kat rumah ball macam ni ada dalam 10 biji je, 
semalam tambah lagi 10 biji beli kat Daiso. 
Bila main baling2 bergolek lah ball tu masuk belakang kabinet TV lah,
masuk bawah meja lah. Ini baling macam mana pun
bola tu ada je dalam tu. Tu terkesima luar biasa muka tu sampai 
badan naik tenggelam dek bola.


Ewah, main baring2 lagi.
Siap buat kaki macam gaya orang berenang bagai.
Pastu cakap "balllllllllllllllll", "eiiiiiiiiiiiiiiiii".


Kalau diikutkan memang lama die duk dalam ni je,
so ibu kena main peranan gerakkan die sekitar kawasan tu. 
Banyak lagi permainan lain die kena cuba biasakan diri.
Kat taska pun banyak mainan tapi mungkin ni suasana baru
amek masa nak sesuaikan diri. Pastu takde orang sgt,
memang merata lah die merangkak selepas tu.


Bile letak dalam ni mula2 suka, lama2 muka macam nak nangis 
sebab Iza gerakkan relung ala2 hamster ni.
Mau tak cuak muka, terus nak turun. Selebihnya ibu malas nak snap
gambar, rakam video jelah.


video


video

Selesai solat dan puas dak kenit ni main,
kami dinner kat The Chicken Rice Shop.
Tiga beranak dah kelaparan, 
Iza macam ada "jiwa" kat sini berbanding 
pergi Alamanda dan IOI City Mall.
Mungkin sebab dekat,
pastu tak crowded sgt sebab baru lah katakan.
So boleh repeat lagi, nak tunggu KIP Sentral kat
Salak Tinggi buka memang lambat lagi lah sebab masih
dalam pembinaan lagi. Ntah sempat entah tidak,
mana tahu umur tak panjang.



Banyak jugak outlets Molly Fantasy ni kat sekitar
Lembah Klang, so boleh la parents bawak anak2 mereka
ke outlet yang berdekatan. Kalau kat Cyberjaya ni dekat sgt ngan 
Restoran Makanan Aras Saba tu. Berdepan je pun.
Agak2 tak nak makan dalam mall makan je kat deretan kedai depan tu.
Dulu tak suka ke Cyberjaya sebab bagi Iza bandar mati,
sekarang dah hidup sikit. Hahahaha.
Kalau ada Kaison lagi hidup banyak.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


4 comments:

  1. Adli pun seronok main bola tu zah

    ReplyDelete
  2. > Mona Lea

    hehe. mana tak sukanya banyak bola pastu x ramai sgt budak2 kat situ sbb tmpt baru org tak tahu sgt kot. esok kalau wayang dah buka mesti penuh sementara nak tggu wayang.

    ReplyDelete
  3. lengang je mall tu kan..takde lah rasa serabut nak bersesak2..

    ReplyDelete
  4. > Fendi


    itulah, heaven gile berjalan siap seret kaki mcm org malas. hahaha.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails