click this to be awesome person

Monday, 23 March 2015

Mengemas Bilik Pelbagai Guna / Bilik Kerja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Weekend lepas Iza berhasrat untuk buat kerja2 mengemas
terutama di bilik tengah, bilik pelbagai guna / bilik kerja.
Pagi sabtu bangun awal sebab azam nak siapkan
kerja mengemas hari itu jugak. Sedang sakan
mengemas, keluarkan barang2 dan buang apa yang
x sepatutnya tiba2 rasa sakit ya amat dalam mulut.
Gigi berdenyut2 terus tangkap kepala,
mula la serba x kena. My yayang cuba nak bantu
tapi memang Iza x heran lah. Then dah tak tahan
sgt ajak pergi klinik gigi nak cabut tapi kejap nak
kejap tak nak. Walhal tengah sakit menggila tu.
Suruh my yayang g beli bunga cengkih kat kedai.
Boleh pulak bunga cengkih xde dalam almari kabinet dapur.
Bunga lawang banyak lah, my yayang balik dari kedai
bagi dua peket. Iza sangka bunga cengkih sekali
bunga lawang, haaaaa terus rasa nak marah.
My yayang repeat lagi ke kedai beli bunga cengkih.
Puas menonggeng la, Darwisy pelik nape ibu die lain macam
aje hari tu. Bertahan jap gigit bunga cengkih,
menjelang petang dah memang sakit tak tahu nak ckp 
macam mana. Minta my yayang g beli pain killer kat klinik gigi.
Kalau nak cabut gigi mana boleh tgh sakit, tgh bengkak kan.
Berjaya dapat pain killer, makan terus reda sakit dari
yang tadi. Tetapi hanya mampu bertahan 4-5 jam aje.
Maksimum boleh makan pain killer 4 biji sehari. T_T



Muhammad Darwisy yang perasan abah nak bawak pegi jalan.
Suka sgt lah nak tinggal ibu tu.
Dak kenit ni masa ibu tengah sakit gigi lah die
nak manja2, nak merap je. Eiii, memang diuji lah kesabaran
ibu masa tu. Silap gaya kena gak marah ngan ibu.
Mana tak nya kaki naik ke atas kena muka ibu.
Bergegar ibu rasa gigi ibu dalam mulut tau. T_T


Hari Ahad beransur baik sikit, Iza tak tau nape.
Kesan ubat kah? Atau kesan kumur dengan air garam?
Atau kesan gigit bunga cengkih? Tapi yang pasti Allah 
yang berkuasa atas segalanya. Sambung kemas sementara 
sakit x berapa nak rasa tu. Gigih buat kerja laju2.
Kemas ikut mana yang rasa sempat je.
Takut kang sakit gigi tiba2 datang dah tergendala.
Taknak lah kerja tergendala nanti hari kerja 
lagi payah sebab dah sibuk dengan rutin harian.
Maka gambar2 ni lah hasilnya.


Meja tu memang meja study Iza masa dok umah
kuarters dulu, then pindah umah DSQ Iza jadikan meja
makan kat dapur. Ni letak balik dalam bilik ni siap balut
dengan wallpaper #Kaison. Then bawah meja tu penuh barang
dan kotak semua, tak nak semak mata memandang
tutup dengan kain main stepler je tang bawah meja tu
supaya kain tu tak tertanggal. Puas hati lah nengok.
Datang dak kenit pergi tarik, uwaaa memang ibu angkat lah 
cepat2. Tapi Darwisy pun macam dah suka sgt masuk bilik ni.
Sebab die nampak banyak barang kan, meriah sgt so teruja la.
Bilik ni lah Iza mengidam nak buat loteng tapi
belum kesampaian lagi hajat di hati. Rata2 survey dan tengok
dalam group DRKSK semuanya kos 5k ke atas. Alahai.


Memang haruslah memerlukan loteng, mana tak nya bila
baju di ampai luar tak kering Iza sangkut dan letak dalam bilik ni.
Memang sempit lah kan, Sepang pulak skrg hujan tak tentu masa.
Kadang baju basah kena tempias air hujan. Baju ni kena tunggu betul2 kering
baru Iza leh angkat letak dalam baju. Syukur jugak
bilik ni ada ruang udara xde lah berbau sangat kan bilik ni.


Bilik ni jugak bilik iron baju.
Memang lah sesuai dengan nama bilik pelbagai guna / bilik kerja.
Kalau lah boleh buat rak yang cantik keliling dinding ni dah lama
Iza buat. Nak beriya bertukang karang my yayang bising.
Nak minta kudrat tenaga my yayang kena tunggu ada mood.
Uhuk. Uhuk. Uhuk. Kalau setakat nak drill lubang yang boleh Iza
capai memang Iza buat dah, ni kalau tinggi sgt gerun pulak
nak memanjat tangga.


Jadilah buat macam ni dulu untuk sementara waktu.
Asal nampak kemas dan tersusun di mata sendiri.
Sebab kalau ada event nak prepare barang2 deko senang,
tu bagusnya label kotak dan storage. Kalau nak cakap pasal
habuk memang ada lah habuk, tapi barang2 ni semua kerap 
Iza guna. Bila nak guna cuci, bila dan siap guna pun sama.
Teringin nya nak bilik storage yang kemas dan teratur macam 
rumah omputih tu. Huhu. Berangan lah dulu.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails