click this to be awesome person

Tuesday, 17 February 2015

Today Is Muhammad Darwisy 1st Birthday : 1 Year Already

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah,
di dalam menghadapi pelbagai dugaan kesihatan
anak ibu akhirnya menginjak ke angka 1 tahun.
Pagi tadi ke KK Presint 3 untuk check up
setahun dan suntik MMR.


Dear Muhammad Darwisy,

May Allah ease your journey life
forever and here after.

May be a good caliph to 
your Allah and your Rasul.

Allahumma Amin.

Tiada kata yang dapat ibu dan abah luahkan
melainkan kamu membesar dengan sihat fizikal
juga mental dan berbakti kepada agama, negara juga masyarakat.
Ibu kena selalu terapkan dalam hati
bahawa Muhammad Darwisy hanya "pinjaman" dari Allah.
Bukan "hak" ibu dan abah tetapi 
"hak" Allah. 

Banyak ibu belajar dari kamu sayang,
terutamanya bila kamu warded.
Banyak kenalan baru yang ibu kenal di wad
alami pelbagai nasib yang kurang baik.
Sehinggakan ada mereka yang sakit terus
"pergi" menyahut seruan ilahi.
Dari situ ibu belajar, ketabahan seorang ibu
perlu diterapkan dengan berkata pada diri 

"anak adalah "pinjaman" dari Allah
yang diamanahkan kepada ibu bapa untuk mendidik
dengan agama dan kasih sayang"

Sekarang kamu makin sihat,
makin cerdik, 
makin bijak,
makin petah berkata,
mengerti pabila ibu melarang,
merengek pabila ibu marah,
menangis pabila kamu tidak ibu endahkan.


video

Hadiah birthday kamu akan menyusul ye.
Hari tu ibu dan abah dah bagi advance birthday present.
Sebab nya die kuat semangat melawan penyakit.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails