click this to be awesome person

Friday, 6 February 2015

Kenduri Aqiqah & Kesyukuran Muhammad Aniq Amsyar @ Ipoh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dek kerana takut terperam entry pasal Aqiqah Aniq
terus je transfer gambar ke PC. Tapi kali ni nak update laju2
sebabnya bakal sibuk untuk kenduri di rumah DSQ.
Memandangkan last week kami dapat cuti pjg 4 hari
termasuk Sabt, Ahad, Hari Wilayah dan Hari Thaipusam
maka balik ke Ipoh dgn hati yang gembira bercampur penat.
Gerak dari DSQ dalam jam 3.30 pg sebab tggu my yayang
habis keje, car pool dengan my SIL Ina n suami die.
Sampai Ipoh awal Subuh. Jalan boleh tahan jammed.
Sempat solat kat R&R Tapah, ramai nya lah hai org
dah macam raya.



Alhamdulillah Muhammad Darwisy semakin pulih
selepas pelbagai rawatan dan kaedah Iza cuba.
Yang terkini Iza bagi penawar homeopathy dari
Dr Hassan di PKNS Bangi. Setakat ini alhamdulillah mungkin
serasi atas pertolongan Allah. Makin aktif dan sihat. Syukur.
Moga berpanjangan sihat hendaknya anak ibu. Saja buli Darwisy
letak Aniq atas die, menjerit cakap "Eeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!"
Tapi muka senyum2 sengih2. Ntah suka ntah tidak.


Dah kenduri ni buat kat umah MIL
so law family SILs Aida pun datang bertandang sebelum 
majlis bermula. Darwisy so far dah banyak kali juga
jumpa dengan Aisy Zafran ke Aisy Zarfan ntah. Lupa2 ingat.
Aisy ni anak adik biras Iza yang Wan tu (Hubby my SILs Aida).
Memang jumpa geng lah ni Darwisy siap gelak mengekek berdua
dengan Aisy ni. Beza umur 2 bulan je pun.
Nama pun dekat sama, org skrg suka panggil
Darwisy dengan panggilan Awisy. Iza kurg suka sbnrnya 
sbb nama kan suatu doa so lebi afdhal kita panggil penuh.
Wallahualam bisawab.



Mudah juga ada signage frame ni
sebab bila geng marhaban nak sebut nama 
terus pandang kat sini. Hihihi.
Maklumlah makcik2 marhaban kan seusia
dengan mak Iza so penglihatan kurang jelas
bila nampak tulisan besar mcm ni diibaratkan
mempermudahkan mereka. 


Masa Aqiqah Darwisy dlu takde buaian berendoi
macam ni. Pelamin pun ibu buat sendiri ikut mana ibu mampu.
Tapi time Aniq ni boleh tahan grand nya hehe.
Sebab mak long aka kakak Wan sponsor.
Murah pulak tu harganya. Kalau kat area sini
x dpt harga mcm tu. Saja cuba letak Darwisy duduk dalam buaian 
berendoi ni nangis2 die taknak. Yelah dah besar konon. 


Bukan main masam muka anak ibu ni.
Alahai, haji kenit ni.


Tak bertahan lama pun duduk dalam tu.
Menjerit2. So jadilah dapat snap gambar sekejap.


Dah bawak turun bahagia sgt lah ni hah.
Siap mengemas almari kat rumah mak tok die.
Sampai nampak gigi arnab la.


Tayang gigi sket.
Darwisy dah ada 6 batang gigi atas, 
dua batang gigi bawah. Suka gigit ibu
sgt skrg ni. Redha ajelah.


Haji Kenit Muhammad Darwisy nak doa
semoga baby Aniq behave spnjg majlis
dan semoga majlis mendapat keberkatan Allah.
Amin. Doakan juga untuk Darwisy ye supaya
membesar dgn akal / fizikal yang sihat hendaknya.




Ni die baby Aniq yang diraikan.
Pengantin kecik ibu long panggil.
Baik aje, macam tahu2 hari majlis untuk die.
Ngam2 baju melayu Darwisy kat badan die.
Akan jadi baju turun temurun kalau ada
anak lelaki lagi lepas ni. Hihihi.


Kambing golek sedang digolek oleh
Pakar Kambing Golek Ipoh.
Servis memang terbaik.
Walhal last minute cari ni.
Sebab kambing aqiqah kan dua ekor untuk
lelaki, seekor dah buat masak kurma dan seekor
lagi untuk golek tapi terlepas pandang untuk
cari orang nak buat. Iza google aje, jumpa dalam
FB. Deal semua dengan Puan Dayang alhamdulillah
dapat harga RM450.00 dengan pakej 3 sos 
(mint, black pepper, chili sos), thousand island,
salad, french fries dan coleslaw. 
Rempah perapan pun rasa dan sedap.
Boleh lah kalau warga Ipoh dan berdekatan nak 
dapatkan servis mereka just cari di FB
Pakar Kambing Golek Ipoh.


With mummy ngah aka my SIL Ina.
Ni saja gedik post ala2 Qu Puteh! Qu Puteh!
Sebelum dan selepas.
Beza ye kecerahan kulit kami. Hihihi.




Warna tema pelamin pun sama dengan 
tema masa aqiqah Darwisy dlu.
Hihihi. Cantik.


Tertidur kepenatan selepas
berarak dengan iringan kumpulan marhaban.
Sedap2 lagu marhaban yang dialunkan
oleh makcik2 yang dtg tu. 



My SIL Aida n my biras Wan.
Kelas macam pengantin. Hihihi.
Aniq biasalah tido.


Darwisy dah kepenatan tido jugak.
Aniq pulak mula meragam, terus ibu long
mandikan. Hehehe. Baik aje lepas mandi.
Baru sedap nak tido kan Aniq?


Dah tido, dah makan so battery full.
Tu yang mood agak baik sedikit.



Tumpang bergambar kat pelamin Aniq.
Seksi anak ibu nampak kaki
sampai ke atas tu. Nasib anak bujang.


Alahai, mentang2 dah ada gigi
dok tayang gigi jelah Darwisy ni.
Kami 3 beranak je lain tema sebabnya
Darwisy takde baju melayu warna biru.
Maka haruslah ibu ngan abah follow
warna baju Darwisy. Walau pun tak sama sgt.



Syukur, Muhammad Darwisy hampir genap setahun.
Tiada lain yang ibu minta moga anak ibu
dijauhkan dari segala penyakit, musibah
dan jauh dari hasad dengki manusia juga gangguan
jin/iblis hendaknya.


Mummy Ngah + Daddy Ngah ngan baby Aniq.
Moga2 cepat dapat baby dan memeriahkan
lagi keluarga Mohamad + Zuyah. Hihihi.


Malam lepas kenduri tu sedara mara mana yang
dekat datang bertandang nak eratkan lagi silaturahim.
Nak jumpa ramai2 bukan senang kan.
Lauk kenduri pun banyak lagi.
Muhammad Darwisy ni satu perangai die suka
berkawan dengan orang yang lebih besar.
Perasan boleh makan kerepek dengan kakak2 + abang2
sepupu die. Terus ibu g dapur amek biskut bagi kat die.
Jadilah, nak sgt duduk makan ramai2 kan.



Excited sangat lah budak kenit tu.
Abang2 + kakak2 nak berborak die pun sibuk
nak cakap bahasa die.
Yang terkini orang panggil "abah"
die panggil "ayah"
orang panggil "ibu"
die panggil "ijaaaaaa!!"
Amboi terus sebut nama ibu ye.
Hebat anak ibu ni. T_T



Hah, apa? Darwisy nak adik?
Hehehehehehe. Baby Aniq dah botak dah.
Tu aksi cemburu Muhammad Darwisy tu
tapi tak tunjuk terang2. Main saiko je.
Kang tahu2 abah kena gigit.


Pagi sebelum bergerak balik ke Sepang,
kteorang breakfast kuey teow kicap kat luar area
Chepor. Sedap jugak, dengan suasana kampungnya.
Angin2 mcm kat tepi pantai je.
Budak kenit ni duduk termenung.
Suap makan taknak pulak.
Apa yang dimenungkan pun ibu tak tahu.


Sebelum balik ibu dok simpan barang2 dalam beg,
die pun sibuk nak mengemas siap nak 
masuk bawah kerusi. Sudahnya menangis sebab terhantuk.
Pastu x serik ulang balik sampai berjaya masuk bawah
kerusi. Hero lah katakan. 

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

4 comments:

  1. meriah je nampaknya majlis tu zah

    ReplyDelete
  2. > Mona Lea

    Hehehe. boleh tahan lah meriahnya cc.
    Rezeki baby Aniq. :)

    ReplyDelete
  3. Rm450 je ke kambing golek tu awat murah beno

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM450.00 tu upah untuk golek dan set dia shj. harga kambing lain. sebab kambing dah beli dari org lain.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails