click this to be awesome person

Friday, 13 February 2015

[Cirit Birit + Muntah] Muhammad Darwisy Daily Bed @ Wad Kecemasan HPj


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ter-menyepi seketika.
Penat kenduri kat DSQ pun mmg tak hilang lagi,
ditambah pula dengan dugaan anak tidak sihat.
Ibu redha je, ibu terima dugaan ini dari Allah.
Cuma kasihan pada anak ibu sebab
selang beberapa minggu dah kena refer ED HPj setelah
discaj wad bulan Januari hari tu. 
Semuanya bermula dari hari kenduri.
Apa yang Iza boleh simpulkan, 
Darwisy ni jenis kalau baru baik demam
tak boleh terdedah dgn orang ramai kawasan
umum sebba mudah sakit semula.
Bila dah kenduri mesti ramai orang,
so sistem imun badan baru nak meningkat
dah org yang dtg mcm2 jenis tak tahu 
kuman baik or jahat semua akan terbang merata kan?
Sudahnya dapat kat Darwisy.
Elok masa team Qasidah tengah berlagu berzikir
Darwisy boleh muntah melambak2 atas riba my yayang.
Iza terus menerpa amek die nak bawak masuk dalam bilik.
Dah okey sket salinkan baju semua,
my yayang pun dah salin baju melayu lain
x lama lepas tu muntah lagi kat my yayang.
My yayang pun salin baju biasa je la.
Then x lama lepas tu muntah kat Iza pulak.
Berlarutan sampai ke petang.
Siap cirit birit. Iza dah risau ni kalau bawak g 
wad kecemasan HPj memang kena tahan ni.
Situasi berlarutan selama beberapa hari yang menyebabkan 
Iza dan my yayang cuti bergilir2 sebab xde org jaga Darwisy.
Dalam masa yang sama pergi klinik swasta, KK Salak
dan beli ubat n susu apa yang boleh tuk berhentikan Darwisy dari
cirit birit serta muntah.


Sudahnya hari Selasa ibu dan abah mengalah,
hadap juga ke wad kecemasan sambil bawak
surat rujukan dari KK Salak.
Macam biasa cucuk amek darah, cucuk drip air sebotol.
Mula2 memang nangis macam biasa,
tak lama lepas tu dah elok.
Siap boleh gelak2 tapi nak merap
pegang badan Iza tak lepas.


Haus sungguh.
Iza keliru sebab ada doktor kata kalau
bayi muntah2 n cirit birit terus berhentikan 
minum susu, ambil air garam ORS atau air masak.
Ada setengah kata x kisah susu pun boleh bagi 
macam biasa. Haishhh. Percanggahan sedikit di situ.


Sudahnya ibu dan Darwisy tertido atas katil 
di wad kecemasan. Macam2 kes tengok.
Dah lali pun ada.
Dah hafal prosedur kat situ rasanya.
Bila pesakit dah boleh balik atau kena
tahan wad, nurse dtg tukar cadar katil semua
then masuk org baru dan begitu seterusnya.
Iza ni dah siapkan beg Darwisy siap2 kalau2 kena 
tahan wad. Sementara tunggu keputusan darah tu
dok pulun tido sebab tak ckup tido.
Tapi tido yang x brp nak lena sebab dilimpahi
cahaya lampu dan juga bunyi bising.
Darwisy pulak jenis tido meniarap atas badan. Redha aje la.
Keputusan darah dah keluar, doktor
review result darah dan semuanya okey.
Iza macam pelik, okey?
Bukan ada simptom rota virus ke?
Simptom reflux / GORD ke?
Doktor kata semua bukan,
mungkin sebab faktor hygiene
di rumah / taska atau mudah dijangkiti kuman
menyebabkan mudah jatuh sakit.
Esoknya ulang balik HPj amek darah.
Alhamdulillah setakat ni menunjukkan perkembangan 
yang baik. Cirit masih ada cuma tak banyak.
Iza kuatkan hati bagi #Nutriferon Shaklee
campur dalam susu. Walau belum cukup 1 tahun.
17/2/15 ni genap setahun, macam2 dugaan
anak ibu hadapi. Moga anak ibu tabah dan kuat semangat hendaknya.
Mohon doakan kesihatan Darwisy. 
Hujung minggu ni wajib kami anak beranak
memerap di rumah sahaja.
Nak rehat dan kemas rumah apa yang patut.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails