click this to be awesome person

Thursday, 26 February 2015

1st Family Day Arwah Tok Idris & Nenek Salwiyah 2015 @ Puteri Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cuti hari raya cina hari tu Iza ada family day di
Port Dickson. Family day keluarga sebelah mak Iza.
Adik beradik mak Iza ada 6 orang, mak Iza sorang je
perempuan. Tapi yang dapat join family day ni adalah 4 buah
keluarga je iaitu keluarga Pak Long anak beranak,
Mak Ngah anak beranak, Mak Lang anak beranak
dan mak Iza Ateh anak beranak.


Buku aturcara yang Iza sempat 
buat saat2 akhir sebelum cuti panjang.
Next family day masing2 setuju nak well prepare
dengan tempah baju dan macam2 lagi.





Family masing2 gerak dari rumah masing2.
Janji ada di Puteri Beach Resort jam 3.00 ptg untuk urusan
daftar masuk apartment. So mak n adik Iza tido rumah Iza
siap2 dan kami gerak pagi Jumaat tu dari
DSQ ke Port Dickson ikut jalan lama.
Lagi pun dekat sgt dari Salak Tinggi ke Port Dickson.
Nak2 byk dapat info rata2 jalan n lebuhraya sesak teruk.
Kami masuk Salak Tinggi - Nilai - Sendayan - Lukut - Port Dickson.
Tak sampai sejam dah sampai PD.
Tapi dekat PD area Telok Kemang memang sesak teruk,
nak2 hari Jumaat org nak solat Jumaat kan.



Muhammad Darwisy paling happy bab jalan ni.
Sengih menggedik semacam je.
Sampai tido pun senyum. Dah setahun ni
ragam lagi macam2. Ibu cepat2 kena pick up
faham ragam die.



Sebelum ke Puteri Beach Resort singgah kejap
di gerai tepi jalan pekena coconut shake dan
tunggu family Along Iza sbb sng gerak skali.
Sampai je family Mak Ngah & Mak Lang dah ada tunggu di 
wakaf belakang resort. Terus kami ke sana.


Budak kembar dua orang ni dah tak sabar nak mandi kolam.
Siap suruh Abi die amek pelampung dalam kereta.
Pelampung dapat free beli petpet.
Dapat 3 so boleh Muhammad Darwisy pinjam satu.
Nak tiup memang sampai esok x berjaya,
sudahnya pegi pinjam pam dekat orang jual pelampung.
Orang tu xnak amek duit, bagi lah air kotak kat die
buat hilang rasa dahaga.


Bergambar2 kejap sementara adik Iza
tengah fokus kat kami.


Ewahhhh. Tayang gigi ye Muhammad Darwisy ni.
Comel sgt lah tu, muka macam orang dah besar sgt gayanya.



Darwisy memang x boleh jalan lagi,
orang tua2 kata kalau tumbuh gigi cepat so
lambat berjalan bergitu sebaliknya.
Tak kisah lah janji die sihat
dan perkembangan die tak merisaukan Iza.
Aktif jangan kata. Qasrina pun sama,
baru pandai merangkak. Diorang beza 3 bulan je.


Sebelum acara sukaneka bermula
bergambar kenangan dulu untuk tatapan masa depan.
Mulakan dengan kanak2 tu kalau nampak Iza menyorok
belakang Darwisy. Hihi. Comel kiri kanan diapit dak kenit
Muhammad Darwisy kiri, Nur Qasrina Kanan.



Gambar free style pulak.
Bukan main menyengih Muhammad Darwisy
dengan gigi die tu. Qarina pulak muka blur.


Bergambar dengan sepupu perempuan dan bini sepupu.
Dari kiri Iza, Manja (wife Musa), Kak Oda, Along Iza, 
Along Syida (yang baru naik haji hari tu), Kak Ikin (wife Abg Iwan),
Jiah, Kak Ani (wife Abg Ngah) dan Lia (wife Usop).
Ni pun x cukup korum kalau x mau tak muat skrin.


Ni sepupu2 lelaki dan suami sepupu2.
Dari kiri my adik, my yayang, Man, Abg Iwan, Abg Ngah,
Abg Pojie (Hubby Kak Oda), Abg Long (Hubby Along Syida),
Abg Leman (my BIL), Angah Iza.
Dari kiri belakang Azam (Hubby Jiah), Usop, Musa.



Bergambar satu keluarga besar.
Dengan bibik Along Syida join sekali.
Bila macam ni baru nampak besarnya keluarga ni.


Banyak sbnrnya gambar family besar ni
tapi Iza malas nak pilih n edit2.
Mood ke laut sket sejak dua menjak ni.
Adoi. Kemalasan melanda pulak. Then selesai bergambar
kami mulakan dengan acara sukaneka.
Konsep yang amat senang,
satu keluarga kena sediakan satu game bersekali hadiah 
untuk pemenang tempat pertama sahaja.


Iza n my yayang pun masuk lah game acara
kendong pasangan ni, tak ingat family sapa yang anjurkan.
Bajet macam boleh menang sebab Iza kan kecik je
berat pun x sampai 50kg. Last timbang 46kg je kot.
My yayang pun konon yakin. 
Last2 kalah okey. Hahahhaha.
Punya lah teruk muka masa main game ni. 
Gelak tak ingat dunia. Org lain yang bersantai
kat tepi2 tu pun layan tengok sekali.


Pemenang die adik sepupu Iza yang paling
kiri tu. Jia ni dah la ringan dari Iza
suami die pulak lebih kurg mcm my yayang.
So harus si Azam pulun habis2an. Diorang kata
dengar n tengok Azam n Jia dah macam kuda.
Siap buat bunyi menunggang kuda. Hahaha.
Yang tengah2 ni Abg Ngah n Kak Ani yang dok JB.
Yang belakang tu Kak Long Syida n Abg Long.
Yang pasti kami last kot. Hahahhaa.


So dari dalam ni pun dah nampak kedudukan
siapa juara dan siapa tercicir. Hahaha.
Malam tu terus Iza nyakat my yayang,
terus nak aktif gym n bola balik katanya. Hihi.
Tercabar lah tu. So bukan Iza yang berat
tapi my yayang yang x lari laju. Hahaha


Then acara lambung sayang,
lambung belon berisi air kepada pasangan.
Iza x join. My yayang n mak Iza yang join.
Pun kalah. Hahahhahaha.


Acara budak2 tolak bola pingpong guna sudu 
sape sampai ke akhir garisan dgn bola menang.
Ni kes gaduh adik beradik sebab si kakak tersalah tolak bola pingpong.
Walhal bola kakak dah melecong ke luar kawasan,
bola si adik bersilang. Kakak pun x perasan tolak sampai
habis dan menang. Sudahnya gaduh si adik tak puas hati.
Adoiii. Damia Maisara dengan Rayyan Irfan, 
anak Abg Ngah n Kak Ani, cucu Mak Long & Pak Long.


Yang ni acara boling kelapa.
Anjuran family Iza. Mak Iza punya idea lah.
Memang payah nak jatuhkan botol2 air mineral
sebagai pin tu.
Acara terbuka, sorang boleh dua kali baling je.
Macam2 gaya dan aksi lah.
Pak Long ni dah ada gaya tapi bola kelapa melencong.
Mengekek kiteorang gelak.
So pemenang Kak Long Syida sebab
balingan pertama strike tu. Hahahaha.
Banyak lagi game tapi Iza malas nak story n upload gambar.
Penat nak edit n letak watermark kat gambar.

Selesai game lebih kurang jam 6.30 ptg.
So acara bebas adalah mandi kolam n laut.
Memandangkan Darwisy baru baik demam n sakit,
Iza x berani bagi mandi kolam sebab mudah berjangkit.
Lagi pun air kolam kan bertakung dan banyak klorin.
So cakap ngan my yayang mandi laut je.
Dan nak tengok reaksi Muhammad Darwisy 
macam mana bila kali pertama jejak kaki kat
pair pantai dan air laut.


Sudahnya memang die "hantu air".
Nampak je ombak menggedik2 nak ke sana
macam dah pandai jalan.
Walhal berdiri tegak pun takut lagi.
Abah pun melayan karenah Muhammad Darwisy.
Laju aje jalan macam nak berlari kejar ombak tu.
Ibu pun tumpang happy tengok Muhammad Darwisy enjoy.


Tengok tu eksyen taknak pandang langsung kamera ibu.
Asyik pandang air laut kat bawah tu aje.







Dah penat duduk kan kat pasir ni.
Die main pasir macam main mainan die je.
Dicengkam nye pasir tu nak bawak masuk mulut.
Memang ibu tak bagi lah.
Nasib bukan penggeli kat pasir.


Siap baling2 pasir tu ke depan.
Pastu ombak kuat datang kena kat die.
Nak sapu mata pedih kena air laut,
tersapu sekali ngan pasir pantai.
Gelak je abah n ibu tengok ragam dak kenit ni.


Pastu bebel sorang2,
gembira sgt lah tu bebas konon.


Perangai terbaru Muhammad Darwisy suka menonggeng macam
abah buat dalam gambar ni. Pastu gelak sendiri.
Ntah apa yang kelakar ntah.





Suka buat tangan macam tu.
Macam dah besar sgt.
Malam tu buat acara BarbeQ dan karaoke tepi pantai.
Iza naik awal jugak sbb Muhammad Darwisy dah mengantuk.
Macam2 makanan ada, kambing panggang,
ayam panggang, hot dog, tomyam, nasi tak larat nak sebut la.
Memang rezeki murah sebab each family bawak itu sikit,
ini sikit so jadi banyak. Esok harinya pulak sarapan pagi
mak Iza yang kena sediakan dan makan pun di apartment kami.
Memang meriah.


Selesai tlg mak Iza buat sarapan pagi untuk semua
terus kejut my yayang dan Darwisy sebab nak 
mandi laut awal2 pagi.
Seronok tengok matahari baru naik.
Darwisy pun memang suka bangun awal pagi.
Tengoklah betapa gembiranya muka die tu.


Alahai dua beradik ni.
Sorang mata bulat sorang mata sepet,
sorang kulit cerah sorang hitam manis.
Hehehe. Skrg seronok masing2 main 
buli membuli. Diorang berdua ni memang 
tak takut air langsung. Pelik Iza. Huhu.



Abah pun tumpang mandi n berendam sekali.
Suka lah abah pasni dah ada kawan berenang.
Kalau ajak ibu memang ibu lari.
Ibu kan takut air.
Fobia lagi trauma.
Hahahaha. Nasib la. 


Si Kakak Qadirah mula2 takut nak mandi laut
tapi bila Mak Lang umpan macam2 beranikan diri jugak.
Yang si adik Qadisah memang awal2 dah larikan diri.
Lantak lah pujuk macam mana memang tak nak.


Last2 Abi diorang angkut gak si Adik Cah tu.
Tu yang peluk Abi die tak lepas tu.
Si kenit dua org tu layan perasaan.
Sikit tak heran.


Apartment kami di Puteri Beach Resort.
Aras 4, bilik 401.
Bilik kami semua sederet sama tingkat. 
Senang sket nak menjengah2 kan.


Sebelum daftar keluar hotel,
berposing bagai dak kenit ni sambil mengemas.
Ibu dok kelam kabut kutip barang2 n baju takut
tertinggal sebab check out jam 12.00 tengahari.


Selesai check out kami tunggu di lobi hotel.
Sebab nak bersantai lagi di wakaf belakang
hotel tempat sukaneka semalam.
Sebab utama bersantai nak habiskan makanan
yang masih berbaki lagi pun bukan selalu berkumpul
sekeluarga besar kan.
Masa ni lah nak eratkan silaturahim.
Masa raya pun x semua dapat jumpa
sebab ada yang balik rumah mertua dan sebagainya.


Jangan tanya kenapa baju Iza dalam gambar ni
sama macam masa datang.
Sebabnya Iza malas nak bawak baju banyak.
Dah ada anak ni banyak bawak baju anak je la.
Baju ibu dan abah recycle je banyak.
Hari datang dengan hari balik selalu baju yang sama
sebab selain dari tu salin baju lain.
Alah, x cantik pulak ada napkin
tersangkut kat bahu.


Okey mintak my yayang snap sekali lagi.
Kali ni kain napkin pegang kat tangan tapi
Muhammad Darwisy buat muka masam pulak.


Tiga generasi,
Nenek, anak, cucu.


Bersantai di lobi sekejap
sementara tgh loading beg2 baju dalam kereta.


Darwisy penat dan tertido sebab kena angin pantai.
Tido atas badan adik sepupu, terus letak die
atas meja ni. Hehehe. Sian. Then diorang bukak
kanvas bentang kanvas terus Iza alihkan.


Sepupu2 Muhammad Darwisy belah Iza.
Belah my yayang pun boleh tahan ramai.


Candid pulak gambar ni.
Budak ni dah besar memang sombong sgt,
nak dicium dan dipeluk punya susah.
Siap marah2 menjerit2 tak nak.


Dapatlah family potret walau pun
Muhammad Darwisy tak pandang kamera.
Ni pun anak buah Damia Maisara yang tlg snap kan.


Kan ke meriah tu dok lambak
ramai2 atas kanvas tu.
Habiskan makanan yang ada berbaki tu.
Tak baik membazir.


Pastu main layang2 pulak.
Seronok nya lah hai tengok budak2 ni.
Gembira tak terkata.


Eh, candid jugak gambar ni.
Punyalah muncung makan limau.
Darwisy rambut terpacak ditiup dek angin pantai.


Bersantai dan bersantai.
Layan perasaan betul adik Iza n my yayang tu.


Ni Abg Long aka Abg Haji dok 
melawak apa pun tak tahu la.



Pak Ngah melayan dak kembar pun
sibuk nak main layang2.
Overall memang enjoy this 1st family day.
Next time plan yang lagi best.
Destinasi katanya ke Cherating pulak.
Wallahu'alam. Moga ada rezeki merapatkan silaturahim.
So rajin2 lah cari sedara mara, 
ziarah menziarahi sebab lebih utuh ukhuwah 
kekeluargaan itu.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails