click this to be awesome person

Wednesday, 7 January 2015

[Pengangkutan Awam] Ipoh - KL Naik Tren ETS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat tahun baru 2015!!!
Seronok budak sekolah cuti lama ye, tapi kesian
dan simpati pada budak yang jadi mangsa banjir.
Mesti emosi tak terkawal sebab nak buka
sekolah tapi banyak harta benda musnah.
Marilah kita doakan yang terbaik buat semua mangsa banjir.

Last weekend Iza balik Ipoh dengan my yayang.
Berdua sahaja sebab Muhammad Darwisy dah
ikut balik Ipoh ngan Mummy Ngah die.
Kebetulan SIL Iza, Ina datang sini anta suami die
so alang2 nak balik Ipoh tunggu biras Iza (suami SIL Aida)
habis kerja hari Jumaat dan gerak balik Ipoh
selepas Isyak tak silap. Kenapa Iza x balik sekali sebab
Iza n my yayang ada urusan penting hari Sabtu tu
di Ipoh. So dah plan n janji ngan mak Iza semua
yang diorang akan amek kiteorg pagi Sabtu
di opis my yayang. Dari DSQ ke Putrajaya naik kereta,
park kereta di basement opis my yayang dan tunggu
mak n angah Iza sampai. Kebetulan jalan sibuk sebab 
baru lepas perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat
kebangsaan di Putrajaya. My yayang untuk tahun ni nama tak naik
untuk berarak if tak merasa lah baju percuma. Hihi.

Sampai di Ipoh waktu Zohor, singgah Zohor di
Masjid lama area pekan Tambun.
Selesai urusan di sana mak dan angah Iza
anta kami di umah my MIL makan dan borak kejap
then mak n angah Iza pun balik sebab malam tu ada 
mesyuarat sebelah family mak Iza pasal hari keluarga
yang akan berlangsung pertengahan bulan februari ni.
Jadi Iza minta excuse dari ahli keluarga besar melalui
Whatsapp. Mujur lah boleh main wakil kan aje.



Tujuan balik Ipoh ni sebab my yayang kena hadir ke mahkamah
atas urusan harta pusaka arwah abahnya so Iza follow sekali
sebab dah dekat nak sebulan baby Aniq lahir tak jenguk2.
Sorry lah ye baby Aniq sebab ibu long ngan abah long sibuk sgt2.
Hehehe. Seronok melayan dak kenit ni sebab kecik lagi
tak tau apa. Cuba dah besar macam Darwisy memang tak boleh lah.
Tu pun Darwisy jeles ibu ngan abah pegang baby Aniq.
Boleh tahan juga ragam Muhammad Aniq Amsyar ni.
Yelah baby dalam hari memang banyak ragam, kadang menguji 
kesabaran kita kan. Mujur ada mak tok dan mummy ngah membantu.


Darwisy sepanjang kat Ipoh nak "merap" je ngan ibu
sebabnya tak sihat. Ingat biasa2 je rupanya suhu badan
makin lama makin panas. MIL Iza cakap garing betul panas die.
Tu dah tahap panas ya amat. Iza memang risau kalau
dak kenit ni demam sebab confirm die takde selera nak makan
dan berat badan akan menurun baru nak naik dah menurun.
Alahai. MIL kata demam nak berakal atau nak pandai bercakap
sebab skrg mulut bising lagi petah bercakap ntah apa2.

Siang dak kenit ni elok main je nak masuk petang ke malam
mula la panas badan menjadi2. Dah lumur dengan air asam jawa
turun sekejap suhu badannya. Then dah kering air asam jawa tu
panas naik balik. Then sebab risau Iza Whatsapp mak Iza tanya.
Mak Iza suruh lumur air daun bunga raya, tapi sebab
tak ada kat umah MIL mak suruh guna lendir pokok lidah buaya.
Terus minta my yayang amek kan dekat laman umah MIL.
Besar2 plak tu batang pokok lidah buaya tu. Memang puas hati.
Caranya buangkan kulit lidah buaya dan basuh sebersihnya
be careful dengan getah luar sebab gatal kalau kena kulit.
Then yang isi dalam tu Iza potong kiub masuk
dalam bekas dan isi sket air sejuk ramas.
Lendirnya Iza buat lumur kat kepala dan satu badan Darwisy.
Memang tinggal pampers je la. Sampai menggigil2 
dak kenit tu tahan sejuk. Buat hati kering lumur lagi
sampai lah tertido kepenatan merengek tak sedap badan.


Bila suhu dah okey sket Iza pakai kan baju die dan
letak tuala kecil yang dibasahkan atas dahi die.
Elok die tido sampai pagi esok, bangun terus ajak main
bising2 semua. Dalam hati syukur dah elok demam.
Kalau tak elok memang nak ajak my yayang g klinik amek ubat
sebab Iza prefer tak amek ubat awal2 sebab tak elok
untuk baby bawah umur 1 tahun. Doc. pun advise perkara 
yang sama, tapi kalau dah masuk dua hari demam better bawak
visit Doc. takut demam melarat.


See, pagi tu dah siap mandi semua bawak die g
makan pagi kat kedai mamak area Mydin Mall Meru Raya.
Tengok lah aktif sampai duduk pun tak berapa betul
dalam baby chair tu. Sudahnya stoking sebelah tertinggal kat kedai
mamak tu, abah malas nak u-turn, katanya biar jela stoking
banyak kat rumah. Over betul abah kamu ni Darwisy T_T.


Iza pulak pagi Isnin tu agak moody sebab
bonus yang diwar2kan masuk pada 5/1/15 ke dalam
akaun tak masuk. Tak percaya siap pegi mesin ATM nak
check, sudahnya gigit jari. Baru berangan nak cari hadiah sket
tuk baby Aniq. Nampaknya belum rezeki sebab tengok berita kat
TV kata bonus dibayar pada 15/1/15. 
Gelak je my yayang, mentanglah bonus die dah
masuk awal2. Sabar aje lah.


Siap2 lepas Zohor tu sebab my yayang amek tiket
keretapi kul 4.00 ptg nak balik KL.
So SIL Ina tlg anta ke stesen keretapi Ipoh.
Ni 1st time Iza naik ETS dari Ipoh-KL.
Gelak je my yayang sebab katanya Iza kelihatan jakun.
Sekali sekala merasa nak tren apa salahnya.
Jimat memang jimat tapi masa tu mmg agak terkejar2.
Packing beg pun tak tentu arah, sudahnya
banyak barang yang tertinggal kat rumah MIL
terutamanya barang Darwisy. Takpe 1/2/15 ni balik
lagi ada kenduri aqiqah baby Aniq.
Sempat lagi bergambar sebelum naik tren walhal
tinggal 5 minit je sebelum pintu tren tutup. Fuhhh! Punctual betul KTM.


Self-us dalam gerabak tren.
Ibu ngan abah excited, anak buat hal sendiri 
sebab teruja nak explore benda yang ada di sekeliling die.
Langsung tak heran nak self-us.


Benda ni yang dak kenit ni sibuk nak explore.
Pandai tunjuk2 ngan jair kenit die tu.


Dah puas explore situ die gebek pulak
celah beg abah die tu. Selagi tak puas hati
selagi tu die dok gebek. Ikut kamu lah sayang.


Sudahnya mengalah sebab haus dan penat,
sebelum die buat "konsert" dalam tren ibu sumbat botol susu dlu.
Senyap dan tenang seketika.


Dah caj tenaga sambung balik explore
tengok luar semua. Pastu pakat babai apa yang die nampak.
Dah bosan buat itu ini menjerit tanda protes.
Jenuh jugak ibu dukung bawak jalan2 dalam tren tu nak bagi
die khayal sudahnya tertido. Dek tangan lenguh dukung
terus pas kat abah senang sebab abah banyak
isi dari ibu. Hihi.



Sampai KL Sentral lebih kurang jam 6.40 ptg.
So amek masa 2 jam 40 minit jugak lah dari Ipoh ke KL Sentral.
Dengan kelajuan antara 90km - 130km. Seronok jugak
sebab banyak stesen berhenti. Batu Gajah - Kampar - Tanjung Malim -
bla.bla.bla. tak ingat. Hahaha. Sampai je abah g "berasap" kat luar KL Sentral.
Ibu dah lenguh tangan, letak dak kenit ni atas beg luggage.
Terkekek2 die ingat mainan agaknya.


Whatsapp gambar ni kat group law family,
mak tok kata Awisy macam baru turun dari flight. Hehehe.
Ada rezeki nnt kita holiday naik flight pulak ye.
Walau pun hati ibu tak brp nak teruja naik flight
dek kerana banyak kes air craft jatuh / hilang, 
itu semua rahsia Allah yang di luar jangkaan manusia.



Abah g beli tiket ERL pulak
nak balik Putrajaya. Lagi 15 minit tren sampai so beli siap2
sambil mingle around di kawasan sekitar.
Ada mall baru kat KL Sentral tapi x dan nak jalan.
Last weekend dah pegi masa anta my yayang
n Darwisy naik tren. Besar jgak mall tu. NU sentral x silap nama mall.
Terpaksa pakai baby carrier ni sebab dari beli
jarang sgt pakai, Iza langsung x pernah pakai
so saja nak cuba sudahnya sakit pinggang
sebab Muhammad Darwisy almost 8kg beratnya.


Lapar bebenor anak ibu sampai gigit
tali carrier. Adeh, sejak2 dah ada gigi banyak ni 
(3 batang atas, 2 batang bawah) asyik nak test power je.
Gigit sana gigit sini, pernah sekali gigit jari ibu
berasa jugak lah. Uwaa T_T.


Tambang ERL dari KL Sentral - Putrajaya/KLIA/KLIA2 RM10.00 sehala.
Tambang ETS Ipoh - KL Sentral RM35.00 sehala.
Tapi masa naik ERL tu kena pulak time orang balik keje.
Memang berhimpit la. 


Berhemah sgt kan naik tren beratur.
Ni sebelum ketibaan tren masa tren sampai
sudahnya berterabur. Terus terfikir, untuk apa beratur
kalau naik pun berebut? Memang mentaliti masyarakat Malaysia
sukar diubah ek? Sesetengah lah. Kite ni beriya beratur
sudahnya tren sampai selamba badak yang baru sampai tu potong Q
dan berebut nak masuk, tak kisahkan orang bawak anak ke
bawak beg ke org tua ke apa. Mengucap panjang je.


Sampai ERL Putrajaya dalam kul 7.10 ptg.
Lepaskan azan semua siap naik bas Nadi Putra tambah RM0.50 aje
sekitar Putrajaya. Jenuh gak bas ni ronda presint 9, presint 11, presint 10,
presint 9 dan baru lah ke presint 3 opis my yayang.
Rupanya silap naik bas, ada bas yang terus ke presint 3 iaitu
L03, L04 dan L05. Yang kami naik L08. Memang puas makan angin.
Darwisy lah dari excited naik tren ETS, ERL sudahnya
muka bosan dan ngantuk naik bas. Hehehe. Jenuh seharian
perjalanan. Sudahnya Iza kata next time naik kereta ajelah.
Agak kurg sesuai naik public transport dengan anak kecik
sebab banyak brg jugak nak bawak melainkan kes2
yang tak dapat dielakkan contoh kereta rosak ke apa ke.
Tapi memang bersyukur ada kenderaan sendiri sebab 
bebas ke sana ke mari, kalau public transport ni kena banyak sabar lah ye.
Mungkin negara Malaysia perlu tambah baik sistem pengangkutan
awam di Malaysia. Nanti MRT dah siap boleh cuba naik MRT pulak.
Oh, patutnya hari Selasa kelmarin Iza keje tapi
Darwisy demam tibe2 tengah malam sudahnya EL.
Hati ni dah nekad nak simpan cuti banyak nak guna 
cuti sepanjang tahun 2015 ni. Moga dikuatkan semangat
dan xde lah perkara yang menuntut Iza cuti hendaknya.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


1 comment:

  1. sekali sekala kalau nak public transport mmg excited kan..sya dah lama tak naik bus..heheh..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails