click this to be awesome person

Thursday, 29 January 2015

[Part 2 : MDA Warded] Rutin Di Wad 2C HPJ 13 - 17 Januari 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sambung cerita pasal Darwisy warded di HPJ hari tu.
Nurse hantar ke wad lebih kurang jam 6.30 pagi.
Masa tu Darwisy tertido atas bahu Iza sambil dukung.
Penat agaknya asyik menangis tahan sakit. 
Iza terus keluarkan charger hp plug on dah charge hp.
Nasib teringat nak capai charger sblm keluar rumah malam tu.
Kebetulan my yayang dah balik dah bersiap2 untuk g kerja
sebab igt x kena warded, on telefon terus call my yayang
ckp anak warded dan minta die bawakkan baju n apa yang perlu.


Kesian anak ibu,
berselubung terus sebab air cond sejuk sgt.
Datang nurse kena tegur x bagi selubung.
Menggigil lah Darwisy tido dalam kesejukan.
Cepat2 Iza peluk die bagi hangat sket. T_T


10 bulan berat baru 7.4kg.
Baru nak naik dah sakit. 
Moga anak ibu kuat semangat hendaknya.


Beberapa jam kemudian kena masuk jarum
sebab nak cucuk antibiotik senang. Melalak lagi dengar
dari katil. Walhal boleh tahan jauh bilik doktor/rawatan tu.
Lepas dah siap pasang Darwisy macam x selesa.
Asyik usik je benda tu kan terjuntai.
Die nak tarik cepat2 Iza halang takut pulak kan jadi lain.
Baru hari pertama duduk wad, masa ni
doktor tak bagi tahu pun brp lama dalam wad. T_T


Dah selesai mandi.
Suasana yang pelik bagi die.
Pandang sekeliling mcm muka takut.
Alahai, apa yang ada dalam fikiran Darwisy masa tu
pun ibu tak tau. Yang penting ibu ada teman Darwisy ye sayang.
My yayang dah dtg hantar barang semua, 
then ptg mintak dtg balik hantar mainan die
xde mainan nak main kesian pulak.


Bawak pergi bilik TV ngan play room.
Mood mula2 tak berapa nak ada.
Tapi bila pujuk dan encourage die untuk main baru lah die
nak main dengan mainan yang ada kat situ.


Muka pelik tengok orang kat dalam bilik TV.
Ada kawan ramai jugak tapi die tak berminat nak berkawan.
Mungkin sedang mengenalpasti dan menyesuaikan diri 
dengan keadaan baru kot.


Then kena amek darah lagi lepas doktor dah on antibiotik.
Kena bawak lari masuk bilik rawatan sekali lagi.
Melalak lagi sekali, lama jugak lah melalaknya.
Dah sudah nurse hantar balik kat katil,
tengok bertambah2 kesan cucuk jarum kes tak jumpa
atau darah x keluar. Sudahnya dekat jari. T_T


Sayu nya ibu tengok anak ibu masa ni.
Sana sini kesan cucuk, sana sini berbalut tangan.
Maafkan ibu syg sebab tak ambil vaksin awal.
Darwisy disahkan kena "bronchopnemonia".
Jangkitan kuman di paru2.
Bacaan darah putih sgt tinggi berbanding darah merah.
C-Reaction Protein (CRP) pun mmg tggi.
Puas ibu meng-google sepanjang dalam wad.
Tak putus jugak kawan2 yang text bg kata2 smgt
dan bagi review n share experience mrk sblm ni bagi kes
yang sama atau tak. 


MO yang datang visit Darwisy pun 
bertukar2. Tapi ada pakar paed datang visit sekali sehari /
dua hari sekali. Puas hati bila Dr. Charlotte tu bagi explanation.
Macam2 tanya sebab 1st time Darwisy warded
dan so far Dr. Charlotte bagi penerangan yang mungkin tak mampu
melegakan 100% hati Iza tapi Iza masih boleh bersangka baik lah.
Yang paling tak best Dr. kata kena warded tak kurang 5 hari
sebab on antibiotik 5 hari. T_T mula lah terbayang benda2 yang
x best semua. Terus text opis bagi tahu cuti sepjg minggu tu.


Kesan cucukan jarum di pelipat tangan.
Kiri kanan tangan ada. Bergenang air mata ibu. Hati tisu 
dah jadinya ibu bile tengok.


Minta my yayang refer HR opis die
untuk keluarkan Guarantee Letter (GL).
Senang siap2 dah ready esok2 kalau discaj awal
mudah. Berangan dapat discaj awal. 


Hari kelima tukar syif dgn my yayang.
My yayang jaga sebab Iza kena balik coz abang Iza nikah
kat masjid besi Putrajaya. Berat hati nak tggl tapi
mak Iza pun dah harap sgt Iza ada masa akad nikah tu.
Pergi lah jugak.


Sebelum tukar syif teman Darwisy dlu sampai die tido.
Nak kena ada body touch ngan Iza kalau tak payah nak tido.
Agaknya perasaan trauma + fobia masih tebal dalam diri die.
Takut kena cucuk lagi ngan doktor n nurse.
Dan die kalau ada sesiapa dekat akan jadi takut,
even makcik cleaner kat wad dtg nak mop pun die nangis
ingat kan doktor / nurse datang menyamar nak amek die. T_T
Malam2 Iza tido macam ni la. Katil dah lah kecik untuk baby kan,
kadang tido kat sofa tapi memang tak selesa.
Tido dalam baby coat dengan Darwisy pun x selesa tapi cuba "selesakan"
diri sebab Darwisy nak dekat selalu.



Bila kira2 ada lebih 25 kesan cucukan jarum kat tangan, kaki, jari, pelipat tangan die.
Hancur tangan anak ibu dibuatnya.


Kakak Aleeya Maisara yang warded sehari selepas Darwisy warded.
Die 2nd time warded sebab sakit yang Iza faham virus dalam darah
yang mana antibodi die serang badan die balik. Lebih kurg macam tu la.
So far Darwisy suka main ngan die, selesa.
Kalau ngan org lain Darwisy tak nak dan takut.


Bila Kakak Aleeya dapat discaj awal, mula lah
kami sunyi balik anak beranak. Masuk pulak baby baru sama
baya ngan Darwisy sebab kes demam panas dan asthma tak silap.
Alahai rasa dah lama sgt kami dok wad. 


Kakak Aleeya pun dah rasa sedih nak tinggalkan
Darwisy. Siap bagi Darwisy duit lagi, tengok bukan main suka die dapat duit.
Kakak Aleeya siap mintak no telefon sebab sng nak whatsapp.
Dan sampai hari ni die whatsapp tanya Darwisy sihat ke, 
tgh buat apa semua. Darjah dua tapi cerdik sgt.
Spnjg warded kena jugak belajar, speaking boleh tahan.
Moga Aleeya cepat pulih spt biasa dan tak selalu warded.
Tak best lah dok wad kan Aleeya? Hehehe.


Ragam sebelum mandi, kena mengamuk dlu.
Sekarang ni Iza perasan Darwisy kalau nak mandikan ke
nak bagi baring ke die keraskan badan. Trauma kot
sebab kat wad kalau nak amek darah ke, nak amek sampel
air kencing ke, masuk tiub ke apa ke semua kena baring kat
katil bercadar warna putih. So bila dah balik rumah
pun die still igt Iza nak buat benda yang sama.
Kenalah comfort-kan die dlu. Leka2 kan dulu baru boleh.
Kalau tak mengamuk menangis semua ada la.


Sampai dah bosan dok kat baby coat, lubang ke ada kesan kotor
ke kat besi baby coat tu pun boleh jadi "mainan" die 
dan buat die leka. Hehehe. Lawak pun ada. Die belek2 benda tu
ngan jari halus die tu.
Rutin harian die kat wad,
8 jam sekali masuk antibiotik ikut jarum drip kat tangan,
4 jam sekali amek suhu & bp,
pastu amek darah, x-ray, sampel itu ini.


Muka paling syahdu Iza tengok.
Ni masa last day abah jaga Darwisy.
My yayang whatsapp gambar ni.
Rasa sebak terus nangis, masa tu Iza kat rumah.
Then esok tu Darwisy dah boleh balik.
Tapi ingat dah berakhir, ada lagi sambungan ceritanya.
Nanti Iza sambung, dah tak larat nak taip.
Ni pun Darwisy on-off tak sihat.
Semalam cirit birit teruk, tadi muntah.
Cikgu taska call pun Iza dah tak senang duduk.
Semalam dah half-day. Tak tenang hati.
Moga Allah bantu anak ibu. Amin.
Dan mohon doa semua untuk Darwisy
kuat semangat melawan semua penyakit yang ada.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


2 comments:

  1. baya2 insyirah je darwisy ni. sedih auntie tgk. darwisy sehat cpt ye syg.

    ReplyDelete
  2. > Syuhairah

    hehehe. hati ibu mmg sayu klu tgok baby2/anak kecil kena mcm ni...tq utk doa ye dear..mudah2an Allah perkenankan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails