click this to be awesome person

Tuesday, 27 January 2015

[Part 1 : MDA Warded] Situasi & Pengalaman di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Turut hati ni berat dan pilu nak share pasal
keadaan Darwisy masa mula2 kena demam
dan sebelum warded.
Tapi fikir2 balik mungkin entry ni boleh
membantu dan menjadi panduan buat parents
di luar sana yang hanya menganggap demam itu hanya
perkara biasa. Jika demam yang melibatkan
suhu mencecah 38 ke atas secara konsisten
itu perlu dirisaukan. Seperti yang terjadi pada Darwisy.



Muhammad Darwisy dah mula demam dari Ipoh masa yang
kami balik ke sini naik ETS tu. Tapi dah kebah selepas
Iza jerlum dengan air + lendir lidah buaya dan juga air asam jawa.
Alhamdulillah lega rasanya. Sangkaan Iza meleset, ingat demam die
betul2 dah kebah rupanya selang dua hari
balik rumah di DSQ Darwisy demam balik.
Tengok tu nak melepek dan merap je kat ibu,
ngan abah langsung taknak. Siap peluk erat
takut ibu tinggalkan die agaknya. Ntah apalah
yang difikirkan agaknya syg ibu ni.


Siap Iza text dalam group whatsapp DSQ minta
jiran yang ada daun bunga raya dan lidah buaya.
Untuk buat jerlum kat kepala Darwisy.
Banyak kali jugak buat sampai basah lah bantal dan tilam tu.
Xkisah dah janji Darwisy cepat baik.
Bagi ubat paracetamol syrup untuk demam pun x jalan.
Suhu maintain 38-39. Risau, ingat thermometer kat rumah
rosak rupanya memang betul suhu badan die panas. 


Part ni yang paling syahdu, dapat tido sekejap.
Tapi dalam masa yang sama Iza nampak linangan 
air mata turun laju kat pipi die. 
Mula lah hati seorang ibu ni jadi rapuh.
Mesti die rasa tak selesa, sakit kat mana2.
Nak cakap xreti, nangis jelah die mampu
untuk ekspresi apa yang die rasa.
Alahai anak. Sabar ye syg.
Dah bagi ubat 4 jam sekali ikut nasihat doktor 
kat KK Salak, tapi still xde perubahan.
Doktor kata kalau masuk hari ketiga
masih demam datang lagi untuk amek darah buat ujian darah.
Tapi malam tu baru masuk hari kedua Iza dah tak sedap hati.
Naluri hati seorang ibu agaknya,
terus ajak my yayang ke ED Hospital Putrajaya.


Sampai2 kat ED masuk kat unit triage utk MA check suhu.
Terkejut bila suhu badan Darwisy meningkat ke 40.2.
Rasa menggigil seluruh badan Iza ni.
Mujur kawan my yayang duty kat unit triage ED tu.
Dapatlah rawatan cepat sket untuk masuk ubat kat punggung
Darwisy. Tapi still panas lagi, Iza ada dgr orang kata 
x elok masuk ubat tu sebab memang suhu akan turun mendadak
tetapi ia juga akan naik semula mendadak. Ibarat pantulan semula.
Sejauh mana kebenaran wallahu'alam tapi hakikat yang Iza
alami hari tu, memang lepas masuk ubat kat punggung dalam 30 jam 
masih rasa panas je. Suhu pun antara 39-39.5 macam tu.

Mak Iza mula call risaukan cucu die.
Terus Iza buka baju Darwisy, cari toilet pegi siram badan die.
Mula dari kaki sampai ke kepala. Menggigil die kesejukan.
Sampai pucat bibir Iza tengok.
Then basahkan kain lampin dan balut badan die 
macam orang berkemban. Sebab suhu panas tu tersimpan 
di celah2 pelipat dan sendi macam di celah
ketiak, celah lengan dan lain2.
Mujur die masih nak minum susu / air.
My yayang belikan air anugerah, bagi minum sebab
tengok die mcm dah xde tenaga. Pergi ED ni mmg kna 
banyak sabar, kita rasa kes kite dah cukup
cemas tapi bg mereka belum lagi.
Pihak berwajib perlu atasi masalah ini.
Ramai Iza tengok baby2 yang siap kena sawan baru
dapat rawatan lanjut dari doktor.
Maaflah bukan nak memburukkan mana2 pihak
tapi itu yang Iza alami sendiri.
Kes Darwisy ni siap kami nak kena push
sebab Darwisy dah mula tak aktif baru dapat masuk 
dalam jumpa doktor.

Terus masuk ke dalam wad ED tu sebab doktor nak amek
darah, sementara tu doktor kat ED bagi besen berisi air
dengan span untuk lap2 badan Darwisy.
Still panas lagi badan die.
Iza pulak rasa seram sejuk tgok keadaan 
dalam wad ED tu.


Muke kepenatan setelah menangis menahan sakit.
Syahdu ibu tengok.
Tak lama lepas tu doktor minta Iza keluar
sebab nak ambil darah Darwisy.
Mula lah hati rasa sayu, mata mula berkaca.
Kecik2 seusia 10 bulan dah kena
cucuk amek darah bagai.


Dari luar Iza dapat dengar suara tangisan die,
menjerit2 tahan sakit. Mungkin doktor tak dapat cari urat
untuk amek darah die. Yelah, Darwisy halus je budaknya
memang agak payah nak cari urat amek darah.
Sama jugak macam Iza, merata kena cucuk baru dapat darah.
Hati dah gigil meronta2 rasa nak je masuk pegi 
tengok doktor amek darah sebab dgr suara tangisan Darwisy
dah seakan serak dah. Siannya.


Selesai tu Iza mintak izin nak masuk dari staff kat ED.
Masuk dalam nurse tengah dukung Darwisy dalam keadaan
menangis sedu2. Nampak muka Iza lagi bertambah syahdu die nangis.
Nak mengadu yang die sakit agaknya. Puas tenangkan, akhirnya
diam jugak. Upah botol minum air anugerah. Tapi
masih ada sedu sedan sekali sekala.


Sementara tunggu result darah dari lab
nurse dtg lagi kat katil nak periksa suhu dan BP Darwisy.
Mula lah menangis lagi, agaknya die ingat
nak kena cucuk lagi.
Meronta2 puas pegang. Ni dapat amek pun sebab die
tengah leka pandang lampu. Dari wad ED Darwisy
dipindahkan ke wad sementara di belakang wad ED.
Lama jugak lah menunggu untuk tggu result darah.
Bayangkan kami sampai kat ED jam 10.00 malam
masih menunggu result darah di wad sementara
jam 4.00 pagi. 


Tido kepenatan.
Tapi x lena mcm tido biasa. Kejap kang
terkejut buka mata terus cari ibu.
Tangan meraba cari tangan ibu nak pegang.
Cepat2 Iza pegang tangan die dan peluk die
bagi die tenang selesa.
Sepanjang lalui masa2 mencemaskan, ramai kawan2
kat FB dan saudara mara bagi kata2 semangat.
Ada yang text bagi petua, ada yang attach doa
dan mcm2 lagi. Terharu sgt.

Sebab ini kali pertama berlaku kes macam ni
pada Darwisy, Iza jadi "blur" seketika.
Panik jgn kata lah. Dalam jam 5.00 pagi doktor
pun datang visit, bagi tahu result darah semua.
Terkejutnya Iza bila doktor kata Darwisy kena 
warded, Iza terpinga2 tanya kenapa semua.
Doktor cuma boleh kata bacaan kuman dalam 
badan die sgt tinggi dan paru-paru
Darwisy kena jangkitan kuman.
Terus Iza terdiam, ingat ke demam biasa2
aje. Ingat ke demam nak besar / pandai apa2.
Tapi demam sampai terkena lung infection.
Kesiannya anak ibu. Terbayang lah rutin bila
dah warded, kena selalu amek darah dan lain2.


Ni antara doa yang akak di katil sebelah
wad sementara share dan juga Kak Awin IIM share.
Untuk segera panas badan turun dan segera sembuh.
Banyak kali Iza baca tiup dalam air untuk 
Darwisy minum dan sapu pada muka die.
Maka berpindahlah kami ke wad pediatric di aras 2
Hospital Putrajaya. Jam 6.30 pagi menetaplah
Muhammad Darwisy di katil 4 wad 2C untuk entah
berapa hari. Sebab nurse bagi tahu nanti
doktor pakar akan dtg visit untuk review keseluruhan
result darah, dan result x-ray. Oh lupa, sebelum masuk wad 2C
Darwisy kena ke makmal untuk x-ray bahagian dada.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^ 



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails