click this to be awesome person

Friday, 30 January 2015

[DIY] Spot Light Mini Pelamin Bajet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Malam tadi ada masa sikit Iza menghadap
buat keje DIY untuk mini pelamin.
Idea asal google je. Then teliti, done. 
Whatsapp kat mak n adik Iza suruh diorang cari 
barang kat kedai berkenaan.
Malam masa hantar kayu palette tu diorang bawak
sekali barang yang dah dibeli untuk buat 
spot light mini pelamin.



2 pcs Indoor Spot Light Holder,
2 pcs plug head,
Wire,
2 pcs bulb,
1 wiring connector,
Screw driver,
Test Pen,
Wire Cutter Plier.


Caranya memang semudah ABC.
Mula takut gak kang salah sambung mau meletop
satu rumah rosak terus electric box. Jahil sungguh pemikiran.
Hahahaha. Then bile banyak review blog n also google.
Bertambah yakin. Yelah nak sewa pun brp dah then
guna untuk sekali tu je. Kalau DIY ni esok2 jadi
barang sendiri leh buat untuk props pape nanti.
Mana jimat? Pilih sendiri. My yayang pun risau jadi benda
yang macam Iza fikir tu, meletop. Tapi sebelum plug on 
baca Bismillah, selawat banyak2. Alhamdulillah. Tersenyum gembira.


Pelik kenapa warna indoor spot light holder
ni satu warna hitam dan satu warna putih?
Mungkin pekerja kedai berkenaan silap bagi
atau adik / mak Iza silap ambil. Wallahu'alam.
Takpe nanti pandai2 lah sorok celah bunga ke bantal ke.
Tengok meja tu kebersepahan tahap asbestos.
Pelamin yang Iza buat hari tu
bakal diubah semula atas sebab2 tertentu.
dan Iza nak slow talk ngan mak Iza untuk 
tidak menggunakan kayu palette sbg pentas pelamin.
Skrg pun trend tak guna sgt platform tu.
Simple and nice je. Will review soon thru this blog.


Siap satu spot light.
Post dalam FB. Ada jugak org yang PM
tanya buat bisnes pelamin ke skrg?
Hahaha. Dua tiga org okey.
Terus x dpt jawab sebab masa tu memang tgh
fokus dgn benda2 alah ni. Kalau leka 
takut terlanggar ke pecah dah mentol tu.



Tadaaa!!! Cahaya memang terang. Memang boleh buat berdarah
biji mata. Iza terkena hala ke mata terus rasa pening2 kejap.
My yayang cepat2 switch off pug spot light ni.
So nanti bila pengantin bergambar kat mini pelamin
spot light kena tembak atas hala back drop.
Dan boleh tahan panas jugak lah bahang nya.
Patut kalau artis perform atas stage nampak berpeluh
kena simbah ngan cahaya spot light sebegini.
Nasib lah kan. Hehehe. Untungkan kalau rajin DIY?
Hah, kena sabar dan fokus lah ye.
My yayang memang dah lali dah dgn perangai
Iza sebab benda yang mustahil kadang2 jadi tak mustahil.
Hihi. Happy sebab dapat beri manfaat pd orang lain
terutamanya keluarga. Dan kelebihan bukan untuk
dibanggakan. Ilmu Allah luas, so share selagi boleh
bagi manfaat pada orang. Eh tapi kalau ada yang sudi
sewa Iza x sure lagi nak bagi, tapi kalau korang nak 
Iza tlg DIY boleh lah kena emel. Hihi. 


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails