click this to be awesome person

Wednesday, 28 January 2015

[DIY] Mini Pelamin : Part 1


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bulan Februari 2015 ni adalah bulan paling sibuk.
Sebab ada dua kenduri akan berlangsung.
Satu di rumah DSQ dan satu di rumah MIL @ Ipoh.
Majlisnya selang seminggu je.
Majlis pertama yang akan berlangsung di rumah MIL
adalah Majlis Aqiqah & Kesyukuran baby Aniq
which is anak my SIL Aida. Sepupu Darwisy lah kiranya.
So kami hujung minggu ni akan balik ke Ipoh la.
Memandangkan 1/2/15 cuti umum Hari Wilayah so dapat
la cuti panjang sampai hari selasa iaitu Thaipusam.
So cuti 4 hari. Tapi cuti tu bukan untuk berehat sebaliknya
kena bekerja keras buat kerja2 yang masih belum selesai
untuk next kenduri di rumah DSQ. Kenduri menyambut menantu
dan kesyukuran Angah Iza selamat nikah + kahwin 17/1/15 hari tu.
Buat tak besar mana pun, jemputan untuk 300 org.
Amat terhad. So kpd yang x dpt jemputan maaf lah ye.
Bukan kenduri Iza tapi ahli keluarga. Jgn ada yang kecik hati pulak.


Ni sempat buat tuk frame masa Majlis Aqiqah
baby Aniq. Pelamin katanya dah ada yang sponsor.
So ibu long bagi frame ni lah hadiah comel tuk awak.
Hihi. Gambar x dan tepek sebab ibu Aniq lambat bagi.
Nanti boleh suruh ibu print kertas cantik dan masuk frame.
Buat deko kat rumah sebagai kenang-kenangan.



Memandangkan bajet tak berapa besar so 
Iza tolong DIY mini pelamin untuk pengantin.
Puas google mencari ilham dan my yayang pun
bagi sokongan penuh sebab nak meraikan pengantin.
Tak bersanding pun just untuk bergambar katanya.
X seronok kalau pengantin ada tapi xde pelamin kan,
setakat meja makan beradab je macam kurang serinya.
So last week my yayang teman cari kain kat nilai
dan segala bunga2 yang diperlukan.

Sampai rumah terus projek.
Backdrop tu Iza x guna jack set yang selalu orang buat
pelamin guna, tapi Iza gantikan dengan kayu yang di-drill
terus ke dinding then baru senang nak sangkut 
kain dengan gun-stepler. Sampai terjatuh tangga dibuatnya.
Terkujat sekejap. Bising my yayang. Terpaksa berehat sekejap sebab 
rasa satu badan kebas. Hopefully tak de pape lah hendaknya.




Baru siap 40% macam tu. Semalam mak ngan adik Iza ada hantar 
kayu palet untuk buat pentas pelamin. Nanti le fikir macam mana 
nak balut semua, ingat nak cari karpet bulu yang warna putih tu.
Tapi bile review dari blog orang agak mahal jugak.
So kena guna alternatif lain.
Warna memang sengaja pilih off-white sebab nak nampak
soft dan suci2 macam tu. Dah warna baju pengantin nanti
terang so kena lah main warna sikit ye.
Nanti Iza update progress.


Ni saja tayang kat sini nak guna bantal tu
untuk props photobooth.
Stay tuned.


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. dah pernah rasa buat pelamin adik no 2 kahwin...cukuplah sekali..sakit badan dibuatnya...salute kat org yg ambik tempahan pelamin ni

    ReplyDelete
  2. > Mona Lea
    Tahu xpe. terus rasa mcm membanting tulang empat kerat kat sawah padi. Fuhh. Penat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails