click this to be awesome person

Friday, 19 December 2014

[Sewa Mesin Choc. Fountain] Birthday Party Azfar Waldan 3years

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lama pulak perap cerita weekend lepas.
Pas jumpa customer kat Metro Point Kajang tu terus
ke rumah Kak Ala di Presint 5 Putrajaya.
Sebabnya nak handle untuk mesin choc. fountain sebab die
sewa untuk birthday party anak die iaitu Azfar Waldan.
Sambil2 tu leh Iza tengok idea apa yang patut utk
birthday Muhammad Darwisy next year.
Tak sabar ibu nak buat untuk hero kenit ibu ni.


Majlis mula agak lewat sebab tetamu datang kebanyakannya
lepas Asar. Then hujan pulak so menyukarkan pergerakan 
kalau ada anak kecik, nasib baik kiteorang sampai awal.
Tengok Darwisy tu tak padan kecik sibuk nak join abg waldan dgn abg fahd main.


Candy buffet Kak Ala buat sendiri bertema lego.
Tu chocolate fountain sebelah.
Siap ada kejadian tak diingin lagi. Alahai syg choclate tumpah.
Takpelah dah xde rezeki kan.


Dak kenit ni die bila ramai kawan die jadi mcm baik pulak.
Hahahaha. Kalau die sorang kat rumah main mainan
tak tentu arah tak tahu nak main mainan yang mana satu.
Ni bile ada abg2 ni elok die main satu mainan je.


Tapi bila abg2 dah mula berebut mainan die macam
kaku di situ. Iza risau takut abg2 ni gaduh kang dak kenit tu 
xreti nak lari. So cepat2 nak g selamatkan.
Tapi tak jadi gaduh sgt pun. Fahd baru pandai jalan.
Tapi stabil lah die diri semua dan cepat pergerakan die.
Laju betul merangkak. Darwisy laju mengesot. Hahaha.


Abg2 main mainan yang tadi tu so bagi die main kereta ni pulak.
Oh ibu dah nampak Darwisy pun suka main mainan yang ada roda.
So abah ngan ibu kena siap sedia belikan kereta besar mcm ni.
Boleh dah mula beli sket2. Menggalakkan perkembangan otak die.
Yang penting kena cari warna yang terang2 bagi 
sel2 otak die berhubung gitu. Skrg Darwisy dah suka makan.
Bahagia ibu tengok, baru semangat ibu nak cuba mcm2 resepi tuk
buat makanan anak ibu ni.


Alahai comel sungguh anak ibu ni.
Gigi dua batang.
Mula menjerit taknak pakai topi tu.
So ibu umpankan duduk ata kereta ni bagi die leka.
Sudah amek gambar mula lah die nak buka balik topi tu.
Bahagia tengok perkembangan anak dari semasa ke semasa.
Allah, ganjarkanlah kpd Muhammad Darwisy
kesihatan otak dan tubuh badan yang baik agar dapat
berbakti kepada agama-Mu. Amin ya rabb.


[------------------------------------------IKLAN--------------------------------------]


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Anda ingin buat candy buffet sendiri tetapi tiada bajet? 
Sewa mesin chocolate fountain dari kami 
dengan byrn sewa serendah RM100 sahaja.
Bayaran RM150 bagi deposit keselamatan 
dan akan dipulangkan kembali jika mesin berfungsi dan 
di dalam keadaan baik.

# sewaan utk 2 hari, perlu pulang pd hari ketiga slps majlis
# tidak perlu bersihkan mesin
# manual penggunaan mesin akan diterangkan
klik link untuk maklumat lanjut


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails