click this to be awesome person

Friday, 26 December 2014

Minat Baru Berkebun


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Syukur kerana masih dikurniakan rezeki
bernafas pada hari ini dan di dalam keadaaan baik.
Rabu lepas Iza MC gara2 asyik kena hujan dan basah
kuyup bila balik dari kerja. Maklumlah nak buka pagar rumah
takde awning lagi so berhujan lah. Terus dapat demam.
Siap masa g Klinik Kesihatan Sepang tu doktor dah kenal.
Siap dia bagi tahu tahun ni dia banyak bagi MC kat Iza.
Sabar jela, yelah MC sakit mata dekat nak seminggu.
MC demam viral dan suspek denggi seminggu jugak.
Memang le banyak. Nasib baik MC kerajaan. 


Hari Rabu tu memang keseorangan kat rumah sebab Darwisy
kat umah nenek Gombak. My yayang keje. Balik dari KK terus telan
ubat dan tido berselubung bagi berpeluh sket. 
Boleh tahan ubat tu mengantuk. Sebelum ni Iza jarang makan ubat
tapi malas nak melarat2 telan jugak.


Petang tu dah rasa sihat sikit badan.
Mula lah bila sihat ni ada je projek nak buat.
Ni hobi dan minat terbaru berkebun pulak.
Dah macam2 pokok bunga dan pokok herba ada kat umah.
My yayang geleng kepala tengok Iza siap beli baja,
beli pasu, beli tanah kat nurseri bunga.
Then rasa nak pindahkan pokok2 kunyit dari tanah ke
dalam pasu sebab nak bagi nampak kemas.
Tengok tu hasilnya banyak sungguh.
Yang daun kunyit besar2 dan lebar selalunya ubi
kunyit kecil2. Kalau daun kunyit kecik2 x brp nak lebar
ubi kunyitnya besar2.


Ni kali kedua pokok kunyit Iza berbunga.
Sebelum ni berbunga dah sekali siap jakun x pernah tengok
pokok kunyit berbunga. Buat kena gelak dengan my yayang je.
Dalam group FB Kebun Bandar : Jom Tanah Sendiri (KBJTS)
ramai kata kalau pokok kunyit berbunga tanda pokok tu dah nak mati
dan ubinya dah matang. So boleh lah korek tuk amek ubi dan guna
daunnya. Then tanam lain. Banyak jugak ilmu dapat dalam group tu.


Rasa seronok bila tengok hasil macam ni.
Rasa puas, benar lah org kata berbakti pada tanah ni
kita akan merasai kepuasan bila tengok hasil.
Beza kunyit warna hitam dan warna putih sket tu.
Kunyit yang hitam tu dan tua, kalau buat masak
lemak lagi mengancam rasa, warna dan baunya.
Kunyit yang putih tu muda lagi.
Bagi jiran sket then bagi mak Iza nanti.
Banyak2 kat rumah pun nak buat apa kan?
Yang kelakar tu mak Iza suh p jual kat kedai.
Hahahahaha. Gelak aje. Perli lah tu mentang anak 
die ni suka meniaga. Semua benda nak jual. Skrg dah seminggu 
lebih Iza semai macam2 benih, yang dah bertunas adalah
benih bunga matahari. Seronok tengok dari
biji kuaci keluar bertunas daun hijau. 
Ini lah nikmat Allah beri pada kehidupan. Syukur.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

4 comments:

  1. ya allah.. seronoknya tgk... mmg puas hati sangat...

    ReplyDelete
  2. > Allene

    itulah, dulu x minat betul berkebun tapi bila dah ada tanah sekankang semut blkg umah sayang pulak biar bersemak..

    ReplyDelete
  3. menjadi jugak tanam mnanam tu ye..mmg berbakat betul izzah ni

    ReplyDelete
  4. >aksarafendi

    haha..bakat terendam bukan terpendam.haha. dah jadi ibu kena byk bakat lah fendi.hihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails