click this to be awesome person

Wednesday, 17 December 2014

MDA Turns To 10 Months Old - 171214

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Syukur alhamdulillah, Muhammad Darwisy hari ni genap 10 bulan.
Lagi dua bulan dah nak genap setahun jagung. Hehe.
Malam tadi lepas maghrib je terus dak kenit ni tido.
Penat sgt kot sebab Iza bawak die ke opis.
Then kat opis ada atok yang melayan die, bukan main suka sgt la.
Sampai tido dengan atok, asyik kena dukung je. 
Memang die suka sgt lah tu. Semalam adalah hari
yang Darwisy makan banyak sgt.
Dah makan nasi ngan labu + ikan (lenyek),
pastu makan kuih bahulu sket, makan biskut, 
pastu g pasar tani ngan my yayang suap kuih bingka
pun die makan jugak. Seronok ibu tengok die nak makan.

Tapi semalam sebelum tido tu dekat 20 minit ibu
kena melayan "drama-swasta-airmata" dak kenit ni.
Tak tahu le knp serba tak kena,
menangis siap berair mata macam sakit sgt kena pukul.
Walhal xde apa pun. Hampir hilang sabar jugak lah smlm.
Tapi bila tengok die merangkak datang berpaut kat kaki
Iza ni terus rasa syahdu dan kesian.
Alahai anak. Kadang tak tahu apa yang die nak,
nak ckp x fhm kan? So nangis jela.
Ibu pun cuba macam2 untuk menenangkan Darwisy smlm.
Sudahnya tido kepenatan.

Oh pagi ni anta die kat umah jiran DSQ sebab
memang decide tak anta pengasuh dah. If tak nenek Gombak jaga
tapi sebab nenek Gombak ada urusan kat Batang Kali.
Syukur ada jiran yang baik dan boleh minta tolong bila 
dalam keadaan terdesak macam ni.
Tadi baru lepas call Shida, die kata Darwisy okey aje.
Hope so Darwisy tak buat perangai la sebab jiran tu 
tengah preggy, dengan anak yang sulung umur setahun lebih tu lagi.
Hajat tak nak nyusahkan die sbb fhm org preggy penat
dan ngan anak lagi kan? Tu smlm text tanya die dlu.
Die kata okey kalau untuk 2/3 hari die boleh tlg jagakan.
TQ jiran! ^_^


Ni gambar Sabtu lepas kat Secret Recipe Metro Point Kajang.
Lepak sini pun sebab nak dah deal ngan customer untuk
Majlis nya bulan Mac 2015. Dah alang2 customer buat kad kahwin kat
Metro Kajang so deal untuk jumpa terus dan bagi resit.
Yang kelakar Iza silap faham, customer kata Metro Kajang
Iza mati2 kata kat my yayang Metro Point Kajang. Hahaha.
Maafkan akak ye Bella dan Daffi. Nyusahkan korang kena pusing
cari parking, sudahnya kiteorg deal dalam kereta bakal pengantin.


Seronok sgt ni makan chocolate indulgence.
Macam ibu peminat choc. indulgence.
Yang lain tak minat pun. Bila abah tak suap die menjerit.
Habis satu SR dengar suara die.
Siap staff SR main cak-cak ngan dak kenit ni.


Tak boleh makan selalu ye Darwisy.
Kena makan makanan yang berkhasiat dulu.
Nanti dah besar sket baru boleh makan banyak dan selalu.


Muka happy sebab dapat makan chocolate indulgence SR.
Gigi bawah ada dua batang, coming soon gigi atas pulak.
Tu agaknya semalam meragam serba tak kena.
Demam pun on-off je. Doktor kata demam viral.
Ngeri ibu dengar sbb ibu pernah kena demam tu sakit sendi habis.
Patutlah meragam aje dua tiga hari tu. 
Nak beralih bulan pun iye jugak kan?
Esok ada check up 10 bulan kat KK Presint 3.
Harap sgt berat dan tinggi Darwisy menunjukkan pengingkatan
yang baik dan x masuk border kuning mahu pun merah.
Doakan untuk Darwisy ye semua.


[-------------------------------IKLAN---------------------------------]

[PROMO PAKEJ 3 IN 1 : Candy Buffet + Photo Booth + Guest Book]
Untuk tempahan 10 terawal akan menerima POTONGAN HARGA RM50 dan 
PERCUMA GUEST BOOK Bagi Pakej 3 in 1 (Small/Medium/Large).


Contoh : 



i) Candy Buffet Small Package RM 250


ii) Chocolate Fountain With 1kg Chocolate RM 200

ii) Photo Booth With Props RM 150

iii) Guest Book RM 50 

JUMLAH RM 650

Harga Selepas PROMO RM 550

Anda jimat RM 100.

**Tertakluk Kepada Terma & Syarat
WhatsApp / Text : 

Nurizzah Majif 
016 778 6490 / 012 242 6490

atau klik link untuk lihat imej berkaitan.

http://darwisydarwisyah.blogspot.com/p/awesome-candy-buffet.html

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails