click this to be awesome person

Tuesday, 30 December 2014

[MDA] Penguat Semangat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Korang pernah tak rasa kdg2 hidup ni terasa susah?
Terasa payah, nak2 bila macam2 dugaan datang menyapa.
Kadang saat dah ada masalah sedia ada datang
pulak masalah baru. Ibarat jatuh ditimpa tangga.
Iza banyak kali dah mengalaminya.
Tapi bila dah berkali2 hadapi benda yang sama terus jadi imun.
Terus hati jadi kebal. Sebab kite dah dapat agak
apa kesan akan terjadi dan yang paling penting
hadapi masalah tu jangan sesekali lari dari masalah.
Syukur juga sejak ada Muhammad Darwisy
Iza bertambah kuat semangat hadapi dugaan
dalam hidup, tak kira lah dugaan rumahtangga ke,
dugaan dalam kerjaya ke dan macam2 lagi la.
Dulu masa belum ada anak x percaya orang kata kalau stress
kat pejabat, balik dari keje tengok muka anak hilang rasa penat
lelah dan tekanan. Sekarang dah alami baru percaya.
Memang ajaib betul kuasa Allah yang ciptakan rasa kasih
dan sayang seorang ibu pada anaknya. Syukur.
Malah bila ada anak kita rasa lagi nak usaha sungguh2
bagi yang terbaik untuk anak kita juga keluarga.
Iza bukanlah nak emo hujung2 tahun ni tapi
bila negara kita ditimpa pelbagai musibah terus
rasa mangsa2 banjir tu lagi susah dari kesusahan yang Iza
pernah alami sebelum ni. Korang bayangkanlah semuanya
musnah sekelip mata, ambil masa bertahun untuk 
hidup penuhi keperluan di dalam rumah.
Tetapi percayalah bila kite berjaya hadapi setiap ujianNya
dengan iman di hati kita akan rasa manisnya hikmah sebaliknya
walau pun perit. Kerana dari situ kita belajar hargai apa yang
kita kurang hargai selama ini. Misalnya anak2, suami/isteri,
saudara mara, jiran dan lain2.


"Darwisy doakan agar Allah mendengar setiap
doa dan juga rintihan dari hamba2Nya yang meminta
akan belas kasih serta rahmat yang tiada tandingan.
Moga Allah pelihara setiap jiwa dari berasa putus
asa dan juga kekecewaan. Amin ya rabbal'alamin"

#Pray4MangsaBanjir
#Pray4UmatIslamSedunia
#Pray4PengakhiranUsiaYangBaik

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

1 comment:

  1. pernah2..kdg2 rse knapa dtg brtimpa2,knapa mslah ni hrus dtg pd aku?..tp back to basic..klo kta rse kita byk mslah, ada org lain yg lg byk mslh dan kena selalu ingat Allah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails