click this to be awesome person

Friday, 12 December 2014

Insya'Allah, Tahun 2015 Darwisy Ke Taska KPKT, Putrajaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Minggu lepas dan minggu ni Iza dan suami agak sibuk
bincang dan mencari taska untuk Muhammad Darwisy.
Bukan bermaksud Iza tak suka dengan pengasuh Darwisy 
yang sebelum ini tetapi ada sebab2 yang kukuh yang difikirkan.
Banyak isu yang Iza perlu fikirkan sebelum hantar Darwisy ke taska.
Yela, sebut pasal taska banyak kes kemalangan, kematian
dan perkara yang kita tak suka nak dengar sebagai ibu bapa.
Pengasuh sekarang ni jaga Darwisy okey sgt,
tapi bukan rezeki Darwisy dah untuk dihantar ke rumah pengasuh.
Merata jugak Iza dan my yayang cari taska.
Then dah alang2 mencari taska better cari yang di bawah 
agensi kerajaan yang berdaftar JKM dan boleh 
menggunapakai subsidi kerajaan. Pasal subsidi nanti Iza share.


Insya'Allah Taska Narizan, KPKT ni akan menjadi
taska Muhammad Darwisy pada Januari 2015.
Berat jugak hati nak hantar die ke taska sebab kecik lagi.
Tapi bila my yayang dah survey taska ni die tengok
baby bawah 2 tahun dan atas dua tahun diasingkan.
Untuk bawah setahun pulak ada bilik khas tapi
sama aras dengan budak2 yang berusia 2 tahun.
2 tahun ke atas aras bawah. Itu yang my yayang beritahu
sebab terus direct jumpa dengan Puan Tengku mungkin penyelia di taska tu.
Sbnrnya taska ni hanya untuk kakitangan KPKT sahaja tetapi 
mungkin dah jadi rezeki Darwisy kot sebab my yayang
minta jasa baik penyelia tu dan memandangkan bos lama die dlu
pernah berkhidmat di sini. Wallahu'alam. Iza memang sj minta
my yayang yang uruskan urusan taska ni bagi die belajar
macam mana memikul tanggungjawab seorang bapa. Hehehe.



Yuran pendaftaran RM50.00
dan yuran bulanan RM300.00. Moga kekal lah hendaknya
Muhammad Darwisy di taska ni sampai usia 4 tahun
tanpa sebarang masalah dan kecelakaan yang tidak diingini.
Mudah2an Allah lindungi dan permudahkan urusan Muhammad Darwisy hendaknya.



Hari ni my yayang akan hantar borang permohonan
taska ini berserta yuran pendaftaran RM50.00.

Subsidi Yuran Pengasuhan Taska Sektor Awam

Okey untuk yang belum tahu kerajaan ada keluarkan
pekeliling tentang bantuan subsidi yuran pengasuhan dengan syarat: 

Subsidi sebanyak RM180.00 sebulan,
Bagi anak yang berusia 0-4 tahun sahaja,
Pendapatan isi rumah RM5000.00 dan ke bawah,
Taska di bawah agensi kerajaan / premis kerajaan.

Jika penuhi semua syarat tersebut maka
layak lah permohonan kalian.


Iza pun isi lah borang permohonan ni tetapi
menggunapakai nama my yayang.
Dan die perlu hantar ke bahagian kewangan opis die.
Bagi abah Darwisy buat kerja sket kan,
ibu dah banyak dah uruskan urusan berkaitan Darwisy. Hehe.
Ini pun ibu yang isikan, siap edit borang dari PDF save ke words lagi.
Keje abah senang je pergi dapatkan cop pengesahan taska
pastu hantar ke bahagian kewangan.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 38 Tahun 2013








Moga perkongsian ini bermanfaat buat yang sedang
mencari info berkaitan. Memang susah nak cari taska
yang betul2 menepati kriteria yang kita nak kan?
Tapi kalau ada sikit hal yang remeh temeh tu kena pejam mata ajela.
Ikut hati nak je resign jaga anak kat rumah.
Tapi belum masanya. Kena usaha lebih lagi dan at least
ada simpanan untuk setahun atau dua tahun baru lah 
berani nak resign kan? Hehehe.
Oh hari ni Iza nak balik umah mak amek Darwisy. ^_^

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


5 comments:

  1. hye.. Syuha htr anak kat taska kpm@kpt dkt precint 5.sama mcm taska darwisy nti.dorg asing2.skrg insyirah ddk dlm bilik baby lg.pernah masuk situ n lega la sbb mmg bagus dorg jaga dont worry.darwisy will be fine there.heee

    ReplyDelete
  2. > Syuha.
    ooo sama ye? lega sket ada mommy yang share psl taska ni. hehe. tq dear, sbnrnya berat jugak hati nak hantar ke taska tapi xde pilihan. hrp2 semuanya okey buat Darwisy la..amin

    ReplyDelete
  3. kalau hantar ke taska yg berdaftar dgn jkm,boleh ka guna subsidi ni? sbbnya husben saya ngajr di politeknik ipoh, tidak disediakn taska di bwhnya..tlg share..saya kurang phm..tq

    ReplyDelete
  4. > Shuhaida
    okey syarat untuk dpt subsidi ni macam ni :

    i) taska berdaftar dgn JKM
    ii) di bawah agensi kerajaan / premis kerajaan (swasta x boleh)
    iii) pemohon / psgn pemohon kakitangan awam
    iv) pendapatan isi rumah bawah RM5000.00
    v) usia anak hendaklah 4 tahun dan ke bawah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails