click this to be awesome person

Monday, 29 December 2014

[Hobi] Mini Garden Serba Ringkas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekarang ni memang musim tengkujuh,
hujan sepanjang hari dan banyak kes banjir di dalam Malaysia.
Marilah sama2 kite mendoakan kesejahteraan bersama.
Iza ni dalam masa hujan turun teringat pulak
dekat tanaman2 yang ada kat depan dan belakang rumah.
Kesian kalau terlebih air pokok dan tanaman akan mati.
Maka rajin2 kan diri buat apa yang patut.
Baru berjinak2 nak berkebun dan rasa dekatkan diri
dengan alam ciptaanNya. Baru lah makin kukuh
rasa kehambaan dalam diri insya'Allah.


View laman di hadapan rumah bersebelahan 
parkir kereta. Asalnya dulu nak simen terus tapi
teringat nak buat mini garden bagi sejuk
pemandangan mata dan fikiran terus biarkan
dan sebaliknya taman rumput karpet.


Berhajat di hati nak naikkan tembok kiri kanan rumah
tapi nanti terkepung pulak. Bila dah luas mata
memandang macam ni rasa best pulak.
Akan difikirkan semula, mungkin ada ruang yang 
lebih privasi kalau naikkan tembok kiri dan kanan.
Banyak lagi nak improve ruang ni. Seronok bila
dapat luangkan masa dgn tanaman ni semua.
Darwisy pun suka tengok banyak flower.
Ada pokok lavender, pokok bonsai, pokok ros jepun
dan macam2 nama yang Iza lupa2 ingat. Hihi.


Ni di dinding sederet pintu masuk rumah.
Asalnya tak nak gantung pasu warna warni tu di situ
tap rasa mcm kosong je terus kuatkan semangat
drill sendiri. Bila bunga dan daun hijau menjalar
rasa nyaman sgt. Syukur atas anugerah dan perasaan itu.


Moga makin menjalar lagi lah hendaknya pokok2 sekalian.
Luaskan empayar mu biar bertambah rimbun dan redup hendaknya.


Okey yang ni pokok tipu.
Hehehe. Beli di #Kaison KLFCM.
Murah juga bunga tu satu pokok RM3.90 so Iza beli 6 pokok.
Pasu RM5.90 x silap. Bracket tu RM7.50, xboleh drill menegak 
Iza buat melintang. Hahaha. Jadilah asal boleh gantung.



Antaran pokok herba dan yang boleh diguna
dalam masakan antaranya pokok limau purut,
limau kasturi, kari, halia, cili padi.
Yang baru bertunas banyak tu anak pokok bunga matahari.
X sabar nak tunggu "mereka" membesar.


Untuk mengelakkan dari terlupa tanam benih pokok
apa mari kita gunakan kaedah label begini guna sudu plastik 
sahaja dan tulis pakai permanent marker pen.
Semalam sempat buat batas belakang rumah dan cucuk batang 
pokok ubi kayu. Sudahnya my yayang tolong habiskan sebab
Iza dah sakit pinggang. Hehehe. Banyak lagi projek Iza nak
buat lepas ni, asal ada masa terluang mesti nak DIY la, deko la,
mini garden la. Nasib Muhammad Darwisy behave aje.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

3 comments:

  1. Comel labelling guna sudu tu..

    ReplyDelete
  2. > cik hani..
    hehehe.
    tq..idea dari group FB Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri (KBJTS).

    ReplyDelete
  3. Syoknya bo drill sendri.
    Sy xmenjadi lg nk drill.

    Bagus ye idea sudu tu, nanti nk cuba...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails