click this to be awesome person

Friday, 5 December 2014

[D.I.Y] Make Over Cover Kusyen Kerusi & Meja Makan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Minggu ni balik dari keje pun tak brp smgt sebab 
my yayang keje malam pastu Muhammad Darwisy pulak
kat rumah nenek Gombak. Kesunyian lah ibu ni hah dok sorang
kat rumah. Tapi semalam sbnrnya nak mengemas balik
balang2 kaca candy buffet tapi jadi projek lain pulak.
Masuk bilik serbaguna nak amek kotak kosong,
tapi terjumpa kotak lain yang berisi kain langsir dan 
alas meja makan semua. Biasalah Iza ni kalau dah pegang
kain tu gatal nak bukak tengok corak kain langsir tu.

Niat hati nak sedekah je pada cleaner di opis
sebab malas nak simpan kain langsir yang dah takde set die.
Tak silap kain langsir tu MIL Iza yang bagi masa dok rumah
kuarters. Tapi bila dah pandang kain tu terus rasa nak 
buat projek lain. Sebelum buat projek tu gigih pasang wallpaper
kat meja makan. Memang dah lama fikir nak gantikan alas meja 
yang sedia ada memandangkan Darwisy suka tarik.


Dah 5 tahun usia kerusi ni.
Set kerusi & meja makan ni beli masa tahun pertama
Iza n my yayang nikah. Beli di Cavenzi.
Sapa kata perabot Cavenzi tak tahan lama?
Kalau digunakan dgn betul tahan aje.
Bergantung pada jenis kayu jugak lah. Tapi dalam hati ada 
hajat nak tukar baru konon nak beli kerusi shj kat Ikea
atau nak beli set meja makan baru.
My yayang siap remind dapat bonus bukan 7k ye.
Terus Iza simpan hajat dan keinginan nafsu tu.
Then berfikir macam mana cara nak bagi set kerusi
dan meja makan ni nampak menarik dan berwajah baru.


Mula2 bentang dulu kain langsir ni.
Tengok dlu corak bunga die. Cuba padankan dgn warna
sekeliling spt cat dinding atau perabot lain.
Kalau padanan warna mengena baru boleh teruskan ke
proses seterusnya. Lagi pun kain langsir ni tebal,
jadi sgt sesuai kalau nak jadikan alas/cover kusyen kerusi.


Bermula lah misi DIY (Do It Yourself). Kesabaran dan minat 
amat diperlukan sgt. Jangan nak cepat siap nnt hasilnya tak seberapa.
Buka kusyen kerusi ni dan tanggalkan dulu.
Untuk pengetahuan kebiasaan ada 3/4 skru 
yang mengikat kusyen tu supaya tetap pada frame kerusi ni.
Dah alang2 tinggal bingkai macam ni boleh
lah amek mertun (read hammer / tukul) dan
ketuk lah bahagian yang dah longgar supaya kejap balik.
Eh, malam tadi ada gak berangan nak cat kerusi ni.
Tu projek kemudian lah.


Kain langsir terbentang luas tadi tu kalau nak gosok
boleh gosok siap2 bagi kemas sket. Iza kurang kerajinan
nak menggosok jadi Iza gunting je ikut kelebaran saiz
kusyen kerusi ni. Jangan terlalu banyak lebihan atau 
terlalu sket nanti tak cantik. Lepas dah ukur macam ni terbalik kan
permukaan kusyen tu, biar yang alas lama di bahagian bawah.


Korang perlukan gun stapler yang heavy duty untuk pastikan
kain langsir atau kain alas baru tu melekat dengan kejap
pada kusyen tadi. Make sure tarik tegang2 ye kain alas yang baru tu.
Kalau tak nanti x kemas tak cantik. Sudahnya korang yang kena
buat keje ulang kali. Then boleh tutup bahagian ni dengan kain yang
sama kalau ada lebihan, macam Iza kain langsir ni ngam2 so Iza biar je
macam tu lagi pun takde keje tetamu datang duduk kat kerusi 
nak terbalik kan kerusi tengok bahagian bawah.
Kalau ada tu namanya sungguh lah jaga tepi kain orang. Hihi.


Hasilnya!!! Terus kerusi murah ni berubah wajah macam kerusi
ala2 kat bilik hotel kan? Terus nampak macam set kerusi untuk meja
makan yang baru. Auwwww! Macam esok nak raya pulak.
Okey lah sempena tahun baru kan? Adalah pembaharuan sket.


Ni siap satu. Rasa semangat nak siapkan dua, tiga, empat, lima dan enam.
Berkobar2 bukan main tau semangat ni.
Ni lah namanya dah kena jangkitan "virus".
Virus DIY + Deko + Susunatur.
Kalau terkena ni memang makan pun boleh lupa.
Rasa pasni akan kena "virus" berkebun pulak ni.


Yeayyyy! Siap dah enam buah kerusi.
Saya suka, ni namanya menjimatkan duit poket suami.
Cuma perlukan idea, kerajinan dan minat.


Ingat nak buat kejutan kat my yayang tapi dah kantoi
sebab lunch tadi my yayang tengok gambar ni kat tab.
Die gelak je, dah tahu perangai Iza macam mana.
Inilah hasilnya bila alas meja digantikan dengan tampalan wallpaper.
Senang sket sebab kalis air dan yang penting Darwisy
takde dah nak main tarik2 alas meja.


Sampaikan bingaki cermin pun Iza tampal wallpaper.
Konon satu set ngan meja lah.


Sedang berfikir sama ada nak letak karpet
atau tak bawah meja makan ni.
Kalau letak nanti ada makanan jatuh tak nampak pulak.
Kang habis kena hurung dgn semut pastu Darwisy merayap
bawah meja kena gigit. Dahla kulit die sensitif skrg.
Akan difikirkan selanjutnya.


Ingat nak letak table runner warna off-white.
Nantilah kite try and error. 


Berseri-seri tengok cermin ni.
Kalau tak warna coklat aje. ^_^


Ni gambar sebelum make over alas kusyen
dan ada tikar. Rasa macam semak banyak sgt warna.
Biarkan je dulu takde alas pape bawah meja makan tu.
Senang menyapu nak mop semua.
Okey korang, moga perkongsian ni memberi manfaat
pada semua yang membaca.
Ada benda yang asalnya nampak macam biasa2
tapi bila dah make over terus nampak mewah.
So kalau ada perabot lama tu rajin2 lah google
untuk jadikan ianya sesuatu yang baru.
Selamat ber-DIY, bersusun atur dan berdekorasi.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

5 comments:

  1. wahhh...baru je cadang nak buat next week...dia dah buat dulu..tu nama dia great minds think alike...hehe....good job!

    ReplyDelete
  2. > Erinz Site.

    maceh kakak ku. :)

    >O'gosh Iskandar

    dah lama nak buat sbnrnya tapi penyakit M tu besar sgt. hehe. TQ dear.:)

    ReplyDelete
  3. wah..brseri2 krusi tu bila dah tukar sarung dia..hehheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails