click this to be awesome person

Thursday, 11 December 2014

Darwisy Sepanjang "Dipinjam" Oleh Sepupu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kalau reader yang follow blog Iza mesti dah sedia maklum
yang Muhammad Darwisy dah hampir dua minggu tak ada dengan Iza.
Which mean Iza anta balik Gombak. Tapi dua hari lepas
kakak sepupu Iza minta izin nak "pinjam" Darwisy untuk beberapa
hari katanya nak bawak berjalan dgn anak2 dan keluarga die.
So sepanjang ketiadaan dak kenit tu kat rumah nenek Gombak,
maka banyaklah gambar yang family Kak Long Iza ni share
dalam group whatsapp family sebelah mak Iza.



Bukan main khusyuk dak kenit tuk naik vellfire ye sampai
orang semua dok selfie die tak pandang pun. Saja lah tu 
nak bagi ibu ngan abah jeles.  


Alolololo. Baik aje kan kalau Mak Long Syida suap
makan bubur nasi. Kalau ibu suap bukan main payah,
siap ibu nak kena menyanyi dan buat gaya badut baru nak makan.
Darwisy memang saja suka buli ibu kan? kan?
Ibu rindu kat Darwisy sgt ni.


Macam makin bulat pulak ibu tengok Darwisy ni lah.
Dengan Mak Ngah Ani dari Johor Bahru.
Yang kelakarnya diorang satu family ni berpakat nak prank Iza.
Konon share location ada kat Johor Bahru, nak pegi 
legoland bagai. Walhal diorang dah sampai KL, so
Along Syida g amek kat KLIA. Ada rezeki kita g ye Darwisy.
Nanti kita tumpang tido umah Pak Ngah Acit & Mak Ngah Ani
kat Pulai Jaya, JB. Dekat sgt ngan bandar JB rasanya.



Ewahhh. Macam bos besar ye aksi tu.
Malam tadi katanya dinner kat Black Canyon Seremban.
Sampai ke Seremban Darwisy berjalan ye?
Kecik2 pandai merayap ek? Hehehe.
Dari kiri kakak sepupu Iza Along Syida, dak kenit Darwisy,
Kak Ani (SIL Along Syida) dan Irfan sepupu Darwisy.


Ni aksi sebelum tido malam semalam ke
malam sebelum tu. Bukan main menyandar macam orang besar.
Penat berjalan lah tu. 


Eh suka sgt dak kenit ni ibu ngan abah takde ye?
Dah tak ingat ibu ngan abah ke ni? Hehehe


Ibu gigit kang die ni.
Adik sepupu Iza text ckp Darwisy budak baik.
Tak nangis langsung, meragam pun takde, gelak je asyik main.
Senang nak jaga bawak keluar takde buat perangai x elok.
Nanti nak pinjam lagi. Alahai. Elok lah kalau ramai yang
sayang Darwisy. Ibu pun senang, dah besar jaga adab n akhlak ye syg.
Biar semua orang senang dgn Darwisy ye.


Ni gambar diorang share pagi ni. Dah ada kat rumah
Nek Long di Selayang. Baru lepas mandi, acu jiah nak anta balik
rumah nenek Darwisy. Patutnya diorang nak anta malam tadi.
Tapi dah lewat sgt kan so diorang mintak izin Iza 
anta pagi ni. Iza okey as long as Darwisy sihat dan selamat.
Syukur kasih syg keluarga besar dikongsi bersama.
Betul lah, anak kecil ni pengerat silaturahim kan?
Nikmat TuhanMu yang mana mahu engkau dustakan?
Wallahu'alam.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails