click this to be awesome person

Thursday, 4 December 2014

[Candy Buffet + Photo Booth + Guest Book] Wedding Reception Fendi & Elyn | 29.11.2014 @ Felcra Seberang Perak, Teluk Intan, Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alahai nak dapat mood untuk update kisah 
wedding event last week punya lah susah.
Ni pun paksa diri sebab kalau tak update sudahnya
nanti berkepam lah dalam PC je gambar2 tu.
Sayang aje kan? Seperti yang Iza bagi tahu sblm ni
memandangkan event ni last minute booking
oleh customer jadi ada caj2 yang perlu ditambah.
Alhamdulillah semuanya dipersetujui oleh customer dan
dipermudahkan oleh Allah jua.

Perjalanan ke Teluk Intan dari Sepang makan masa 
lebih kurang 3 jam lebih tetapi memandangkan
kami tak pernah sampai ke Felcra Seberang Perak
kami amek keputusan gerak awal pagi.
Majlis katanya mula dalam 11.30 tghari.
Bangun kul 4.00 pagi, bersiap semua
sgt sejuk mandi di pagi hari.
Muhammad Darwisy Iza x mandikan
just lap2 ngan air suam tu pun die mamai sebab
bangun awal sejam dari kebiasaan.
Keluar rumah kul 5.00 pagi. Iza cakap kat my yayang
nak taknak kena sampai kat bandar Teluk Intan dalam 
kul 8.00 pagi. Sebab kata customer iaitu abang pengantin
dari bandar ke rumah pengantin lebih kurang 30-40 minit.

Kami solat subuh di Petronas area Damansara.
Tropicana Damansara tak silap yang sebelum masuk
highway ke jejantas Sungai Buloh tu.
Banyak jugak kereta maklumlah cuti sekolah ramai
yang pergi bercuti, balik kampung dan sebagainya.
Exit Sungkai, lalu jalan kampung sgt seronok.
Terus rasa rindu dekat kampung my yayang Batu Kurau, Taiping.
Tak sabar nak cuti rasanya.
Dalam peta lokasi kad kahwin ada restoran Gulam Rasul.
Bila sampai je rasa lega sebab memang tak jauh lah lagi.
Kami sarapan pagi kat situ je terus.


Muka amat serabai lagi sembab sebab tido dalam kereta
dengan Darwisy. My yayang siap suruh cuci muka
tapi Iza lap dengan wipes tisu Darwisy aje.
Kami ingat restoran ini yang dimaksudkan dalam peta lokasi
tu rupanya bukan. Ada satu lagi restoran Gulam Rasul ni.
Ahahahhaa. Confident lebih aje suami isteri.
Eh tapi murah gile Iza makan pagi kat sini RM4.90.
Macam tak percaya sebab my yayang makan roti puree dengan kopi o.
Iza makan roti nan, ayam tandoori dan teh o. 
Dua kali tanya dah kira ke semua die kata dah.
Sampai ke sudah asyik tak percaya tanya my yayang.
Mungkin rezeki kami pagi itu.


Dekat setengah jam jugak berpusing cari Felcra Seberang Perak ni.
Asyik pusing kat kawasan Menara Condong aje.
Puas tanya orang semua akhirnya jumpa lah jambatan Batu 5 ni.
Rasa lega sebab masa tu jam dalam 9.30 pagi.
Iza memang bajet sampai rumah pengantin kul 10.00 pagi.


Syukur alhamdulillah sampai jugak rumah pengantin.
Terus suruh my yayang loading barang.
Sebab Iza nak set up awal senang nanti kan
dah lah ada dak kenit tu risau die meragam.
After loading my yayang pergi amek stroller Darwisy
sementara Iza mulakan operasi.


Iza siapkan meja dan background untuk photo booth dulu
sebab meja untuk Candy Buffet sedang digunakan.
Nasib meja yang ni tak digunakan kalau tak risau jugak lah.
Siap satu tugas, alhamdulillah.
Tapi Iza tak mula lagi buat Candy Buffet kanak2 
dah menunggu sebab nampak macam2 jenis gula2, 
chocolate. Adoi. Iza jenis tak boleh buat keje kalau
ramai yang memerhati sebab bukan budak2 je,
mak budak pun nengok. T_T


Sementara tu abah layan Darwisy yang mengantuk ni.
Anak ibu ni nak tido tapi tahan mata.
Lagi satu tak selesa kot sebab tak mandi.
Iza ingat nak mandikan lepas habis set up tapi
keadaan dalam rumah pengantin agak sibuk
tak sesuai sgt nak mandikan die.
Hajat nak mandikan kat R&R je balik nanti.


Meja ni tak boleh nak lekat pulak dengan stapler gun tu sebabnya
ni meja plastik yang meniaga tu. So Iza tanya kat tuan rumah
takpe ke kalau tak buat skirting dan just alas macam ni.
Alhamdulillah diorang tak kisah yang penting meja beralas.
Ni sebenarnya tak habis deko tapi sebab kanak2 dah
menunggu di sekeliling terus rasa serba salah.



Iza nak snap gambar pun siap mintak kebenaran jap dari adik2 tu
sebab kalau dah kena serbu sure rupa asal dah hilang.
Cepat2 mintak my yayang snap kan apa yang patut.
Settle bergambar adik2 tu dah pun serbu.
Masa tu awal lagi dalam jam 11.30 - 12.00 tghari.
Pengantin sampai kul 1.00 ptg tak silap.



Memandangkan photo booth tak de orang
terus mintak my yayang snap kan.
Menjadi kebiasaan kalau buat biz macam ni ada 
barang yang hilang atau rosak.
Itu semua lumrah. Contoh props / bubble talk
yang Iza buat tu banyak yang missing-in-action.
Hehehehe. My yayang kata takpe, halal kan aje mungkin
ada yang terlupa nak letak balik. Bersangka baiklah.


Diorang sgt teruja dengan chocolate fountain ni.
Ramai yang beratur sebab nak salut
marshmallow / buah kat chocolate fountain.
Ada yang tak tahu nak buat mcm mana
so Iza tunjuk n bantu. Ada yang dah tahu okeylah.
Tapi still kena jaga sebab mesin ni sensitif sket.
Hanya yang pernah mengendalikannya shj tahu.


Di kala keriuhan tu Muhammad Darwisy dah mengantuk
tgh amek mood nak tido kot. Mata dah layu.
Kesian pulak tengok die kena layan diri sendiri.
Abah pun dah penat, tersandar kat kerusi.
Takpelah Darwisy, biar Darwisy belajar mcm mana
nak gain money ye. Nnt dah besar tak lah kekok. ^_^


Ni pelanggan cilik Candy Buffet kami
yang suka sgt marshmallow bersalut coklat.
Katanya sedap lah acik. Siap tunjuk "good" sign lagi.


Tengok, bukan budak2 je suka ye mak budak pun 
teruja sama. Hehehe. Sekali sekala kan apa salahnya.
Kemeriahan tu yang kita cari.
Rasa puas hati Iza bila tengok orang happy.


Zoom in photo booth side.


Mix candy sekejap terang.
Top up je habis, top up je habis.
Yelah selalu adik2 ni kena beli,
ini percuma kenalah grab kan? Hihihi


Pelamin of the day.



Adik ni cermat je nak salut marshmallow
ngan coklat tu.
Kata die nanti tumpah comot kena baju.


Coklat dah nak habis dah kat mesin fountain tu.
1kg cepat je habis sebab ramai peminatnya.



Inilah die pengantin nya. Elyn nama die.
Abang die yang deal dgn Iza untuk 
pakej yang Iza buat tu.
Katanya dah deal ngan org lain tapi
last minute org tu cancel jadi rezeki Iza agaknya
dapat buat untuk wedding adik die.


Antara tetamu yang turut meraikan 
pengantin turut ambil kesempatan merakamkan
gambar di photo booth dan sign guest book.


Lena sungguh arjuna ibu ni tido
sampai terkangkang kaki.
Masa ni kompang bunyi pun die tak sedar.
Tak de pape pergerakan pun. Penat sgt lah ni jalan jauh.
Syukur Muhammad Darwisy tak meragam.


Selamat pengantin baru Fendi & Elyn.
Kebetulan nama penganti lelaki sama dengan nama
my yayang. Hehehe. 


Sesi pengantin lambung gula2 kat kanak2.
Suka bukan main je budak2 ni.
Beriya tadah baju dgn tangan.


Last guest yang amek kesempatan 
menulis ucapan utk pengantin di dalam 
buku tetamu. Then Iza mintak kebenaran
kat abg pengantin untuk wrap up semuanya.
Candy Buffet Iza dah wrap awal dah
sebab habis awal dah.


Singage dan frame ni Iza bagi PERCUMA 
pada pengantin sebab memang Iza dah masukkan
dalam pakej terbaru Iza.
Untuk mereka buat kenang2an kan.
Kepada yang berminat untuk mendapatkan 
servis dari kami boleh lah 
text 012 242 6490 
atau Whatsapp 016 778 6490
untuk pertanyaan lanjut. 
Harga pakej boleh rujuk di link berikut

Selesai je majlis kami pun berterima kasih dgn
keluarga pengantin, mintak halal makan minum dan 
mohon maaf jika ada yang terkurang di mata mereka.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. seronok nengok izzah success dlm bisness

    ReplyDelete
  2. > Mona Lea
    takdela sukses mana cc. syukur Allah bantu mudahkan semuanya. ^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails