click this to be awesome person

Wednesday, 5 November 2014

Ziarah Sepupu Balik Dari Haji & Aktiviti Keluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sabtu lepas my yayang ada tournament
futsal kat Ampang. Jadinya tinggal kami
berdua kat rumah.
Mak Iza call pagi tu ajak g ziarah
kakak sepupu baru pulang dari tanah suci Mekah.
Asalnya macam tak jadi sebab Darwisy
mula tak sihat dan meragam
lagi pun risau memandu sorang dari Sepang
ke Semenyih seorang diri.
Walhal dulu sorang2 drive jauh2 malam2 tak kisah pun.
Iye tak kisah sebab seorang diri, 
skrg ni dah ada anak haruslah utamakan keselamatan anak dahulu.

Ntah macam mana nekad hati nak jugak
pegi ziarah amek berkat sebab masa sebelum
kakak sepupu berangkat ke tanah suci dia
ada buat kenduri sket tapi Iza x dpt dtg
sebab sakit mata kan haruslah x pegi nanti
berjangkit pulak dgn tetamu yang ada.

Siap mandi dan pakaikan Darwisy baju semua,
terus gerak keluar rumah dalam kul 6.00 ptg.
Ingat nak ikut jalan biasa ke Semenyih iaitu ikut Kajang - Saujana Impian.
Tp hari tu berani kan diri ikut jalan 
Nilai - Pajam - Beranang.
Kali pertama ikut macam risau jugak sebab
jalan dalam / lama so bimbang apa2 jadi payah pulak.
Tawakal aje ikut papan tanda jalan.

Syukur sampai di Tasek Kesuma Semenyih sebelum 
maghrib dan Darwisy hanya meragam sekejap
dan tertido di dalam kereta.



Tumpang bergambar di kerusi ala2 dekat pelamin.
Nasib mood Darwisy ni okey.
Tapi sian die asyik cirit je.
Masa ni ibu tak delah risau sgt sebab cirit
die bagi ibu terkawal lagi. 



Sebelum balik tu Kak Long n Abg Long ada
bagi cenderamata dari tanah suci Mekah,
paling terharu diorang bagi ready-made serban ni
tuk Darwisy. Alahai. Tersentuh hati ibu bila pakaikan kat Darwisy.
Tapi mood tak berapa elok,
menangis la sebab tak suka.


Cubaan nenek untuk pujuk Darwisy tidak berjaya.
Lagi nangis kuat ada lah.
Lagi pun sejak kena orang ni Darwisy 
pandai tak nak ngan orang.
Bergantung pada mood la, selalunya
kalau baru bangun dari tido die akan semacam sket.

Balik dari rumah kakak sepupu dalam kul 10.00 malam
gerak dari Tasek Kesuma Semenyih. Tak berani
ikut jalan yang sama masa datang tadi.
Maka ikut jalan biasa keluar Saujana Impian-Kajang-Putrajaya.
Then call my yayang, ajak die g minum.
Pada hal Darwisy tgh nyenyak tido dalam kereta
selepas menangis kat rumah sepupu tu.
My yayang pulak terus masuk keje lepas habis
tournament futsal tu. Dapat tempat kedua katanya.
Tahniah ye sygku. Walau dah 3+ masih boleh
perform as a keeper. Hehehe.

Pastu dah sampai opis my yayang,
secara spontan ajak pegi Dataran Masjid Putra
sebab malam minggu mesti meriah aktivit keluarga kat sana.
Pegi2 memang penuh, parking sampai berlapis2.
Kejutkan Darwisy tak nak bangun,
last2 die bangun jugak sebab dengar suara abah.
Dan malam itulah kali pertama Darwisy
naik kereta kawalan jauh.


Hihihi. Muka ngantuk dan pelik agaknya.
Apa lah die fikir saat ni ye?
Pandai pulak tu tangan sebelah pegang stereng,
sebelah lagi pegang pintu kereta.


Ewah, dah pegang stereng dua2 tangan.
Tapi masih lagi muka pelik.
Mula bayar RM5 untuk 15 minit
pastu budak yang jaga masa tu datang kata masa dah tamat.
Tambah lagi RM5 untuk 15 minit.


Muka tiada perasaan T_T
Makin lama duduk makin ke depan.
Siap tongkat dagu kat stereng tu tak tahan
tapi ibu tak sempat snap gambar.


Korang boleh drive tapi pandang belakang?
Darwisy boleh tau, jangan memain.
Ok tipu, abah yang control sebab tu
dak kenit ni tak kisah ke kiri ke,
ke kanan ke, ke tengah ke, ke belakang ke.
Nanti boleh minta abah belikan satu
untuk hadiah birthday Darwisy yang pertama. ^_^

Dah habis masa terus anta my yayang
kat opis, Iza ngan Darwisy sampai rumah kul 
12.00 tengah malam. Bising kalau mak Iza tahu ni.
Bawak anak keluar malam2 dahlah drive sorang.
Oppssss!



Esok tu bangun pagi awal sebab
Darwisy subuh dah bangun, sebelum mandikan die
ibu nak pakai kan ready-made serban yang
Mak Long & Pak Long Semenyih bagi.


Cair hati ibu tengok Darwisy cenggini.
Walau tak berbaju.
Moga berkat haji dan hajjah Mak Long dan Pak Long
Semenyih, Darwisy juga akan menunaikan haji
pada usia yang muda. Amin ya rabbal'alamin.
Ibu doakan.


Kepada Kak Long Shida & Abg Long,
terima kasih banyak di atas cenderamata yang diberi.
Moga Kak Long & Abg Long sentiasa dilimpahkan
umur yang panjang lagi berkat, 
kesihatan yang baik lagi berkat,
keluarga yang bahagia lagi berkat,
dan pelbagai nikmat hidup yang bermanfaat.
Tahniah juga kerana mampu bergelar haji dan hajjah
dalam usia yang muda. Doakan kami dan ahli keluarga yang
yang lain dapat menjejakkan kaki di tanah suci Mekah. 



Sesi mandi buih dalam sinki di dapur aje.
Ibu malas nak siapkan air mandi Darwisy dalam 
bath tub di bilik air sebab ibu sakit pinggang.
Mujur Darwisy bersusuk tubuh kecil seperti ibu
maka senang keje ibu sebab Darwisy masih 
muat duduk dalam sinki.


Darwisy tak heran dengan bola tu ye,
die lebih heran dengan air dan buih.
Sinki belah kiri ni memang Iza pastikan betul2 bersih
sebelum mandikan Darwisy.
Dan kurangkan aktiviti membersihkan bahan makanan.
Dah pesan kat my yayang siap2.


video

Video dak kenit main tepuk2 air masa mandi.
Memang ibu bising lah ye sebab habis terpercik ke lantai.
Sudahnya ibu buat aktiviti mengemop lepas selesai
pakaikan Darwisy baju.
Kalau tak ntah bila lah ibu nak mop lantai dapur kan?
Mood malas melanda. Hiks. TQ wahai anak.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^ 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails