click this to be awesome person

Thursday, 20 November 2014

Tentang Kesihatan Darwisy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Minggu ni Iza jadi sedikit emosi sket,
mana tak emosi bila ianya berkaitan dengan anak.
Darwisy tak lah sakit, alhamdulillah sihat dan normal.
Tetapi perkataan normal tu jadi tak normal
bila balik dari check-up dan follow up check up
9 bulan baru2 ni. Okey Iza memang tak selalu pun
share pasal berat, ketinggian dan BMI Darwisy.
Sebab check-up yang sebelum2 ni memang
semuanya mengikut kehendak di dalam buku biru Darwisy.

Tapi check-up terbaru ni amat membimbangkan Iza
sebab berat die naik 600 gram shj
dan tinggi pun hanya naik 1 cm.
Berat Darwisy terbaru hanya 6.9 kg T_T
x cecah 7 kg pun, dan tinggi 65 cm.
Kedua2nya dah masuk graf merah.
Untuk menyedapkan hati Iza bersangka
mungkin yang Darwisy tak sihat kena cirit-birit
seminggu lebih bercampur dengan demam panas
on-off tu telah menyebabkan berat die menurun.

Dan doktor serta jururawat bersependapat
dengan itu. Lega sedikit. Tapi yang tak bestnya doktor
kata tumbesaran die tak mengikut usia die
skrg dah 9 bulan. Perkembangan die okey,
walau baru 9 bulan dah pandai tepuk tangan bila
Iza suruh or nyanyi "tepuk amai-amai",
boleh melambai bila cakap "bye-bye",
boleh duduk sendiri, boleh memanjat
dan tumbuh gigi dua batang. Juga doktor
kata Darwisy sangat aktif.

Satu lagi yang merisaukan juga,
batuk + kahak Darwisy susah nak surut.
Iza dah amalkan tepuk percussion,
spray sterimar, buat steam wap,
sedut guna alat penyedut tu tapi kalau
cuaca dingin ke atau musim hujan mesti 
Darwisy cepat kena batuk + kahak tu.
Dan yang paling tak best bile dah batuk teruk
die mudah muntah dgn mengeluarkan balik apa yang
die dah makan + menyusu.
Malam tadi dua kali die muntah,
walhal baru makan cerelac dan menyusu.

Bila dah muntah memang Darwisy akan
menolak untuk menyusu balik mungkin serik.
Tapi kadang Iza paksa jugak sebab kesian perut
kosong tapi ligat lagi main dan melasak.
Selalu ayat doktor, tak macam demam pun Darwisy ni
aktif je boleh senyum2. Sebenarnya itu lagi merisaukan
Iza sbg ibu sebab kita payah nak kesan die sakit
ke, x selesa ke, apa ke. Sebab tu Iza tido malam kerap 
terjaga sebab nak tengok die bernafas ke tak sampai
macam tu sekali sebab banyak kes baby meninggal dalam tido.
Mohon dijauhkan lah hendaknya.


Gambar pagi tadi kul 7.00 pun tak bangun lagi.
Selalu kul 5.30 pagi dah bangun kejut ibu.
Pastu xde pun bangun mintak susu macam selalu.
Selalu kul 2.00 / 3.00 pagi dah merengek nak susu.
Penat kot. Gerak bangunkan pun tak bangun buka mata.
Last2 dukung je masuk kete, sambung tido.


Dah dekat nak sampai umah pengasuh baru nak bangun.
Senyum2 buat muka manis die tu.
Terus ibu rasa berat hati nak tinggal Darwisy.
Sekarang ni ingat nak cuba tukar susu Darwisy
dan kena banyak cuba buat makanan pejal
yang lain. Kena olah2 lah resepi yang sedia ada
sebab dah nampak Darwisy ni agak memilih makanan.
Atau die kurang selera makan?
Atau jenis cepat jemu.

video

Ni aksi masa menunggu kat Klinik Kesihatan sementara 
tunggu klinik buka ibu pun buka lah seat belt die tu.
Sekali tengok die punya lasak macam mana.
Terus ibu jadi garang.


video

Yang ni semalam masa balik keje.
Kat traffic light area rumah,
punya tak menyabar nak bangun. Kadang siap menjerit
dengan muka penuh perasaan.
Kelakar lah, skrg klu hadap jammed balik keje pun ibu
tak kisah sebab ibu dapat luangkan masa dengan Darwisy.
Kalau para ibu ada petua ke tips ke untuk tambah berat
badan atau selera makan baby bawah 12 bulan sudi2 lah kongsi ye.
Maklumlah anak pertama ni kadang2 blur jugak. Hiks.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^




2 comments:

  1. Insyaallah takde apa tu. Yang Adli pulak badan dia tak seperti budak 2 tahun.Dr cakap macam budak 4 tahun.

    ReplyDelete
  2. > Mona Lea

    mudah2an la cc, sbb tak dpt susu bdn sepenuhnya kan. wah, adli abg long kawasan putra perdana.hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails