click this to be awesome person

Tuesday, 4 November 2014

Temu Duga Oh Temu Duga!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebelum nak kongsi cerita pasal Darwisy kena cirit birit
terlebih dahulu nak kongsi tentang temu duga dalam sektor awam.
Ni baru je balik dari Klinik Kesihatan Presint 3,
refer doktor kerajaan pulak tanya keadaan Darwisy.
Okey, rasanya ramai yang dah tahu yang GST akan dilaksanakan pada
April tahun hadapan.
Jabatan yang bertanggungjawab terhadap GST sepenuhnya 
adalah Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Disebabkan itu juga, JKDM memerlukan
pegawai2 baru bagi menampung keperluan pelaksanaan GST.

Maka setelah lebih 2 bulan lepas,
jumlah calon yang berjaya dipanggil untuk menduduki exam online
adalah sebanyak 80k.
Calon yang berjaya menjawab 30k.
30k ni juga yang dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga
yang dijalankan bermula 7-27/10/14.
Pengambilan kali ni amat istimewa kerana tiada sesi
ujian dan pemeriksaan fizikal juga
tiada PAC juga. Amatlah beruntung jika calon berjaya
melepasi temu duga.

Iza salah seorang dari calon tersebut
dan malangnya bukan rezeki keputusan telah dikeluarkan
oleh pihak SPA semalam melalui laman sosial FB SPA.
Setelah tidak berjaya temu duga bagi jawatan 
Penolong Penguasa Kastam Gred W27 sekali lagi
tidak berjaya bagi jawatan Penguasa Kastam Gred W41.



Untuk yang W27 ni calon yang dipanggil 5k setelah
melepasi exam online juga.
Kekosongan jawatan 30 dan 100 bagi calon simpanan.
Persaingan amat sengit dari 5k calon
dan yang akan berjaya 130 termasuk calon simpanan.



Yang ni status baru berubah pagi tadi.
Semalam Iza semak belum lagi.
My yayang, my mum, MIL dan semua
kata belum rezeki. Semua bagi semangat untuk
cuba lagi. Ramai tanya nape tak minta PTD?
Iza hanya boleh bagi jawapan kurang minat.
Lebih minat kepada uniform.


Untuk status simpanan lantikan jawatan 
EO pula tak tahu bila akan dipanggil
bagi mengisi kekosongan jawatan.
Perlu banyak bersabar.



Lepas ni perlu fokus untuk temu duga jawatan
Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27 pula.
Selalu kalau status urusan melepasi syarat-syarat semasa
yang ditetapkan oleh Suruhanjaya ni sama ada
dipanggil ke temu duga terus
atau perlu melalui ujian dan pemeriksaan fizikal terlebih dahulu.
Moga kali ini rezeki berpihak pada Iza dan keluarga.


Kebanyakkan jawatan yang Iza mohon 
lebih ke beruniform.
Nampak sgt memang minat di situ. 



Yang Gred 41 pun sama jugak.
Bukan tak bersyukur dengan kerja sedia ada,
tetapi bila kita dah usaha menaiktaraf
pendidikan kita dalam masa yang sama
kita pun inginkan peningkatan dalam kerjaya kan?
Lebih2 lagi kos sara hidup kian meninggi,
tak salah untuk usaha lebih.
Apa pun, doakan kejayaan buat Iza ye.
Thanks.

**Terima Kasih Kerana Membaca**


^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails