click this to be awesome person

Monday, 10 November 2014

Susun Atur Rak Baju Anak Lelaki - Konsep Almari Terbuka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Minggu lepas adalah minggu mengemas
dan menyusun atur. Sebenarnya memang lama
dah nak buat bilik khas atau ruang khas untuk
baju dan barang keperluan harian
dak kenit tu. Tapi disebabkan sibuk dengan rutin harian
dan sibuk dgn menjaga Darwisy yang kena cirit birit
tu terus lupakan niat tu. Tak kisah dah rumah bersepah ke
apa yang penting anak diberi penjagaan rapi 24 jam.
Bayangkan lah sampai tido pun x boleh lena sebab risau
kalau tgh tido anak sakit tapi ibu tak sedar.
Sungguh risau dan gelisah.
Skrg walau pun cirit Darwisy dah berkurang tetapi
masih ada, najis die pun x normal lagi.
Maka itu bukan tiket untuk Iza tarik nafas lega.
Sebab skrg ni musim penyakit rota virus melanda
bayi2 dan kanak2 kecil. Moga dijauhkan lah 
dari Muhammad Darwisy.

Asalnya nak buat dekat bilik belakang aka bilik tetamu
tapi memandangkan rumah Iza ni selalu
keluarga datang bertandang tak jadi la.
Nanti kalau ada tetamu dalam bilik tu
takkan asyik nak keluar masuk amek brg Darwisy.
Dah ganggu privasi tetamu dah walau pun
ahli keluarga sendiri.
Maka Iza buat dan korbankan sedikit ruang
dalam bilik utama ni untuk susun atur barang Darwisy
menggunakan rak murah 3 tingkat.


Sebelum ni baju2 Darwisy simpan dalam almari berlaci
tapi sebab dah tak muat sehingga kan kena guna
bakul extra maka tercipta dan terhasil spt dalam gambar.
Asing kan siap2 baju lengan pjg + seluar pjg, lengan pendek + seluar pjg
satu bahagian. Senang kalau Iza tak de ke my yayang
boleh take over tu dah siap label lagi.


Bahagian tengah baju lengan pendek + seluar pendek
dan rompers. Tu lipat dah elok susun pun dah elok
tapi bila Darwisy muntah so kena salin baju tu yang
habis main tarik je. My bad. 


Bahagian ketiga segala t-shirt lengan pendek + lengan panjang
dengan seluar pendek + seluar panjang.


Yang ni rak bahagian bawah.
Selalu rak ni orang guna menegak, tapi Iza melintangkan.
Bahagian kiri sekali letak kain lampin dan tuala Darwisy,
terlindung pulak dengan box kat depan tu. Sebab tuala
dan kain lampin jarang guna takpe kalau tertutup macam tu.
Ruang tengah segala toiletries Darwisy.
Bahagian ketiga kanan sekali letak diapers Darwisy.
Box yang transparent tu Iza letak kasut2 Darwisy,
stokin2, handkerchief2, bib2, topi2 dan segala yang
boleh sumbat dalam tu. Pastu tagging / label. 


Tengok lah pembantu kecil Iza ni sibuk die nak tengok
apa yang ibu die susun atur.
Ni die dah aktif sket berbanding beberapa hari lepas
melepek aje tak sedap badan.
Tenang lah sket hati bila tengok Darwisy
aktif balik. Tapi kang datang tak sedap bdn die
cirit semua mula la moody balik T_T



Pandangan dari atas katil
baru dapat capture sebegini.
Bilik x berapa nak besar kan.


Darwisy pun teruja tengok.
Mengekek die gelak, walhal die suka tengok
beg dengan frame gambar die tu.



Yang rak ni kalau ada yang perasan sebelum ni Iza 
letak dan susun atur tudung / shawl tapi bila dah bosan
tak tau nak letak apa jadi lah macam dalam gambar.
Baju jalan Darwisy yang sebelum ni Iza tumpang
gantung dalam almari bilik tetamu Iza keluarkan
balik dan gantung kat sini.
So baju dan barang2 Darwisy dah xde bersepah 
kat bilik lain, semua yang nak guna ada dalam bilik
abah dan ibu. Takpe kan Darwisy share bilik 
ngan abah ibu. Hihi.



View keseluruhan ruang khas untuk arjuna hati ibu.
Abah cakap macam masuk butik baby.
Macam nak g shopping baju.
Hiks. Abah suka sebab ibu berjaya menggunapakai
rak murah tu dan jadikan nampak kemas 
dan sedap mata memandang.


Selamat datang ke Darwisy's Boutique.
Hihi. Ni esok kalau dah pandai berjalan memang die 
tolong kemas lah ni. Skrg pun dah pandai
mencapai dan memanjat. T_T


Encik Dino menjaga butik ini
supaya dapat memantau sama ada butik ni
selalu diganggu atau tak oleh dak kenit. Hiks.


Okey, ni macam nak pengsan bile snap gambar ni.
Iza dah la tengah mengemas rak berlaci die 
pun sibuk nak mengemas. Tapi biarlah
die buat sepah dari die menangis dan tak aktif kan?


Sudahnya penat dan battery tinggal nyawa2 ikan.
Maka terdampar lah dak kenit ni seorang diri.
Oh, ada yang tanya Iza x takut berhabuk ke
baju2 anak sebab buat konsep open wardrobe tu.
Jawapan Iza mudah je, hati ibu mana yang sanggup
biar baju2 anak yang dibeli dengan susah payah 
untuk dibiar berhabuk. Dah jadi ibu ni kena rajin selalu.
Bagi Iza biar penat sket tapi bab mengemas tu 
kena lah ada. Bukan kena bersihkan habuk tiap hari.
Tengok lah keadaan kan. Kita yang urus masa kita sendiri.

Insya'Allah sempat. Tapi kalau risau sgt berhabuk
boleh buat tirai untuk tutup.
My yayang pun ada cadangkan beli rail kat ikea tu
then beli ala2 toilet curtain tu utk tutup.
Tapi tu nanti2 lah. Yang penting sedap mata memandang.
Kelebihan open wardrobe adalah, 
korang pantang tengok isi dalam wardrobe tu bersepah
sebab sakit mata kan? kan? hehehe.
Kalau close wardrobe ni kadang tak kisah sgt
sebab tak nampak, ianya terjadi pada pengalaman 
Iza sendiri. Sebab tu Iza mengaku dan bercakap
atas pengalaman sendiri. 
Okey setakat ni dlu perkongsian susun atur dari Iza.
Lain orang lain cara nya,
biar tak mewah dan tak mahal yang penting
ianya kemas dan dari sumber yang halal.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


4 comments:

  1. saya pun suka open macam ni.
    buat kita maintain kemas.

    thun depan baru nak buat.
    In shaa Allah.

    Bila buat open mcm ni, mesti org tya psl habuk kan?
    Kalau hari2 guna baju tu, sempat berhabuk ke baju2 tu, saya rasa mcm tak ada masalah besar sgt psl habuk ni.

    Yg penting kita suka begitu, yeh!

    ReplyDelete
  2. > NabilaHasyim.
    yeay! kite geng! tulah, lain org lain citarasanya. Bile buat open gini rasa lagi smgt nak mengemas, nak bg selalu nmpk kemas kan? Kalau nampak something wrong je cpt2 nak betulkan. Ini kan habuk? hihihi. Best of luck dear n tq for dropping here. ^_^

    ReplyDelete
  3. Singgah sini, tengah mencari idea susunatur almari anak..tq for sharing ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sudi singgah. moga ada yang boleh dimanfaatkan. hehe..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails