click this to be awesome person

Friday, 14 November 2014

Susun Atur "Pakaian Kecil/Dalam" + Stokin


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entry ni sebenarnya boleh dikatakan entry
bersambung dari entry susun atur rak baju muhammad darwisy
sebab hujung minggu lepas merupakan
aktiviti mengemas dan menyusun atur pakaian
dan rak almari yang berkaitan dalam bilik utama
iaitu bilik tido kami tiga beranak.

Asalnya almari berlaci 4 ni Iza dah hampir2
let go dlu masa nak pindah rumah kuarters
ke rumah DSQ. Tapi berkat sentimental value tu
menyelamatkan almari ni. Yelah, almari ni my yayang
guna dari zaman die bujang tapi die bukan letak baju
sebaliknya himpunan segala brg2 yang macam2 tu.

Maka Iza telah transform almari ni jadikan
almari untuk letak pakaian kecil bahasa sopan.
Bahasa x brp sopan pakaian dalam. Hiks.


Laci pertama memang dari dulu memang
dah jadi milik my yayang untuk letak segala
pakaian kecil die dan juga stokin.
Hari tu terlebih rajin, Iza siap buat partition
guna plastic foam yang Iza cari di dalam bilik serbaguna.
Nasib x buang lepas buat photo booth props.
Ada kegunaanya skrg. Taklah nak membazir.
Partition kiri stokin kerja, tengah stokin / padding 
untuk bersukan, kanan seluar kecik. ^_^
Yang penting kat luar laci siap tagging nama
my yayang supaya tak silap tarik laci.
Iza guna black board sticker dan paint maker.


Laci kedua milik Iza la.
Sama jugak ada 3 partition.
Partition kiri tu stokin,
yang tengah dan kanan tu fhm2 lah siap blur kan gambar 
tapi nampak jugak kan? Hiks. Malu.
Tapi Iza baru terfikir bagus jugak buat tagging macam ni
tau sebab seingat Iza masa Iza kena warded
suatu ketika dlu my yayang mcm blur tak tau 
kat mana nak amek baju untuk bawak g hospital.
Yelah dalam keadaan panik dan tiba2 kan
mesti fikiran celaru. Rasanya tagging ni membantu 
juga lah, pendapat peribadi.



Laci ketiga dahulunya milik dak kenit tu,
sebelum ni Iza letak baju2 harian dan basahan die.
Tapi bila dah semakin pack rasa tak best.
Dan lagi tak best bila tak muat langsung.
Maka Iza keluarkan baju2 basahan Darwisy dan gantikan
untuk letak tudung2 bawal dan ada sikit 
tumpang shawl. 


Laci keempat pun sama sblm ni letak
baju jalan Darwisy, skrg dah jadi tempat letak
shawl. Insaf jap bila tengok koleksi tudung/shawl banyak camni.
Belum campur tudung awning. Tudung awning Iza jarang pakai
maka Iza letak dalam storage box tertutup.
Esok rasa ada mood nak pakai baru lah buat susun atur lain.


Ingat ke muat nak sumbat inner tudung dalam
laci ketiga dan keempat rupanya tidak.
Jadi menggunapakai bakul rotan ikea ni untuk
sumbat gulungan segala inner neck, turtle neck, 
inner magic dan semua la. Nasib muat kesemuanya.
Then Iza letak bakul tu tepi almari berlaci.
Ada ruang kosong celah almari dan katil.
Duduk lah situ diam2 ye.


Almari ni asal warna plain putih dan coklat.
Tapi gatal tampal wallpaper Kaison.
Sudahnya tak cukup satu laci.
Hihihi. Dah pegi banyak kali nak beli
untuk top up tapi memanjang habis.
Jadilah sedemikian rupa. My yayang gelak kan aje.
Lepas dah mengemas semua tu bila
ada je benda yang menganggu pemandangan mata
mesti nak cepat2 betulkan.
Hiks. Nasib la my yayang asyik kena
"warning" aje ngan Iza. Hahaha.
Isteri die dah diserang "virus" mengemas dan susun atur.
Lepas ni Iza share susun atur
bilik tetamu pula ye.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. rajin... lin beli devider kat cosway je...

    ReplyDelete
  2. > Allene
    hehe, hjg mggu lepas mood rajin terlebih. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails