click this to be awesome person

Tuesday, 18 November 2014

Susun Atur Bilik Kecil Untuk Tetamu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah lama nak share pasal bilik tetamu ni
tetapi asyik tertunda disebabkan macam2 
benda yang jadi saat akhir.
Asalnya kedudukan cermin, rak dinding ikea dan
ampai gantung sejadah tu bukan seperti
di dalam gambar. Dah penat mengemas dan
ubah kedudukan apa yang patut
baru sedar gambar sebelum tak snap.
Ni semua disebabkan keterujaan melampau
semasa dalam "mood" mengemas + susun atur. 


Cadar dan comforter baru salin,
sebelum ni biar je cadar yang lama tapi
disebabkan tengok dah tak semenggah gagahkan
diri dan rajinkan diri untuk tukar.
Tang nak basuh tu takde masalah sebab mesin yang
basuh kan? Nak sidai + lipat slps dah kering
tu punya lah liat macam apa je rasa. My bad.
Banyak sangat bantal kat atas katil tu,
asal ada 2 bantal je yang lain simpan dalam storage bag
tapi bila family Iza / law family
datang bertandang asyik nak keluar-masuk bantal
dari storage bag tu. Lama2 esok leh rosak zip tu.


Warna orange + brown ni memang Iza yang pilih.
Buat design ni pun Iza yang buat.
My yayang dah surrender sebab tak larat nak main
dengan cat katanya. Takpe, disebabkan Iza yang 
bersemangat dari awal kena lah habiskan sampai ke
penghujungnya. Memang rasa x best bile mengecat sorang2. T_T
Tengok line pun tak lurus. Takpelah pejamkan mata je.
Cermin dan rak di dinding tu asalnya bukan di situ tempatnya.
Then minta my yayang untuk drill dan gantung di situ,
malangnya my yayang memanjang sibuk.
Amek inisiatif drill sendiri pelan2.
Bergegar sampai ke otak ku rasa.
Tapi okey la, boleh jugak drill 6 lubang dan
bila dan dapat hasilnya tersenyum puas.
Suami balik muka tak berapa terkejut
sebab dah faham perangai isteri die
bile dah dikuasai "virus" tak menyabar
mengemas + susun atur semua boleh jadi. Ngeee.


Tang sini tak berapa nak sedap mata memandang.
Asalnya cermin + rak dinding tu sebelah almari ni,
tapi nampak pelik dan susah pulak
Iza tengok tetamu nak bersiap.
Yelah kat situ lah pintu laluan keluar-masuk,
kat situ lah orang nak bersiap menghadap cermin.
Maka dialihkan. Lubang yang ada tu Iza tutup 
dengan double-sided-tape
tapi x tanggalkan pun plastik putih tu so
nampak lebih kurang sama macam warna cat dinding.
Lubang yang lain Iza gantikan dengan gantung jam
dan penyangkut yang comel yang dibeli di Kaison.


Belakang pintu memang ada
2 penyangkut untuk sangkut baju
or tuala. Tu tuala yang dah diguna Iza x basuh lagi.
Hihi. Memang ada sediakan tuala khas tuk 
family/tetamu kalau datang bertandang kat rumah.
Bilik ni pun dekat ngan toilet belakang.
So sangat sesuai lah kan?
Ada rezeki esok boleh tambah belakang
dan buat bilik lebih kurang besar bilik
ni untuk jadikan bilik Darwisy, Insya'Allah.


Bilik tetamu memang Iza tak nak letak banyak sgt
barang / perabot sebab bilik ni pun sedia ada
ruang kecil so okey lah kan.
Ruang yang ada boleh buat ruang solat.
Syukur juga arah kiblat di rumah ni
senang untuk Iza menyusun atur.
Akan diberi penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Ingat dinding yang warna putih tu nak cat juga
tapi tunggu lah datang ilham.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. bergegar sampai ke otak yang tak tahan tu... agagaga

    ReplyDelete
  2. > Suri
    hahahhaa. tapi memang rasa gegaran die kejap. rasa kebas mcm kena bius je, haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails