click this to be awesome person

Monday, 10 November 2014

Rak Murah 3 Tingkat

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jumaat lepas sebelum balik rumah ajak my yayang
ke Alamanda sebab nak cari barang Darwisy.
Nak beli wipes tissue pureen je sbnrnye
sebab dah nak habis stok die.
Bile masuk Aeon Big terus pegi ke bahagian 
barang dan keperluan baby.
Tapi malangnya sudah habis yang ada
jenama lain yang Iza memang tak pernah pakai.
Iza kalau dah serasi satu jenama memang akan
jadi pengguna setia jenama tersebut.
Lagi pun kulit Darwisy ada sensitifnya.
Kena jaga. Nak2 skrg cirit birit so penting
untuk kekalkan kebersihan dan kesihatan kulit
di bahagian sulit tu.


Bila dah tak ada brg yg dicari,
saja lah belek risalah promosi Aeon Big ni.
Kot lah ada yang menarik hati lagi sesuai dengan bajet
boleh dibeli kan? Walhal my yayang dah ajak
balik katanya takut Iza terjebak.


Sambil belek2, ternampak rak yang memang Iza tengah
mencari untuk buat projek susun atur baju Darwisy.
Tengok harga RM15.90 satu.
Terus ajak my yayang pegi tengok display nya tapi xde.
Staff situ kata yang ada dalam kotak.
Setelah memujuk my yayang dan membentangkan
usul serta hujah yang bernas my yayang setuju.
Mula nak angkut 3 sekali tapi
my yayang kata amek 2 je dlu. Iza terpaksa akur.


Rak beroda yang warna hitam tu pun murah.
Adoi geram. Tapi bila fikir takde keperluan mendesak
so boleh abaikan buat masa ini.


Hah ni lah die.
3 tier storage shelf.
Selalu kalau tengok kat mana2 mall 
harga mesti lebih RM30 untuk seunit.
Ni RM15.90 gile tak nak grab?
Paling murah Iza jumpa harga macam ni.
Igt dlm minggu ni kalau g ada lagi nak beli la.


Keluar dari Aeon Big hati gumbira sgt.
Layan dak kenit ni main kereta goyang2.
Tapi kejap je sebab masuk coins RM1 aje.
Darwisy excited memulas stereng.


Naik kereta merah pulak.
Abah ada amek video tapi nanti2 lah
ibu upload kat sini sebab ibu malas.
Balik rumah tu terus je angkut brg2 dari kete 
masuk rumah. My yayang xde keje sebab ada event.
Masa dalam kereta Darwisy tido lena,
sampai umah je die bangun.
Adeh, sure ada "pembantu" masa sesi pemasangan
rak ni nanti.


Dah siap pasang kedua-dua rak ni tengok ada pelekat 
bulat2 ni. Dalam hati tanya untuk buat apa ni?
Tagging ke? Pastu terpandang budak kenit aka "pembantu"
sejati tu tengah membelek bahagian tepi rak.


Owhhhh! Very clever, ibu pun tak tahu kena tampal
kat situ. Good job sayang ibu. Sel otak kamu sedang berhubung.
Hihi. ^_^ Sebenarnya dah banyak kali die asyik 
usik lubang yang dah disumbat dengan skru tu.
Tapi sebab Iza tak nampak lagi sticker tu maka abaikan.
Kamu buat ibu belajar byk benda syg.
Belajar mcm mana nak buat kerja dgn cepat
sebab kamu pun sgt berminat nak membantu.


Nampak tak sticker yang dah ditampal tu?
Makanya tak nampak dah la skru tadi.
Iza ni sgt jarang pasang benda2 gini tengok 
arahan bergambar yang diberi. 
Selalu go thru pasang, kalau jadi lega.
Kalau tak jadi baru refer manual. Hihi.


Tadaaaa!!! Dah siap pasang dah.
Kan best kalau ada 3 semuanya.
Tapi dah dapat 2 pun sudah bersyukur.


Dak kenit ni memang suka sgt tau inter-frame.
Macam tahu2 tu rak tuk letak baju die.
Bijak sgt dah ni.
Bukan main luas mulut tu senyum.
Apa pun ibu ucapkan terima kasih sebab 
menjadi "pembantu" yang baik.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^





4 comments:

  1. > Allene
    TQ aunty, doakan sy pandai berjalan pulak boleh "bantu" ibu lebih lagi :)

    ReplyDelete
  2. wah..murah tuu....nak cari gak la..heee

    ReplyDelete
  3. > iduraz
    hehe. tulah murah kan? sila2 g cari cepat. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails