click this to be awesome person

Friday, 28 November 2014

Persiapan Pakej 3 In 1 Majlis Perkahwinan Fendi & Elyn 29.11.2014


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah dua tiga hari ni pinggang rasa sakit sgt.
Badan pun lenguh2 sebab gara-gara all out
buat persiapan untuk pakej 3 in 1 majlis customer ni.
Mulanya nak tolak sebab dapat tahu pun dari kawan 
Politeknik Tg. Malim, die kata kawan die memang
nak sgt buat candy buffet + photo booth + guest book.
Cerita asalnya bakal pengantin dah booked awal dgn org
lain tapi mungkin xde rezeki dibatalkan saat akhir.

Iza pun lepas dapat text dari kawan poli tu terus
tanya my yayang. My yayang kata terpulang kalau 
rasa mampu nak buat persiapan kurang dari 3-5 hari 
terima jelah. Kalau x mampu tolak awal 
sebab x elok buat orang mengharap.
Ditakdirkan rezeki Darwisy Iza kuatkan semangat
buat semuanya dengan cepat. Walau masa suntuk
tetap nak cari yang terbaik dan bagi servis 
yang terbaik pada customer. Hinggakan semalam pun
singgah Mr. DIY kat Warta Bangi cari lagi barang
yang perlu untuk majlis ni nanti.


Tengoklah Iza ada pembantu kenit.
Die sungguh rajin dan beri komitmen yang sungguh tinggi.
Susah nak cari pembantu yang keje tanpa gaji macam ni.
Hanya perlu bagi susu dan solid food je.
Itu pun kdg2 die pentingkan keje dari makan (walhal xnak makan).
Bersyukur Iza sebab dianugerahkan pembantu kenit ni.
Nangis ibu bila clip yang kecik2 tu die sepahkan campak sana sini T_T


Sampai tak cukup meja makan kat depan,
meja makan kat dapur pun jadi mangsa.
Sebab serabut sgt Iza letak sini dlu
untuk mana yang dah siap tambah itu ini.


Terus rasa nak buat majlis diri sendiri dengan my yayang
sekali lagi sebab rasa comel dan romantis je perasaan menunggu
saat bahagia. Sebab tu Iza minat buat keje macam ni. 
Sambil buat sambil berangan.
Dan bayangkan kita punya majlis,
barulah kita ikhlas hati nak bagi yang terbaik. Insya'Allah.


Semoga Elyn dan Fendi suka dengan 
semua yang telah disediakan oleh Iza.
Ini je yang mampu sebab masa amat suntuk.


Perkataan syukur mengakhiri helaian terakhir
di dalam buku tetamu mereka ni. 


Leka sgt buat semua ni sampai Iza tak sedar
yang Iza x makan lagi. Mula lah perut masuk angin.
Pastu mula lah pening kepala semua.
Apa pun kena teruskan sebab bila dah 80% siap
baru Iza lega sket.


Pastu take a break kejap melayan pembantu kenit
yang perlukan hiburan.
Jadi ibu pun ikutkan aje.
Nanti die mogok buat konsert "nyanyi" tak berhenti
lagi ibu susah nak buat keje.


Dah pandai nak menolak kerusi ni.
Sebelum die sempat berpaut kat kerusi ni dah jatuh.
Nasib tak hempap muka.
Sudahnya ibu duduk kan die atas ni 
bukan main riang ria hati die.


Okey, sudah2 lah berhibur wahai dak kenit.
Ibu banyak keje nak buat lagi.



Pergi dapur nak amek air pastu ternampak
alas papan letak kek masa celebrate bithday mak mggu
sebelum tu. Entry tu pun Iza tak buat lagi ye.
Betapa sibuknya lah hai. Ingat lagi mak kata, papan alas 
kek tu jgn buang simpan nnt leh guna buat pape.
Memang Iza dah guna kan jadi seperti di atas. 
Balut ngan wrapping paper, letak reben keliling
then tampal black board sticker dan itu lah hasilnya.


Ni malam tadi gak ubah suai sket untuk back drop 
photo booth. Asalnya nanti Iza tunjuk dalam entry akan 
datang lah ye.


Malam tadi jugak cucuk marshmallow ni bagi
jadi seperti itu. Mak ai lenguh pinggang ni hah.
Rasa nak meletop aje rasanya. Tu pun ada lebih
yang tak dicucuk sebab lidi habis.
Dapat 150 cucuk aje.


Cereal dispenser ni beli dah lama tapi tak pernah guna.
Beli sebab murah. Gile terpedaya ngan harga Iza ni.
RM45 ke RM50 ntah. Lupa2 ingat.
So apa yang boleh letak dalam ni sumbat je.
Malam tadi jugak mop rumah sebab rasa macam
tak sedap je tapak kaki ni pijak lantai.


Selesai semua kerja letak semua barang yang
diperlukan satu tempat supaya tak ada brg yang tertinggal.
Tempat tu boleh tahan jauh 3 ke 4 jam jugak lah dari
rumah kami ni hah. So balik keje jap g Iza dah kena 
mintak my yayang angkut masuk kereta siap2.
Esok pagi kul 5.00 kami dah kena gerak 
sebab tak nak sampai lambat.
Doakan perjalanan kami selamat
dan urusan kami berjalan lancar ye.
Tbe2 rasa kalau ada kereta 4WD kan best.
Seronok je angkut barang tak pun Grand Livina.
Haha. Sila berangan dan bersyukur dengan apa yang ada.


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails