click this to be awesome person

Monday, 24 November 2014

[Homemade] Stok Ayam For Baby

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jumaat lepas balik keje je terus ajak my yayang
singgah pasaraya Darussalam kat P9 area rumah
kuarters lama dulu. Sebab nak beli pampers Darwisy dan
barang / lauk basah sket. Cadangnya nak buat stok ayam.
Nak buat apa stok ayam?
Nak cuba untuk variasikan dalam makanan
pejal Muhammad Darwisy. Sebelum ini Darwisy
memang taknak makan sgt bubur yang Iza buat.
Segala macam dah letak dalam bubur tu.
Pelbagai versi ibu mencuba apakan daya
masih belum mampu menarik minat arjuna ibu.

Walau pun dapat rasa Darwisy macam susah nak makan
walau ada stok ayam ibu kuatkan semangat moga
Darwisy berselera makan.
Beli ayam seekor. 
Beli lobak merah.
Beli unsalted butter.
Dan beberapa bahan lain yang diperlukan seperti
di dalam gambar2 di bawah.



Panaskan periuk dengan sedikit potongan kecil
unsalted butter. Kenapa pilih butter yang xde garam?
Sebab untuk baby bawah 1 tahun memang tak digalakkan
atau tidak disarankan letak bahan perasa dalam makanan mereka.
Boleh gantikan minyak zaitun selain unsalted butter.
Tujuan letak minyak zaitun / butter supaya ada sedikit
lemak di dalam makanan mereka supaya dapat 
menaikkan berat badan bagi baby yang kurang berat badan
seperti Muhammad Darwisy. 


Bahan untuk ditumis sehingga naik bau.
Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih (rempah),
Bawang besar,
Halia,
Bawang putih,
Lobak merah.


Inilah bahan utama yang diperlukan.
Ayam, Iza amek bahagia yang bertulang
dan ada kulit serta lemak sedikit.


Tumis rempah dulu,
dah naik bau sket masukkan halia,
bawang putih tumis lagi sehingga naik bau wangi
yang sedap. Kalau tak sedap x dpt nak tolong ye. ^_^


Masukkan hirisan bawang besar tadi.
Gaul sebati. Api tak perlu terlalu besar.
Mencukupi sedang2 aje.


Setengah orang masukkan air dlu,
baru masukkan ayam dan lobak merah.
Tapi Iza masukka ayam dan lobak merah
bagi kacau sebati sket dengan rempah tumis semua,
bagi macam ayam dah separuh masak sket baru Iza 
tuangkan air masak.


Seeloknya gunakan lah air yang bertapis sebab
nak dicampurkan dengan makanan bayi kan?
Makanan bayi ni perlu jaga kebersihannya sebab
nanti kalau baby sakit perut ke cirit birit ke kesian lah pulak.
Oh macam ayam tu Iza basuh guna tepung sket supaya
hilang bau hanyir ayam.
Boleh tutup periuk dan biarkan api kecil sedikit,
reneh sehingga isi ayam tertanggal dari kulit
dan lobak merah lembut. Boleh tambah air jika
air dalam periuk makin berkurang. Jangan sampai hangit.
Iza buat dalam 3 jam. Sebab nak bagi betul2 dapat stok ayam tu.
Bila dah dapat tu boleh la simpan dalam freezer
ikut keperluan korang. Macam Iza bila dah buat beras sangai 
untuk Darwisy nak guna je stok ayam ni Iza
masak balik atas dapur dengan beras sangai yang dah dikisar halus.
Lebih kurang macam bubur lah cumanya beras tu kita goreng
tanpa minyak dalam frying pan dan blend bagi jadi halus.
Tapi agak mendukacitakan bila Darwisy tak minat nak makan.
Makanya ibu kena cuba resepi lain.
Jadi ibu ni kena banyak mencuba demi
kesihatan dan perkembangan si anak.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

4 comments:

  1. Macam adli dulu saya buat puree lobak, betik, labu, keledek, bayam buat campur dalam bubur. saya buat jenis kuib2. alhamdulillah. dia suka makan. lagi puree bayam dgn bubur campur dengan serbuk ikan bilis yang dah diblend.

    ReplyDelete
  2. > Mona Lea.

    Nak nangis bile kenang balik kisah puree ni. Puas dah buat masa die umur 6 bulan sampai 8 bulan. Die tak suka. Mungkin jenis yang xsuka mkn kot Darwisy ni. T_T

    ReplyDelete
  3. oooo.susah jugak mcm ni zah. izzah kena cari apa yang dia minat

    ReplyDelete
  4. > Mona Lea.

    tu lah, ni hari2 google resepi tuk die.
    satu lagi perangai die jenis cpt jemu.
    tang situ lah cbrn nya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails