click this to be awesome person

Monday, 24 November 2014

[Homemade] Banana Smoothie Meal Shakes Untuk Naikkan Berat Badan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Iza sebelum ni banyak dah mencuba resepi
bagi memberi penambahan berat badan sebab berat Iza
memang payah nak naik. Asyik kalau timbang angka 45kg je.
Iza sedar memang ramai sgt org cemburu
dan siap kata untunglah makan banyak tapi
tak naik badan. Untung lah makan banyak tapi badan kekal
langsing. Atau untung lah dah kahwin, 
dah ada anak satu badan mcm anak dara.
Dan macam2 lah. Eh Iza punya BMI tak normal okey.
BMI yang normal adalah 19-26 tau.
Iza 18.5 yang mana under weight. T_T

Ni gigih usaha sebab nak kena pergi UKJK bagi 
interview imigresen Sabtu depan. Dan dalam masa yang sama nak
dapat BMI yang normal. Alhamdulillah selepas penambilan yang konsisten
Iza dapat naikkan berat 1kg so skrg berat 46kg.
Kalau badan kita metabolisme tinggi kita kena banyak
makan makanan yang tggi kandungan protein dan fiber.
Lebih sng kata banyak makanan serat tinggi la.
Kalau tak nanti asyik makan jadi baja je T_T.


Insya'Allah minuman ni akan jadi sebahagian dari 
diet seharian Iza. Eh bukan untuk orang yang nak naikkan
berat badan je tau, untuk nak diet pun amat dialu2kan sebab
rasa kenyang sgt. Bezanya korang kena amek sebelum makan.
Macam Iza nak naikkan berat kena minum selepas makan.

Bahan-Bahan Diperlukan:

Ais ketul secukup rasa
Oat secukup rasa
Pisang Berangan 4 biji, lebih lagi elok
Susu Cair
**Meal Shakes Shaklee

(Tiada Dalam Gambar)
Air gula sikit,
Hershey Chocolate Syrup.


Blend kan semuanya,
lebih elok blend pisang dengan susu cair
dahulu kemudia baru bahan lain.
Kalau suka manis sket boleh tambah madu.
Tapi bagi Iza ni pun dah cukup dah.



Lagi best bile nak minum tu
korang tuang sket chocolate syrup tu kat atas tum
memang rasa nikmat sgt2.
Ni kalau beli kat luar RM12 lebih satu cup okey.
Baik buat sendiri. Cuma kat luar takde letak
Meal Shakes Shaklee la.
Ni terbaik punya resepi tau.
Pagi tadi sebelum g keje Iza bantai minum
satu gelas tu sbb tak tahan sgt
teringat rasa kesedapan tu.
Ikut hati tadi memang kenyang tapi sebab nak
tambah berat badan makan sebungkus nasi lemak.
Target nak dapat 47 kg jadi lah.
Dah tinggi 156 cm. Jadi kalau buat pengiraan BMI
156 cm x 156 cm = 24366
47 kg / 24366 = 19.29.
Dah dapat BMI yang normal. Yeay!
Maka dengan itu Iza sarankan cara sebegini untuk
mereka yang nak tambah berat badan.
Kalau nak beli meal shake shaklee
dan nak konsultasi percuma boleh je dapatkan dari Iza.


Whatsapp / Text
016.778.6490 
atau ke
Pengedar Sah Shaklee Anda
untuk makluman lanjut.

** Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails