click this to be awesome person

Friday, 7 November 2014

Cirit Birit - Beralih Bulan / Keracunan Makanan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah hampir seminggu ibu risau tentang
Muhammad Darwisy yang memanjang cirit aje,
maka hari ni Iza nak kongsi sedikit dengan readers
yang ada anak kecil spt Iza.
Semalam adalah hari yang paling mencemaskan buat Iza
sebab bangun pagi Darwisy tak seceria spt selalu.
Selalu kalau bangun awal pagi die mesti aktif,
bising dan ada je aksi die.
Tapi pagi semalam die senyap je, kalau sekejap takpe
Iza faham la tapi ni lama dekat 2 jam jugak.
Pastu Iza ajak main, agah2 die pun die senyap je
macam xde respon. Sebarang bunyi x keluar.

Hati dah risau, cuba check pampers die
memang penuh dengan hasil yang macam2.
Sian die cirit birit x baik lagi dekat seminggu dah.
Klinik swasta ibu dah pergi,
klinik kerajaan pun ibu dah pergi untuk dapatkan
rawatan yang terbaik buat Darwisy.
Tapi apa yang doktor kata kemungkinan
Darwisy mengutip apa2 benda yang ada di lantai
atau ada silap beri makan.
Dibekalkan air garam untuk Darwisy.

Semalam agaknya dah tak larat sgt badan tu nak
lawan cirit birit tu sampai naik suhu badan
tibe2 demam panas. Lagi gelisah hati Iza ni.
Bawak g klinik kesihatan terus kena masuk ubat
kat montot die. Sian die, dah lah montot melecet 
kena pulak sumbat ubat tu. T_T.
Ibu hanya mampu melihat je Darwisy.

Balik rumah Darwisy tido lena sgt,
macam baru penat bermain.
Dalam masa yang sama Iza check jugak nafas die,
risau kot2 jadi apa2 yang x diingini.
Baby kalau demam panas kite kena selalu
check suhu semua. Taknak lah jadi 
perkara yang tak diingini tu kan.

Alhamdulillah, pagi ni Darwisy dah back to normal.
Dah mula bising2, mula gelak2,
lega sgt hati Iza ni.
Cuma batuk dan selesma die je belum beransur lagi.
Orang tua2 kata kalau cirit birit macam tu
nak beralih bulan.
Wallahu'alam la, sebab masa Darwisy umur 4 bulan dulu
pernah jugak kena cirit birit tapi 3 hari je.
Masuk 5 bulan dah xde cirit birit die tu.
Mungkin jugak lah faktor nak beralih bulan tu.

Tapi ni 8 bulan lebih nak masuk 9 bulan
lama lagi, cirit birit pun dah dekat seminggu mau tak risau
hati Iza ni? Bukan apa zaman skrg ni macam2 virus sgt.
Kalau boleh mmg nak sgt elak.
Taknak Darwisy kena rota virus ke apa2 la.
Tgh berfikir2 untuk amik suntikan vaksin buat
Darwisy sebab bukan berkira dgn anak,
setakat suntikan untuk cegah rota virus dgn
pneumonia tu x sampai RM500 tapi bila fikir
balik kalau sumber beransurkan benda yangx halal
payah jugak kan?

Moga diberi buah fikiran yang baik 
untuk Iza dan keluarga.
Apa pun sepanjang Darwisy cirit birit
ni secara tak langsung menjadikan Iza
seorang yang pembersih x semena-mena.
Bukan bermaksud sebelum ni pengotor,
tapi lebih tekan kan aspek kebersihan tu.
Kalau dulu biar je Darwisy merayau sekeliling rumah
masuk bawah meja semua, tapi skrg Iza pantau.
Sebelum die pegi tempat yang senang berhabuk tu
Iza dah angkat die siap2. Hope Darwisy akan pulih 
sepenuhnya dari sakit yang sedia ada.
Mohon doa readers sekalian.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^ 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails