click this to be awesome person

Monday, 20 October 2014

Temu Duga Jawatan Penguasa Kastam Gred W41

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Nak kongsi sedikit pengalaman sepanjang temu duga jawatan bagi
gred 41 di dalam bidang awam. 
Memandangkan Iza baru je habis degree awal tahun ini,
maka ini merupakan kali pertama dipanggil menghadiri temu duga 
bagi gred 41. Perasaan jangan kata lah.
Macam2 ada. Setiap temu duga ada cabaran dan cerita
tersendiri. Memandangkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
atau pihak kerajaan akan melaksanakan GST 1 April 2015
maka pertambahan kakitangan / pegawai JKDM perlu dibuat
bagi memastikan kelancaran tugas dan 
seterusnya mencapai Visi JKDM untuk menjadikan
perkhidmatan kastam negara ini bertaraf dunia pada tahun 2015.

Hah, korang tengok la ayat mukadimah orang 
baru balik temu duga ni hah.
Memang otak semua melekat fakta dan info wajib.
Terus hari2 sebelum temu duga stalker portal kastam.
Dah kata memang minat bekerja dengan badan beruniform.
Harus ambil dan cari tahu.

Sebelum dipanggil untuk temu duga, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
akan menghantar emel jemputan bagi menjawab
peperiksaan online bagi skim ini.
Memang sangat lah ramai calon yang layak.
Iza dan abang Iza antara yang tergolong
dalam puluhan ribu calon yang dijemput untuk
menjawab peperiksaan online tersebut.
Ada 3 seksyen semuanya.
Seksyen A - Pengetahuan Am
Seksyen B - Penyelesaian Masalah (Matematik)
Seksyen C - Psikometrik (Psikologi).

Alhamdulillah walau pun banyak error pada sistem semasa
menjawab exam tu, beberapan hari selepas tu
keluar keputusan di portal SPA.
Syukur Iza lulus.
Abang Iza pulak sangkut sebab masalah sistem.
Jadi SPA buat exam kali kedua buat calon yang
menghadapi masalah ketika itu.
Dan syukur abang Iza lulus juga exam tu.



Perasaan bila dapat tengok keputusan ni haruslah 
gembira tak terkata kan?
Sebab akan dipanggil ke sesi temu duga.
Tapi bila dengar seramai lebih kurang 30k calon yang lulus exam
tempoh hari terus rasa peluang tipis.
Tapi apa pun pelbagai kemungkinan akan terjadi.
Maka berusaha, berdoa dan bertawakal.


Jika dah dipanggil untuk hadir temu duga, silap besar
kalau tak study dan ambil tahu tentang isu semasa dan sebagainya.
Bukan bermaksud sebelum ini tak peka tetapi
persediaan itu lebih spesifik.
Tentang apa yang perlu dibaca, apa yang perlu diambil tahu.
Penting sangat persediaan.
Walau Iza dah keje dalam kerajaan sekarang hampir 7 tahun,
tetapi Iza tetap perlu memperkayakan pengetahuan yang ada.



Hari kejadian temu duga 
18 Oktober 2014 / Sabtu / 8.00 pagi
bertempat di SPA, Putrajaya.
Sekali lagi my yayang anta ke SPA.
Sebab Iza memang kalau ada exam ke,
temu duga ke memang xleh nak fokus sgt sebab nervous melampau.
Nasib pagi tu Darwisy behave.

Sampai di SPA terus naik aras 6.
Masa tu jam 7.45 pg.
Masuk je bilik nak mendaftar tengok calon dah ramai
memenuhi kerusi yang ada.
Dalam hati kata, pukul brp lah diorang ni semua datang?
Dah letak surat panggilan temu duga.
Iza cari kerusi untuk duduk sementara tunggu 
nama dipanggil untuk dapatkan no giliran.

Sudahnya dapat bilik D giliran ke 7.
Terus bergerak berdekatan bilik D.
Sebab nak tunggu calon2 yang sudah ditemu duga oleh
panel keluar nak tanya la sket keadaan kat dalam.
Sempat tanya dua orang calon,
iaitu calon ke 5 dan calon ke 6.
So far dari pengalaman diorang kata panel dua2 okey.
Cakap pun BM. Lega dah.

Bila tiba masa no giliran Iza naik,
Iza pun amek masa dalam 5 saat untuk ketuk pintu.
Sebelum tu tegakkan postur badan.
Tarik nafas dan ketuk pintu 3 kali.
Dah masuk, bagi salam pada panel.
Panel sorang lelaki dan sorang perempuan.
Bagi fail dan segala dokumen pada panel,
panel jemput duduk. Ucap terima kasih pada panel.
Tak lama tu panel perempuan dari SPA minta
perkenalkan diri in english.
Okey, dah biasa since masa temu duga 
kastam gred W27 dan EO N27 sebelum ni pun buat benda 
yang sama. Jadi bonus kat situ.
Tapi bila soalan seterusnya ditanya in english.
Terus agak panik di situ.
Cuba menjawab pertanyaan panel SPA.

Lama juga berbalas jawapan dengan panel SPA
sbb she's seem like provoke me.
Yang tak tahan siap mention,
"since u one of reserved candidate for EO N27 and 
u have been working in gov sector for 7 years .....bla...bla....bla..."

Dan lebih banyak provok dan provok.
Agak rasa geram di situ.
Bila panel kastam pulak lebih rileks.
Banyak tanya pasal situasi semasa.
Pasal rasuah, integriti, macam mana nak banteras rasuah,
more to soalan yang kita boleh bagi pendapat 
dan pandangan. So Iza jawab atas apa yang Iza 
study dan apply. Juga bonus sebab pernah keje di
Institut Integriti Malaysia (IIM) jadi
menggunakan itu sebagai salah satu peluang menjawab
sebaik mungkin.

Kemudian ditanya pasal CAPAM 2014 yang sedang
berlangsung di PICC skrg.
Once again, syukur sebab Iza terlibat juga 
dengan CAPAM ni dan cuba beri a good explanation
to both panel.
Maka berserah sahaja pada yang Esa.
My yayang tanya ada harapan x nak jadi pegawai ni?
Iza kata, jika Allah dah tetapkan rezeki maka ada rezeki.
Jika tak dapat, cuba lagi.
Walau terbit rasa kecewa. Hehehe.
Tunggu jela keputusan hujung bulan November ni.
Balik tu terus singgah mamak kat Dengkil
sbb Iza tak breakfast pun lagi.



Melayan dak kenit ni hilang stress ibu.
Ibu nak g interview tapi study dah macam nak 
g jawab final exam je abah kata.
Let it go, ibu memang menang tang preparation.
Tapi study pasal GST, akta kastam, duti la, levi la,
sekatan la panel tak tanya pun.
Hehehehe. Tunggu jugak.
Mungkin panel dah tak nak tanya soalan tu memandangkan
interview ni mula awal bulan Oktober hari tu.


Xpela Darwisy, jika ada rezeki kite sekeluarga ibu
buat kenduri kesyukuran.
Boleh sambut 1st birthday Darwisy sekali kan?


Dak kenit ni memang dah tak sabar nak jalan.
Sebab tak nak langsung duduk.
Kalau kena dukung pun buat meliuk lentuk badan.
Suruh kite turunkan die.
Nak bebas lah tu.
Macam pandai jalan.
Nampak gaya macam cepat berjalan dak kenit ni.
Oh, panel ada tanya.
Ni kalau dapat keje kastam ni boleh ke tinggal anak n keluarga?
Latihan kat AKMAL pun lebih kurang 3 bulan.
Terus jawab sanggup, 
anak saya anta balik kampung.
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Kelas tak jawapan ibu Darwisy ni?
^_^

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails