click this to be awesome person

Monday, 20 October 2014

Shopping Stok Barang Muhammad Darwisy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam kesibukan dengan event CAPAM 2014
masih mengambil peluang update blog.
Ngeh.Ngeh.Ngeh.
Oh, Iza bertugas semasa majlis pelancaran semalam
dan majlis penutup esok.
Maka hari ni masuk opis boleh lah
rehatkan badan sket sambil buat apa yang patut
di opis. Esok seharian dari pagi sampai
malam akan bertugas di PICC.
Semalam pun dah sakit kaki. T_T

Bulan ni kakitangan awam dapat gaji awal dari yang
biasa sebabnya 22/10/14 ni kan Deepavali.
Lepas ni haruslah berjimat cermat sebab gaji
bulan November hujung bulan.
Marilah kita bertabah, maka sebelum duit habis
dengan sekelip mata lebih baik cepat2 beli
stok barang Muhammad Darwisy ni.

Hajat hati nak beli kat Mydin Presint Diplomatik
tapi fikir balik kat Pasaraya Darussalam Presint 8 lagi murah.
So call my yayang, amek Darwisy kat rumah
mama pengasuh die, singgah opis my yayang terus ke P8.
My yayang drop tepi jalan tunggu dalam kereta 
sebab kat area Darussalam tu time tak gaji pun sesak
apatah lagi time gaji.
Sampai je tengok masih lagi x brp ramai orang.
Terus pegi tempat susu amek 3 pek terus.
Amek pampers die yang besar 84pcs satu pek.

Sebab kat rumah ada lagi pek besar baru bukak
Mak Tok belikan balik dari Ipoh tu.
Belikan nestum die sket, 
tisu basah die sket. Dah beli lega.
Kalau kat Mydin Iza rasa total lebih RM150.00
tapi kat Darussalam murah sgt.
Petpet saiz S 84 pcs RM30.99,
Susu Dutch Baby Langkah 1 - 1kg RM28.99 x 3 = RM86.97,
Cerelac - Nestum 8 month RM9.60,
Pureen Baby Wipes RM10.55 + RM4.75
Total tak lebih dari RM150.00.
Oh jimat berganda.




Budak sibuk nak tolong ibu mengemas.
Bab mengemas skrg serah pada Darwisy.
Sangat rajin mengalahkan bibik.
Sudahnya ibu menangis tengok hasil Darwisy mengemas T_T


Sejak2 dah pandai duduk ni memang bukan main
eksyen lagi dak kenit ni.
Jari halus je. Tapi cepat je jari kenit die tu
cucuk itu ini, korek itu ini, capai itu ini.
Hari tu die cucuk mata ibu. T_T isk.isk.isk.


Ibu marah die bukan tau nak nangis ke cebik.
Lagi die suka senyum riang ria.
Stress ibu cenggini.
Terus ibu angkat barang2 ni nak simpan.
Maka bermulalah aksi mengamuk tibe2 angin puting beliung
melanda dalam rumah.
Hah, nasib lah Darwisy. Ibu nak siapkkan beg pengasuh lagi,
nak lipat kain lagi. Nanti2 jelah kita main kemas2 ye.


Rasa lega bila bekas susu Darwisy ni penuh sampai ke penutupnya.
Paling risau susu anak dah nak habis.
Oh, Darwisy memang dah lama stop BF.
Yang kuning tu stok memang kat rumah.
Tak silap muat 2kg lebih tu.
Yang kecik tu utk stok rumah pengasuh die.
Bertahan seminggu lebih jugaklah.
Nak2 skrg die dah pandai makan solid food.


Setiap kali refill susu kat bekas2 ni setiap
kali tu Iza ada tulis label yang baru.
Sebab sng nak monitor die kuat susu ke tak bulan tu,
ke kuat makan ke or else.
Skrg ni baru nampak Darwisy nak makan solid food.
Dlu sket punya susah.
Ibu ni macam2 resepi bubur buat
tuk Darwisy. Makannya tak sampai 5 sudu kecik.
T_T


Berat badan 8 bulan ni dah boleh tahan beratnya.
Tak pegi timbang pun lagi.
Tapi berasa la bile ibu dukung.
Ni die suka sgt keluarkan mainan dari dalam bakul die tu.
Ibu kemas die pun kemas balik.
Geram sgt ibu masukkan dalam tu.
Hah, ingat nak nangis ke apa
sudahnya die suka.
Mengekek die ketawa suka.
Eh.Eh.Eh. Confuse ibu.


Letak bear tu kat die memang die suka.
Ingat naik kereta ke hah?
Bear tu jirang Bangladesh sebelah rumah bagi.
So far pekerja pam minyak Shell ni bagus2 setakat ni.
Menegur, rumah pun elok bersih.
Kalau g isi minyak diorang bukan main cepat melayan.
Kalau ada Darwisy lagi suka.
Masuk kedai bagi lolipop la.
Hahaha. Anak ibu mana reti makan lolipop
chupacup tu lg. Jiran sebelah kiri dah nak pindah keluar
dah sebab dah beli rumah sendiri.
So akan ada penyewa lain lah nanti.
Hope so dapat jiran yang baik2 hendaknya.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. heheheh. dah ada peminat bangla ye darwisy.abg adli pun sama. mamak ke bangla ke suka benar kalau adli ada. siap bagi gula2. ummi ngan abahlah yg makan.

    ReplyDelete
  2. > Mona Lea
    hehhee. itulah.
    bagi bear tu igt Darwisy gegurl kot.hehe.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails